Berikut adalah terma dan syarat penggunaan Parabots Pro :

  • Anda tidak dibenarkan sama sekali melakukan sebarang aktiviti “spam” kepada mana-mana individu menggunakan servis ini.
  • Anda tidak dibenarkan memasukkan maklumat prospek secara manual ke dalam akaun Parabot Pro anda. Setiap maklumat prospek haruslah diperolehi secara sah iaitu dengan cara prospek mendaftar sendiri menggunakan borang pendaftaran (opt-in form) yang disediakan oleh anda.
  • Anda tidak dibenarkan melakukan penipuan untuk mendapatkan maklumat prospek. Sebagai contoh, anda menjanjikan hadiah wang tunai sekiranya mereka melakukan pendaftaran. Setelah mereka mendaftar, hadiah yang dijanjikan tidak diberikan.
  • Anda tidak dibenarkan menggunakan sebarang teknik greyhat/blackhat untuk mendapatkan maklumat pelanggan. Sebagai contoh, apabila prospek klik pada popup tertentu, mereka akan didaftarkan secara automatik sebagai subscriber anda tanpa persetujuan/pengetahuan mereka.
  • Anda hendaklah mempromosikan produk mengikut niche yang betul sahaja. Sebagai contoh, jika seseorang prospek mendaftar untuk niche tudung, anda tidak boleh mempromosikan niche perniagaan dan lain-lain niche yang tidak berkaitan terhadap prospek tersebut. Jika tidak, email yang anda hantar akan di “mark as spam” oleh mereka. Ini akan menyebabkan delivery rate sistem Parabots Pro menurun.
  • Anda tidak dibenarkan untuk mempromosikan produk yang menyalahi undang-undang Malaysia mahukan agama Islam menggunakan servis ini.
  • Memandangkan pihak kami tidak mengenakan sebarang bayaran bulanan kepada anda, pihak kami berhak untuk meletakkan iklan secara automatik di dalam setiap email yang anda hantar menggunakan servis ini (kecuali untuk pakej Parabots Pro Premium). Iklan tersebut bertujuan untuk membolehkan kami mendapatkan dana bagi menampung kos server, kos operasi dan sebagainya. Ia sebenarnya adalah situasi menang-menang (win-win situation) di antara anda dengan pihak kami yang mana anda tidak perlu membayar puluhan, ratusan atau ribuan ringgit setiap bulan sepertimana servis autoresponder berbayar yang lain. Pada masa yang sama, pihak kami dapat menjana sedikit keuntungan untuk memastikan kami dapat mengekalkan servis percuma Parabots Pro ini secara berterusan.
  • Anda diwajibkan untuk menghantar email kepada subscriber anda sekurang-kurangnya sekali dalam 2 minggu. Ini bertujuan untuk membolehkan pihak kami mengumpul sedikit dana (melalui iklan) untuk membayar kos server, kos operasi dan sebagainya. Untuk makluman anda, kos-kos tersebut perlu dibayar setiap bulan tidak kira sama ada anda menghantar email ataupun tidak. Jadi, sekiranya tiada sebarang email dihantar oleh anda, pihak kami tidak akan dapat menjana sebarang pendapatan.
  • Pihak kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda sekiranya anda melakukan aktiviti yang tidak dibenarkan sehingga menjejaskan pengguna lain di dalam sistem Parabots Pro ini.
  • Pihak kami berhak untuk menggantung atau menamatkan akaun anda sekiranya anda melakukan aktiviti yang menyalahi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak kami berhak untuk menamatkan servis Parabots Pro ini sekiranya kami tidak lagi mampu menampung kos bulanan ataupun terdapat masalah lain yang berlaku di luar kawalan kami.