Sebagai pihak yang menyediakan dan menguruskan platform ini, pihak UsahawanCyber tidak bertanggungjawab di atas perkara-perkara yang berikut :

  • Pihak UsahawanCyber tidak menjamin bahawa pelanggan akan berjaya menjana keuntungan dengan hanya membeli panduan/servis yang dipromosikan. Ini adalah kerana kejayaan jualan sesuatu produk bergantung kepada banyak faktor seperti harga, kualiti barang, layanan dan banyak lagi. Oleh yang demikian, pelanggan tidak boleh menyalahkan pihak UsahawanCyber sekiranya jualan produk mereka tidak seperti yang diharapkan.
  • Pihak UsahawanCyber tidak menjamin setiap produk/servis yang dibeli oleh pelanggan akan kekal relevan untuk selama-lamanya. Ini adalah kerana teknik marketing akan sentiasa berkembang dan berubah mengikut keadaan semasa.
  • Pihak UsahawanCyber tidak bertanggunjawab sekiranya terdapat kesan negatif berlaku terhadap perniagaan pelanggan akibat daripada penggunaan panduan/servis yang ditawarkan. Hal ini adalah kerana setiap jenis perniagaan mempunyai situasi/keadaan yang berbeza-beza. Oleh yang demikian, pelanggan haruslah memastikan bahawa mereka hanya membeli produk/servis yang bersesuaian dengan perniagaan mereka sahaja.
  • Pihak UsahawanCyber tidak bertanggungjawab di atas segala kesalahan dari sudut produk, website atau mana-mana bahagian yang melanggar undang-undang Malaysia ataupun bercanggah dengan agama Islam. Semua kesalahan tersebut terletak di atas tanggungjawab pihak pemilik produk.
  • Pihak UsahawanCyber tidak menjamin setiap produk affiliate yang dipromosikan mampu memberikan kesan positif terhadap perniagaan pelanggan. Oleh yang demikian, pelanggan perlulah mendapatkan maklumat lanjut daripada pemilik produk yang berkaitan sebelum membuat sebarang pembelian.
  • Pihak UsahawanCyber tidak bertanggungjawab di atas khidmat bantuan untuk produk affiliate yang dipromosikan. Pelanggan harus mendapatkan khidmat bantuan daripada pemilik produk yang terlibat.

Sebagai penyedia platform ini, pihak UsahawanCyber hanya menjalankan tugas-tugas berikut :

  • Menyediakan produk/servis untuk usahawan online.
  • Memberi khidmat bantuan terhadap produk/servis yang dikeluarkan.
  • Mempromosikan produk affiliate yang difikirkan sesuai.
  • Menyediakan info percuma ataupun berbayar sebagai panduan kepada mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara online.
  • Berkongsi peluang menjana pendapatan secara online.