Untuk mereka yang ZERO dalam internet marketing, mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya suruh anda download ebook dan daftar webinar percuma dalam bab sebelum ini…Jawapannya mudah…Sebaik saje anda buat pendaftaran untuk download ebook, saya akan dapat komisen RM1/download…Manakala untuk webinar pula, saya dapat RM3/registration…Mudah bukan buat duit secara online…Tak perlu jual barang…Hanya share benda percuma untuk orang lain download/daftar sahaja… 😆

4.1) Reverse Engineering

Baiklah, sekarang saya akan terangkan kepada anda bagaimana saya boleh dapat komisen berjumlah RM4 selepas anda membuat pendaftaran.

Untuk makluman anda, terdapat ramai internet marketer (IM) yang menyediakan free gift (ebook/webinar/video dan sebagainya) untuk diberikan secara percuma kepada prospek…Apabila prospek membuat pendaftaran untuk mendapatkan free gift, IM tersebut akan mendapat nama dan email prospek yang membuat pendaftaran…Dengan adanya maklumat nama & email, IM tersebut dapat menghantar email promosi kepada prospek dari masa ke semasa sehinggalah prospek unsubscribe daripada sistem mereka.

Disebabkan “nilai”  untuk nama dan email prospek sangat tinggi, ramai IM sanggup menawarkan komisen berjumlah RM1 hingga RM3 untuk setiap pendaftaran…Jadi, inilah bisnes yang saya ingin perkenalkan kepada anda…Bisnes mencari prospek untuk download free gift!

komisen-127-ideakomisen-jomaff

4.2) Pengenalan PPL

Dalam bisnes online, kita panggil model bisnes seperti ini sebagai Pay Per Lead (PPL)…PPL ini termasuk dalam kategori Program Affiliate yang mana kita TIDAK PERLU :

  • Tak perlu sediakan produk sendiri untuk dijual atau diberi kepada orang lain.
  • Tak perlu uruskan proses jual beli.

Sebaliknya tugas hakiki seorang agen affiliate hanyalah :

  • Pilih produk yang nak dipromosikan.
  • Lakukan promosi kepada prospek.

Apabila anda berjaya hasilkan jualan atau lead (pendaftaran), anda bolehlah “makan” komisen mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pemilik produk.

4.3) Pendaftaran PPL

Dalam pasaran Malaysia sahaja, terdapat banyak program PPL ditawarkan dari masa ke semasa…Walaubagaimanapun, memandangkan anda telah daftar untuk download ebook 127 Idea & Strategi Pemasaran Online serta webinar Rahsia Pemasaran Affiliate, maka saya akan terangkan cara untuk menyertai program PPL bagi kedua-dua produk itu sahaja.

4.3.1) Pendaftaran Program PPL Ebook 127 Idea & Strategi Pemasaran Online

Untuk menyertai program PPL ini, anda mestilah mempunyai akaun keahlian JutawanUnderground.Com…Sekiranya anda telah membuat pendaftaran untuk download ebook percuma seperti yang diterangkan dalam bab 2, anda secara automatik telahpun mempunyai akaun keahlian tersebut…Anda boleh login ke member area dan seterusnya klik pada link penyertaan affiliate seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

register-aff-haszoorSetelah anda selesai membuat pendaftaran, anda bolehlah ke ruangan affiliate untuk mendapatkan bahan promosi.

4.3.2) Pendaftaran Program PPL Webinar Rahsia Pemasaran Affiliate

Untuk menyertai program PPL ini pula, anda mestilah mempunyai akaun affiliate Ashadee…Sekiranya anda belum mempunyai akaun tersebut, anda bolehlah melakukan pendaftaran di sini…Setelah itu, anda bolehlah ke ruangan “Marketplace” untuk mendapatkan bahan promosi untuk PPL ini seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah.

ppl-gobala-jomaff

Leave A Response

* Denotes Required Field