UsahawanCyber adalah merupakan suatu platform yang menyediakan pelbagai jenis panduan serta aplikasi yang berkaitan dengan perniagaan secara online. Mereka yang menggunakan platform ini secara langsung atau tidak langsung tertakluk kepada perkara-perkara berikut :
1) Pihak UsahawanCyber
Pihak UsahawanCyber adalah merupakan pemilik platform ini. Ia berperanan untuk mengurus sistem, mengeluarkan produk/servis serta memberi khidmat bantuan kepada pelanggan. Kesemua operasi platform ini tertakluk di bawah bidang kuasa pihak UsahawanCyber sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
2) Produk / Servis
Kesemua produk atau servis yang dikeluarkan oleh pihak UsahawanCyber terhasil sama ada melalui penyelidikan sendiri mahupun kerjasama dengan pihak ketiga. Selain itu, pihak UsahawanCyber juga merupakan reseller dan juga developer kepada produk yang dikeluarkan oleh pihak lain.
3) Bonus
Selain menjual produk sendiri, pihak UsahawanCyber juga turut terlibat dalam mempromosikan produk usahawan lain secara online (program affiliate). Dengan menyertai program affiliate, pihak UsahawanCyber akan mendapat komisen sekiranya jualan terhasil.
Untuk produk tertentu, pihak UsahawanCyber telah menyediakan bonus yang diberikan secara percuma kepada pembeli sebagai balasan kerana membuat pembelian melalui link affiliate yang dipromosikan. Bantuan akan diberikan untuk bonus yang dibekalkan sahaja. Manakala bantuan untuk produk utama haruslah dirujuk kepada pemilik produk yang berkaitan.
4) Post Premium
Post Premium adalah merupakan post eksklusif daripada pihak UsahawanCyber. Di dalamnya terkandung banyak info-info penting yang hampir setaraf dengan panduan berbayar (seperti ebook). Walaubagaimanapun, post premium hanya merangkumi info dan bantuan asas sahaja. Sebarang isu teknikal adalah di luar skop pakej ini.
5) Panduan Percuma
Selain daripada panduan berbayar, pihak UsahawanCyber jugak turut menyediakan panduan percuma. Panduan percuma ini merangkumi pelbagai info yang berkaitan dengan perniagaan online serta motivasi. Untuk panduan percuma, tiada bantuan khas diberikan.
6) Ruangan Keahlian
Ruangan keahlian adalah merupakan ruangan yang menempatkan kesemua panduan berbayar yang dikeluarkan oleh pihak UsahawanCyber. Untuk mengakses ke ruangan tersebut, pelanggan hendaklah terlebih dahulu membeli produk yang ditawarkan. Akses hanya akan diberikan untuk produk yang dibeli sahaja.
7) Pelanggan
Pelanggan adalah merupakan individu yang pernah membuat bayaran untuk membeli produk atau mendapatkan servis berbayar daripada pihak UsahawanCyber. Sebagai pelanggan, mereka akan mendapat banyak kelebihan berbanding individu lain seperti premium support, extra panduan percuma, extra bonus dan sebagainya. Walaubagaimanapun, status dan kelebihan sebagai pelanggan boleh terbatal dengan sendirinya sekiranya individu yang terbabit melanggar sebarang terma dan syarat yang telah ditetapkan ataupun mereka meminta pengembalian wang selepas membuat bayaran.
8) Tempoh Bayaran
Setiap pembeli mesti membuat pembayaran produk yang dibeli dalam tempoh tidak melebihi 24 jam. Sebarang kelewatan akan menyebabkan pembelian tersebut dibatalkan.
9) Jaminan Pengembalian Wang
Bagi sesetengah produk yang ditawarkan oleh pihak UsahawanCyber, terdapat jaminan pengembalian wang diberikan dan ianya tertakluk kepada syarat serta tempoh tertentu. Untuk maklumat lanjut tentang jaminan ini, sila rujuk pada halaman jualan produk yang terlibat.
10) Kerahsiaan
Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini di kemudian hari, pihak UsahawanCyber berhak untuk merahsiakan sesetengah perkara daripada pengetahuan umum. Walaubagaimanapun perkara yang dirahsiakan hanya melibatkan isu-isu yang tidak berkaitan dengan pelanggan sahaja.