Promosi merupakan bahagian terpenting dalam menentukan kejayaan anda dalam bisnes online…Jika anda berjaya lakukan promosi yang hebat, produk yang biasa-biasa pun akan nampak hebat…Begitu juga sebaliknya…Jika anda gagal lakukan promosi, produk yang hebat pun takkan pergi ke mana dan nampak biasa-biasa sahaja… 😆

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis teknik promosi yang hebat-hebat…Walau bagaimanapun, memandangkan panduan ini hanya memfokuskan tentang “basic” sahaja, maka saya akan terangkan teknik promosi asas yang paling berkesan iaitu teknik promosi menerusi facebook.

Untuk makluman anda, terdapat pelbagai cara untuk lakukan promosi menerusi facebook seperti :

  • Facebook Advertising (berbayar)
  • Facebook App (percuma/berbayar)
  • Iklan post di fanpage/group yang ramai ahlinya (berbayar)
  • Sewa timeline/cover fanpage/group. (berbayar)
  • Direct post di wall/fanpage/group. (percuma)

dan banyak lagi…Walaubagaimanapun, untuk permulaan, saya hanya galakkan anda lakukan promosi di wall sendiri sahaja (sekiranya bilangan rakan anda melebihi 1000 orang)…Jika kurang mendapat sambutan, barulah anda pelbagaikan medium promosi anda seperti di fanpage, group ataupun gunakan medium promosi berbayar yang lain.

5.1) Teknik Promosi Di Wall Facebook

Secara asasnya, teknik promosi di wall sama saje dengan anda update status harian anda…Cuma untuk promote produk, anda perlukan sedikit skill supaya rakan-rakan anda berminat untuk baca post anda dan seterusnya klik pada link affiliate yang anda sertakan dalam post.

Untuk tujuan itu, anda perlu beri perhatian kepada bahagian-bahagian berikut :

  • Ayat Post : Ayat mestilah dalam gaya bersahaja…Jangan gunakan ayat yang nampak sangat seperti anda sedang mempromosikan produk…Just buat ayat santai sepertimana anda update status harian anda.
  • Gambar : Seelok-eloknya anda letakkan gambar yang berkaitan dengan produk yang dipromosikan pada post anda…Gambar yang anda letak jugak seelok-eloknya tidak mempunyai unsur-unsur promosi…Dengan adanya gambar akan membuatkan mata prospek mudah untuk “tertangkap” pada post anda ketika mereka sedang melayari newsfeed masing-masing.
  • Tajuk Pada Gambar : Tajuk pada gambar juga memainkan peranan penting untuk “menarik” mata serta minat prospek untuk baca post anda.
  • Warna : Pastikan anda menggunakan warna yang terang pada gambar anda…Ini juga penting untuk membuatkan mata prospek mudah untuk “tertangkap” pada post anda ketika mereka sedang melayari newsfeed masing-masing.

Sebagai contoh, anda boleh lihat pada post di bawah :

post-jana-duit-rayaJika anda perhatikan, post di atas memenuhi kriteria yang telah saya nyatakan sebelum ini…Ayat post yang santai, ade gambar, ade title pada gambar dan warna gambar yang terang serta jelas…Hasilnya saya mendapat hampir 300 komen… :mrgreen:

Anda boleh lakukan pendaftaran di bawah untuk mendapatkan info terkini berkenaan teknik promosi terbaru daripada saya yang akan dihantar dari masa ke semasa.

[hcshort id=”9″]

Leave A Response

* Denotes Required Field