Cara Guna Autoresponder Getresponse

Ok...Sebenarnya apa yang aku nak share ni semuanya memang ada dalam knowledgebase Getresponse...Tapi mungkin korang tak tau nak mula yang mana dulu...So aku susunkan dan tambah-tambah sikit apa yang patut untuk korang follow.

Sebelum tu aku nak maklumkan kat korang yang features Getresponse ni memang banyak...Tapi korang tak perlu belajar semua sekaligus...Cukup yang asas-asas je dulu...Nanti bila ada masa, baru belajar yang advance.

Langkah 1 - Bina Campaign

Campaign ni apa benda?...Ok macam ni...Let's say korang ada beberapa jenis bisnes yang berlainan niche/kategori...Contohnya tudung dan produk kecantikan...Jadi apa yang korang perlu buat sekarang adalah bina 2 kempen yang berlainan...Satu untuk tudung dan satu lagi untuk produk kecantikan...Korang tak boleh campur-campur dalam satu campaign yang sama.

Kadang-kadang korang perlu jugak buat beberapa campaign untuk niche yang sama bergantung pada kesesuaian...Sebagai contoh, korang jual pelbagai jenis produk kecantikan...Ade pencerah kulit...Ada pelebat bulu mata...Ade ubat jerawat dan sebagainya...So, korang kena buat campaign untuk setiap jenis produk yang sama niche, tapi berlainan kegunaan.

Kenapa korang kena buat macam tu? Sebabnya adalah supaya korang tak hantar email promosi tudung pada prospek pencerah kulit dan sebagainya...Awattt, tak boleh ke nak promote tudung kat prospek pencerah kulit???

Bukan tak boleh sis, tapi tak kena pada tempatnya...Bayangkan ada prospek register untuk dapatkan info tentang tudung terbaru...Tetiba sis hantar email bertalu-talu tentang ubat jerawat?...Agak-agak tensen tak prospek tadi? Silap-silap hari bulan sis kena maki dan kena mark as spam bertalu-talu...Sale tarak, sakit hati je yang dapat!...So, nak tak nak kita kena buat kempen untuk niche yang berbeza dan kegunaan produk yang berbeza macam yang aku terangkan tadi.

Orite, sekarang korang bolehlah tonton/baca cara-cara untuk create campaign...Nanti waktu create campaign, pastikan korang disable double optin sebab ia kurang sesuai untuk pasaran Malaysia!...Korang jangan bimbang...Email-email yang tak valid akan diremove secara automatik oleh sistem Getresponse.

Langkah 2 - Bina Email Follow Up (Autoresponder)

Dalam Getresponse, email follow up dipanggil autoresponder...Tapi aku lebih suka panggil email follow up sebab senang nak bezakan dengan jenis-jenis email lain yang ade dalam bahagian "autoresponder" tu...Lagipun kebanyakkan servis autoresponder lain yang aku pernah guna pun guna istilah email follow up jugak.

So email follow up ni apa ek? Ok...Email follow up ni adalah email yang dihantar secara automatik sebaik je prospek buat pendaftaran...Sebagai contoh korang daftar nama dan email dekat website seseorang untuk dapatkan discount code, update terkini dan sebagainya...Sebaik je korang register, korang tengok ada email daripada owner website tadi masuk dalam inbox...So itulah dia email follow up.

Email follow up ni di buat khas untuk ucap terima kasih kerana mendaftar, hantar discount code, hantar download link, memperkenalkan diri/fanpage/web/insta/etc dan sebagainya sebaik saje prospek register.

Untuk bina email follow up, korang boleh follow tutorial yang disediakan oleh pihak Getresponse..Cuma untuk bahagian jenis email autoresponder nanti, make sure korang pilih "Subscribed" macam yang aku tunjuk dalam gambar kat bawah ni...Yang lain, korang boleh follow tutorial Getresponse.

Email follow up ni tak semestinya ade satu je...Korang boleh buat unlimited...Tapi aku galakkan maksimum buat tiga je...Contohnya email pertama di hantar immidiately, email kedua pada keesokkan harinya dan email ketiga beberapa hari selepas pendaftaran dibuat...Cukuplah sekadar memperkenalkan diri, bagi download link (jika berkaitan) dan lain-lain info penting sebagai tanda perkenalan dengan subscriber... 😆 ...Nanti bila sampai masanya, korang boleh gunakan email newsletter, trigger action dan sebagainya yang aku akan terangkan di kemudian hari.

Owh ye, sebelum aku lupa, korang jugak boleh gunakan personalization waktu tulis email nanti...Biasanya kita akan personalize nama subscriber...Sebagai contoh, kalau nama subscriber tu Ahmad, kita boleh gunakan fungsi personalization untuk "munculkan " nama Ahmad dalam email yang kita tulis.

"Hai [[firstname]]...Apa kabar?"

Setelah di personalization, [[firstname]] kat atas akan berubah ikut nama yang didaftarkan oleh subscriber...Kalau Ahmad, ayat tadi akan jadi macam ni :

"Hai Ahmad...Apa kabar?"

Langkah 3 - Create Web Form

Web form (optin form) ni sebenarnya adalah tempat untuk prospek mendaftar sebagai subscriber...Sebagai contoh, ini optin yang aku pasang kat sidebar blog ni :

So, itulah dia optin form...Getresponse ada sediakan banyak optin form yang cun-cun....Korang boleh pilih, customize dan publish kat website/blog korang...Nak buat pun tak susah...Korang boleh refer tutorial create optin form yang dieorg sediakan.

Langkah 4 - Pasang Web Form Pada Website/Blog

Untuk membolehkan prospek register, korang mestilah pasang optin form yang korang dah buat tadi kat website/blog/squeeze page korang...Benda ni takde lah teknikal sangat pun...Mudah je sebenarnya...Tapi ramai newbie takut nak buat benda ni...Mungkin sebab libatkan coding kot.

But, seriously, korang boleh buat kalau korang fahamkan video tutorial ni!...Anyway kalau korang rasa susah sangat, korang masih lagi boleh gunakan hosted version optin form...Dengan hosted version, korang tak payah guna website/blog/squeeze page...Just bagi link yang dibekalkan pada prospek untuk prospek buat pendaftaran.

Langkah 5 - Lakukan Promosi

Once keempat-empat step kat atas dah siap, korang bolehlah mulakan proses kumpul list dengan mempromosikan URL website/blog/squeeze page korang...Bila prospek register, dieorg akan dapat email follow up yang korang dah set awal-awal dalam sistem.

Langkah 6 - Newsletter

Selain email follow up, ada beberapa lagi jenis email yang korang boleh hantar pada subscriber...Antaranya adalah newsletter...Newsletter ni sebenarnya merupakan email yang korang nak hantar pada bila-bila masa secara manual pada subscriber...Contohnya nak wish new year, nak announce produk terbaru dan sebagainya.

Untuk newsletter, korang boleh hantar bila-bila masa yang korang rasa sesuai...Nak hantar pun mudah je...Korang boleh refer tutorial cara create newsletter yang Getresponse sediakan...Lebih kurang macam nak create email follow up...Cuma berbeza sikit je.


Dengan 6 step kat atas tu korang dah boleh run email marketing dengan baik sebenarnya...Cuma kalau nak lagi baik, korang kena belajar features-features advance lain yang ada dalam Getresponse...Untuk post kali ni, cukuplah setakat tu dulu...InsyaAllah next time aku akan buat beberapa post lanjutan daripada post ni... 😮

6 Comments

  • Ika

    Reply Reply March 11, 2016

    Panduan mengenai cara menggunakan Autoresponder Getrespon amat mudah difahami. Banyak kali saya baca dan barulah saya tahu sebenarnya senang nak guna cuma kena tahu apa itu Campaign. Saya harap and bagi lagi panduan menyeluruh selepas. Sebab tidak semua tahu bagaimana nak setting…Terima kasih di atas info yg berguna untuk Newbie macam saya ini bnykbyg harus dipelajari. Jumpa lagi.

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 11, 2016

      Alhamdulillah…Semoga bermanfaat ika.. 🙂

  • Ika

    Reply Reply March 25, 2016

    Satu lagi saya tak faham lepas create Campaign nak buat apa ya lepas tu.?

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply March 26, 2016

      Lepas create campaign, ika boleh lah masukkan email followup…Email follow up ni adalah email yang dihantar secara automatik sebaik je prospek buat pendaftaran.. 🙂

  • rasul

    Reply Reply June 8, 2016

    untuk langgan get response ni mmg melalui USD yer?

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply June 8, 2016

      Yup boss…Getresponse ni international company…Bukan Msia…So price dalam USD boss.

Leave A Response

* Denotes Required Field