Okeh...Sekarang kita akan masuk bab pertama dalam Email 3.0...Yang sebelum ni tu just briefing je... 😎 ...So kalau sebelum ni korang baca sambil baring, better korang duduk elok-elok dan catat apa yang patut.

Kalau perlu, gi toilet dulu buang apa yang patut...Then gi buat milo/teh/kopi kejap...Selesakan keadaan korang dan freshkan otak sebelum baca ilmu-ilmu penting dalam Email 3.0.

.

.

.

.

.

.

Dah buat apa yang aku suruh??? Kalau dah...

Welcome to Email 3.0 Strategy... 😀 😀 😀

.

.

.

6.1) Apa itu StreamSender Pro?

Baiklah...Sebelum ni aku ada bagitau korang yang aku berjaya buat "special JV" dengan sebuah company autoresponder...Hasil daripada JV tersebut, terhasillah satu servis autoresponder khusus untuk buat Email 3.0 yang aku bagi nama StreamSender Pro.

Kenapa StreamSender Pro?

Sebelum lahirnya idea untuk buat Email 3.0, aku dah pun buat panduan Email 2.0 menggunakan servis autoresponder yang aku beri nama StreamSender...So memandangkan Email 3.0 ni merupakan "upgrade" version kepada ilmu Email 2.0, maka aku namakan servis autoresponder baru aku sebagai StreamSender Pro.

6.2) Kenapa kena guna StreamSender Pro?

Sebelum adanya StreamSender Pro, aku dah pernah guna banyak servis autoresponder yang ada dalam pasaran macam Aweber, Getresponse, Trafficwave, Norabots, Mailchimp, Emailautomatik (Emelmatik) dan beberapa servis lain yang biasa IM Malaysia guna.

Bukan tu je, malahan aku sendiri jugak merupakan penyedia perkhidmatan autoresponder iaitu StreamSender, Parabots Pro dan self hosted (Arpreach).

Semua autoresponder yang aku sebutkan tu ada pro & cons masing-masing...Cuma yang tak bestnya, semuanya tak boleh guna untuk buat Email 3.0... 😥 ...Paling hebat pun just boleh guna untuk Email 2.0 je (StreamSender, Getresponse, Mailchimp).

Atas sebab tu, bila dah ada StreamSender Pro ni, aku hanya fokus guna yang ni je sebab ia satu-satunya autoresponder yang support Email 3.0 buat masa ni...So korang pun perlu lakukan perkara yang sama iaitu guna StreamSender Pro.

Kalau sekarang ni korang dah guna servis lain, nak tak nak korang terpaksa berpindah ke StreamSender Pro untuk gunakan Email 3.0...Korang jangan risau...InsyaAllah korang akan puas hati sebab hampir kesemua features yang ada dalam servis autoresponder lain, ada dalam StreamSender Pro...Malahan ada banyak features lain yang takde dalam autoresponder lain, tapi ada dalam StreamSender Pro...Selain tu, korang jugak boleh pindahkan list tanpa perlu re-confirmation.

By the way, aku harus jujur pada korang...Korang mungkin boleh jumpa autoresponder lain yang 100% sama macam StreamSender Pro dalam pasaran...Tapi gunakan nama lain...Dieorg tu jugak lebih kurang macam aku...Buat special JV dengan company autoresponder yang aku ceritakan sebelum ni...Cuma tang part harga tu jangan risau no...Aku follow harga yang company tu tetapkan... 😉

6.3) Fungsi dan kelebihan StreamSender Pro

Untuk makluman korang, StreamSender Pro ni ada banyak fungsi yang hebat-hebat...Tapi dalam panduan ni aku takkan sentuh semua...Aku hanya akan sentuh benda-benda yang kita nak guna untuk Email 3.0 saje...Bukan apa, selain nak jimatkan masa, aku jugak tak nak korang pening dengan benda-benda yang korang tak gunakan... 😀

6.3.1) Multi Campaign Type

Dalam kebanyakkan sistem autoresponder, email yang kita hantar boleh dikategorikan kepada beberapa jenis...Yang popular adalah Followup dan Broadcast...Anyway dalam StreamSender Pro, korang akan disajikan dengan 6 kategori email yang berbeza fungsinya.

Standard : Merupakan email yang korang biasanya akan guna waktu nak maklumkan sesuatu pada subscriber...Contohnya nak maklumkan ada produk baru, nak wish selamat tahun baru, nak bagi discount code dan sebagainya...Email-email tu korang just hantar sekali je secara manual...Setiap kali korang nak hantar email jenis ni, korang kena karang email dalam StreamSender Pro, then set masa bila nak email tu dihantar.

Nama lain untuk email jenis ni adalah Email Broadcast / Newsletter.

Automated : Merupakan email yang dihantar secara automatik kepada subscriber berdasarkan kepada action atau condition tertentu...Fungsi ni sebenarnya yang kita gunakan untuk run Email 3.0 nanti...Contoh "action" adalah seperti open email / click link / etc...Contoh "condition" pulak adalah seperti layari URL tertentu / tak bukak email dalam tempoh tertentu / tak click link dalam tempoh tertentu / etc.

Auto Responder : Merupakan email yang dihantar secara automatik lepas prospek register nama & email...Biasanya kita hantar email jenis ni untuk ucap terima kasih sebab register atau untuk bagi download link yang dijanjikan kepada prospek yang register.

Nama lain untuk email jenis ni adalah Email Followup.

Split Testing : Email jenis ni kita gunakan bila nak buat testing tajuk email, sender dan sebagainya, yang mana lebih berkesan...Sebagai contoh korang nak launch ebook tentang FB Ads...So korang boleh prepare beberapa tajuk email yang berbeza...

Tajuk 1 : Kos Fb Ads cekik darah? Ini solutionnya!

Tajuk 2 : Nak tau cara dapakan kos Fb Ads murah?

Then korang bolehlah gunakan email jenis Split Test untuk tengok tajuk mana yang lebih convert (lebih ramai orang bukak email).

RSS Trigger : Merupakan email yang dihantar secara automatik setiap kali ada update menerusi RSS feed blog korang...Honestly aku tak pernah guna benda ni dan benda ni pun tak berkaitan dengan Email 3.0...Jadi korang tak perlu study apa-apa incase korang tak tau apa itu RSS Feed... 😆

Date Based : Merupakan email yang dihantar secara automatik based on tarikh tertentu...Contohnya besday, anniversary dan sebagainya...Dulu aku gunakan fungsi ni untuk client yang tempah kad kahwin dengan aku...Beberapa hari sebelum majlis, aku hantar email tentang preparation kawin...Pada hari majlis aku send email congrats...Then setiap tahun aku wish happy annivarsary...Cool kan... 😎 ...Benda tu aku just set sekali je...Then sistem autoresponder yang akan hantar email secara auto...Tapi client ingat aku "begitu caring" sampai ingat semua tarikh dan event penting dieorg...hehe

6.3.2) Segmentation

Segementation ni merupakan fungsi yang membolehkan korang dapatkan targeted subscriber based on kriteria tertentu...Contohnya :

  • Contact Details = Email, First Name, Last Name, Phone, etc
  • Custom Fields = Panggilan, FB, etc
  • Actions = Has opened, Has not opened, Has clicked, etc
  • Geography = Country, State, etc
  • Site & Event Data = Has visited, Has not visited, etc

Yang bestnya, segmentation ni kita boleh buat secara auto...Hanya sekali set je, then kita akan dapat targeted subscriber secara berterusan.

6.3.3) Drag anda drop email builder

Untuk hasilkan email yang cantik dan kemas, korang boleh gunakan fungsi email builder yang terdapat dalam StreamSender Pro...Cara nak guna email builder ni senang je...Just drag and drop!

Trust me bro/sis...Email builder ni memang best + senang guna + sempoi...Budak skolah pun boleh buat email yang pro guna builder ni...Inikan pulak korang yang bakal jutawan...Limit cuma imaginasi korang je nak buat design macam mane... 🙂

6.3.4) Tag

Tag ni kegunaan dia just untuk "mark" status subscriber...Benda ni simple je...Cer korang tengok gambar kat bawah ni :

Gambar tu menunjukkan subscriber aku tu dah beli produk Parabots Pro dan Teknik Penulisan Santai...Tapi dia belum lagi beli Teknik Blogging Santai...Dengan adanya tag-tag macam tu, senang lah aku nak hantar email susulan based on tag waktu buat automation nanti.

Nak kasi korang mudah faham lagi, katakanlah korang baru nak launch Tudung A...Then korang boleh buat beberapa tag...Contohnya :

  • Prospek Tudung A
  • Customer Tudung A

Bila dah siap buat tag tu, korang boleh hantar email untuk promote Tudung A...Apa yang akan berlaku, mungkin ada yang tengok je Tudung A, tapi tak beli...Mungkin jugak ada yang akan beli...So yang tak beli korang boleh set auto add tag "Prospek Tudung A"...Yang beli pulak korang boleh set auto add tag "Customer Tudung A".

Next korang boleh set email khas khusus untuk mereka yang belum beli (Prospek Tudung A)...Email tu mungkin korang buat Happy Hour dan sebagainya...Subscriber yang takde tag "Prospek Tudung A" takkan dapat email Happy Hour tu.

So nampak tak kegunaan tag tu? Benda tu sebenarnya membantu korang untuk buat automation dalam pemasaran email.

6.3.5) Automation

Orite...Ini fungsi terpenting untuk buat Email 3.0...Fungsi ni lah sebenarnya yang membolehkan korang hantar email yang betul, pada subscriber yang betul, pada masa yang betul secara auto.

Kalau korang tengok animation kat atas, automation bermula dengan prospek bukak email "Pengumuman Pelancaran Tudung A"...Then system akan add tag "Prospek Tudung A" sebab subscriber dah bukak email.

Pastu sistem akan tunggu selama sehari...Lepas sehari sistem akan check sama ada subscriber ada buat pembelian (ada tag "Customer Tudung A") atau tak...Kalau ada, subscriber akan terus di hantar ke automation khas untuk pembeli.

Kalau tak beli lagi (takde tag "Customer Tudung A"), sistem akan hantar email yang mengandungi diskaun code...Then proses yang sama berulang...Lepas sehari bagi diskaun code, sistem akan check sama ada subscriber ada buat pembelian (ada tag "Customer Tudung A") atau tak...Kalau ada, subscriber akan terus di hantar ke automation khas untuk pembeli...Kalau tak, korang boleh ulang semula loop automation...Tapi dalam kes ni, aku tamatkan terus automation untuk memudahkan pemahaman korang tentang cara kerja asas fungsi automation ni.

Sebenarnya ada banyak Action (pilihan untuk bina automation) yang korang boleh guna dalam automation ni...Tapi yang akan aku sentuh hanya seperti dalam rajah kat bawah ni je...Yang lain aku tak sentuh sebab sebahagian daripadanya tak support untuk pasaran Msia.

So itulah antara fungsi-fungsi StreamSender Pro yang kita akan gunakan dalam Email 3.0... 😀

Amacam? Mantop tak fungsi dia? Ke korang sekarang tengah blur/pening?

Orite-orite...Kalau korang ni newbie dalam email marketing, mungkin korang akan blur-blur sikit...By the way tak perlu risau...Ini baru just cerita tentang fungsi je...Belum masuk pun lagi strategi Email 3.0...Nanti bila dah masuk, insyaAllah baru korang akan betul-betul faham kegunaan fungsi-fungsi yang aku terangkan tadi.

Anyway kalau korang ni dah biasa dengan Email 2.0, insyaAllah korang akan teruja tengok benda-benda yang aku story kat atas sebab itu semua "penyelesaian" kepada apa yang korang tak boleh buat dalam Email 2.0... 😉

6.4) Harga StreamSender Pro

Sebelum aku listkan senarai harga StreamSender Pro, aku rasa better aku buat sikit perumpamaan supaya tak ramai akan mempersoalkan pasal harga ni di kemudian hari.

Sebelum ni aku pernah jual beberapa jenis kereta (autoresponder)...Salah satu daripadanya adalah kereta Honda Accord (autoresponder StreamSender)...Apa yang berlaku adalah, segelintir prospek/pengguna mempersoalkan kenapa harga Honda Accord (StreamSender) lebih mahal berbanding kereta Kancil (autoresponder brand XX)?

Kalau ko, ko nak jawab apa?

Of course la sebab spec kedua-dua kereta tu jauh berbeza kan...By the way, untuk benda yang tak nampak dan tak boleh dipegang ni (autoresponder), kadang-kadang susah nak fahamkan dieorg...Belum pun lagi langgan, terus pangkah awal-awal...Kan rugi...So aku harap korang tak macam tu...Ape-ape hal dengar + baca + try guna dulu...Kalau nak soal pun, buatlah perbandingan dengan kereta yang setaraf...Contohnya Toyota Camry, etc... 😆

Okeh...kenapa aku bukak cerita kat atas ni? Jawapannya sudah tentu sebab StreamSender Pro (Ferrari) jauh lebih mahal berbanding StreamSender (Honda Accord)...Kedua-dua jenis autresponder ni dah berlainan level...Apetah lagi kalau nak compare dengan Kancil (autoresponder XX)... 😆

By the way, korang tak perlu risau sebab insyaAllah dengan adanya StreamSender Pro ni akan dapat improve sales korang berganda lebih banyak!

Mana lebih bagus, spend RM10 dapat untuk RM20 atau spend RM100 tapi dapat untung RM1000?

Of course la spend RM100, tapi dapat untung RM1000 kan...So macam tu lah jugak dengan StreamSender Pro...Selain korang dapat up sales, korang jugak dapat jimatkan banyak masa dan tenaga untuk buat pemasaran email.

Orite...StreamSender Pro ni ada 3 pakej iaitu Pakej Basic, Pakej Plus dan Pakej Enterprise...Ketiga-tiga pakej ni berlainan harga dah fungsi...Semua tu (jenis pakej dan harga) pihak developer yang tetapkan, bukan aku...Honestly, aku sendiri pada waktu ni hanya guna Pakej Basic je...Walaupun basic, dah memadai untuk buat Email 3.0...Kat bawah ni merupakan senarai harga untuk Pakej Basic :

Yang ni pulak harga untuk Pakej Plus :

Akhir sekali harga untuk Pakej Enterprise:

Untuk harga Pakej Basic (100k contact ke atas), Pakej Plus (25k contact ke atas) dan Pakej Enterprise (10k contact ke atas), korang kena roger aku dulu.

Kalau korang perasan, harga untuk Pakej Basic tu, lebih kurang harga Aweber dan Getresponse je kan...So takde lah mahal sangat... 😉

6.4) StreamSender Pro vs Aweber vs Getresponse

Okeh...Memandangkan harga StreamSender Pro, Aweber dan Getresponse lebih kurang sama je...Jadi ada baiknya kalau aku terangkan sikit DUA perbezaan penting antara ketiga-tiga autoresponder tu untuk beri lebih pencerahan kat korang...Honestly, Aweber dan Getresponse pun bagus...Aku pun pernah guna...Cuma dalam kes ni aku akan kemukakan beberapa hujah untuk membuktikan kat korang kenapa StreamSender Pro lebih berbaloi... 😎

6.4.1) Features

Untuk makluman korang, ketika aku tulis panduan ni, aweber masih lagi belum support trigger action sepenuhnya...Dalam erti kata lain, Aweber hanya support Email 1.0 saje yang mana korang tak boleh hantar secara automatik kalau prospek buat action tertentu macam open email, click link dan sebagainya.

Untuk Getresponse pulak, dieorg punya sistem support trigger action...Tapi untuk subscriber yang tak buat sebarang action (tak open email, tak click link, etc), Getresponse tak boleh send email followup secara auto...Kalau nak send kena buat secara manual...Dalam erti kata lain, Getresponse hanya support Email 2.0 saje.

So kalau korang gunakan Aweber atau Getresponse, korang tak boleh buat Email 3.0...Hanya StreamSender Pro saje yang boleh hantar email trigger (open, click, etc) atau no trigger (tak open, tak click, etc) secara auto.

6.4.2) Harga

Dari sudut harga, memanglah harga tak banyak berbeza untuk ketiga-tiga jenis autoresponder tu...Tapi, korang kena faham bahawa ada perbezaan dari sudut pengiraan jumlah subscriber yang akhirnya effect bayaran bulanan yang korang kena bayar.

Untuk Aweber, total subscriber dikira untuk semua list tak kira subscriber tu aktif atau dah unsubscriber...So kalau Ahmad register 10 list guna email yang sama, Aweber akan kira total subscriber = 10...Kalau Ahmad unsubscribe kesemua list sekalipun, total subscriber tetap = 10...So korang kena bayar untuk 10 subscriber.

Untuk Getresponse pula, dieorg tak ambil kira prospek yang dah unsubscribe...Tapi untuk yang masih aktif, pengiraan dieorg masih lagi sama macam Aweber...So kalau Ahmad register 10 list guna email yang sama, Getresponse akan kira total subscriber = 10...So korang kena bayar untuk 10 subscriber.

Berbeza dengan StreamSender Pro, kalau Ahmad register 10 list guna email yang sama, korang hanya akan dicharge 1 subscriber sahaja...StreamSender bro ambil kira jumlah contact/orang, bukan jumlah subscription...Untuk prospek yang dah unsubscribe, dieorg tak termasuk dalam bil.

So dekat situ pun korang dah jimat banyak sebab pasti akan ada ramai subscriber yang signup beberapa list dan pasti akan ada ramai subscriber yang unsubscribe dari masa ke semasa.

So mana lagi untung? 😆 😆 😆