Setelah promosi anda berjalan, anda bolehlah perhatikan prestasi promosi yang anda lakukan berdasarkan kepada report yang tertera di ruangan dashboard affiliate…Terdapat 2 data yang perlu anda perhatikan iaitu :

1) Bilangan klik yang diperolehi pada link affiliate anda.

2) Bilangan jualan/lead yang terhasil.

Kedua-dua data tersebut amat penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan promosi yang anda lakukan…Jika anda dah memperolehi 500 klik, tapi tiada seorang pun daripada 500 orang tersebut mendaftar untuk dapatkan panduan percuma, maka ada sesuatu yang tidak kena dengan promosi anda…Jadi anda perlu kaji dan tukar teknik promosi lain.

Secara lazimnya, anda perlukan sekitar 5-10 klik untuk mendapatkan 1 lead (pendaftaran)…Manakala untuk produk yang melibatkan jualan, anda perlukan sekitar 200-500 klik untuk menghasilkan satu jualan…Nilai tersebut mungkin berubah bergantung kepada faktor-faktor tertentu seperti kreadibiliti anda, kualiti produk, harga produk, web jualan dan sebagainya.

 

Leave A Response

* Denotes Required Field