Dalam bab sebelum ni, aku dah terangkan serba ringkas masalah-masalah asas dalam pemasaran email...Dalam bab ni, aku nak terangkan pulak PUNCA kepada masalah-masalah asas tersebut.

Benda ni korang perlu tau jugak sebab ia berguna untuk Email 3.0 nanti.

4.1) Punca susah nak kumpul list

Masalah susah nak kumpul list ni memang biase jadi "pembunuh" semangat newbie yang baru nak berjinak dalam pemasaran email...Biasa lah tu, sebulan dua bayar yuran autoresponder tanpa dapat kumpul sebarang list...Kalau nak kumpul list tu mudah, aku rasa insyaAllah ramai yang akan terus guna pemasaran email...Maklumlah, "senjata pemasaran" terhebat kate ko! 🙄

Sepanjang aku buat servis autoresponder, aku dapati ade beberapa punca kenapa newbie susah nak kumpul list...Antaranya :

  • Tak tau buat squeeze page.
  • Takde idea nak bagi free gift ape.
  • Tak tau macam mana nak promote squeeze page.
  • Takde "budget marketing" untuk tarik prospek ke squeeze page.

Cer tengok contoh squeeze page kat bawah ni :

Nak buat macam tu dah la susah...Kalau tak pandai, nak kena upah designer...Itu tak amik kira lagi nak kena sediakan ebook free...Nak kena promote...Argghh...memang susah lah!...Mane maunya newbie nak buat macam ni!...Otai boleh la... 😥

4.2) Punca subscriber tak bukak email

Sepertimana yang korang sedia maklum, subscriber (manusia) ni ade macam-macam perangai...Ada yang beriya-iya register borang optin...Tapi bila dah register, tak nak pulak bukak email yang kita hantar!

Apa kes?

Sebenarnya ada beberapa sebab kenapa subscriber tak nak bukak email yang kita hantar...Aku banyak jugak buat kajian pasal benda ni...Antara yang aku boleh rumuskan adalah :

4.2.1) Terlalu kerap hantar email

Subscriber ni ada 2 jenis...Jenis pertama, dia memang tak suka terima email kerap walaupun memang dia yang register optin form...Kadang-kadang korang hantar email seminggu sekali pun dieorg dah rasa rimas.

Jenis kedua pulak, dieorg tak kesah korang nak hantar email kerap...Yang penting email yang korang hantar tu mesti dalam niche yang sama...Kalau dieorg register sebab nak dapat update pasal keluaran tudung terkini, korang hantar email tentang terkini setiap hari pun dieorg takde hal.

Yang jadi hal bila korang mula hantar email tentang kucing beranak, tentang bola, tentang korang gi karaoke dan yang sewaktu dengannya...Dalam erti kata lain, email yang tak berkaitan dengan niche...Bila korang mula buat macam tu, dieorg pun mulalah tak endahkan email-email yang korang hantar.

4.2.2) Subscriber terlepas pandang email

Kadang-kadang, subscriber ni memang followers tegar korang...Apa jugak email yang korang hantar, memang dieorg berminat nak bukak...Tapi dalam keadaan tertentu dieorg tak bukak email sebab tak perasan email korang...Maklumlah, selain korang, dieorg pun ada subscriber 100 newsletter orang lain.

Kalau tak pun, mungkin korang hantar email pada masa yang tak sesuai...Hantar email hari Ahad...Hari Isnin dieorg masuk opis baru dapat online...Waktu tu pulak dah bersusun email lain dalam inbox...So email yang atas-atas je la dieorg baca...Email yang bawah-bawah tak sempat nak baca sebab boss dah panggil meeting... 😆

4.2.3) Subscriber tak nak bukak email

Kadang-kadang jugak, subscriber ni jenis memilih...Dieorg nak bukak email yang nampak macam best je...Yang tak best, memang saje je dieorg tak bukak walaupun nampak email tu masuk inbox.

Actually memang ramai subscriber jenis ni...Maklumlah, orang sekarang ni busy...Busy nak baca gosip kat FB...Busy nak whatsapp kengkawan...Dan segala macam jenis busy lain...So, mana ada masa nak baca email yang nampak macam tak menarik! 😥

4.3) Punca subscriber tak klik link dalam email

Aku banyak buat kajian tentang click rate sebelum ni...Click rate ni penting sebab ia menunjukkan berapa ramai yang baca email yang kita hantar...Kalau orang buka email, tapi tak klik link yang kita provide dalam email, itu kemungkinan besar dieorg tak baca isi kandungan email...Tapi kalau dieorg bukak dan klik link dalam email, insyaAllah itu maksudnya dieorg baca email yang kita hantar tu.

Hasil kajian aku, ada beberapa punca kenapa orang tak klik link dalam email yang kita hantar...Antaranya :

4.3.1) Subscriber malas baca email

Kebanyakkan subscriber rasa "malas" nak baca email yang panjang berjela-jela...Jangan cakap orang, aku sendiri pun malas... 😆 ...Nak nak kalau ayat tak menarik...Laagi la aku malas nak baca...Bila tak baca, of course la tak klik link dalam email!

Cer korang tengok email kat bawah ni...

Kalau ko ranjin nak bace? Kalau aku, memang mintak maaf banyak-banyak lah bro...Kesian ko abis tenaga dan masa tulis email panjang-panjang... 😥

4.3.2) Button / link tak menonjol

Email tak sama macam blog...Ramai orang sanggup baca dan tilik betul-betul post kat blog...Tapi semua tu tak berlaku untuk email...Kebanyakkan orang ambil masa beberapa saat je untuk baca email...Sekali scroll mouse je bro/sis!

So amatlah penting untuk kita "highlight" kan link yang kita attach dalam email...Kegagalan kita untuk buat macam tu mungkin akan sebabkan subscriber tak perasan ada link dalam email...Maklumlah, baca dengan kelajuan 180km/j kate ko... 😆

4.3.3) Kedudukan button / link terlalu ke bawah

Ok...yang ni pun sebenarnya berkait rapat dengan email terlalu panjang...Kadang-kadang, disebabkan email terlalu panjang, link/button tersorok dekat bahagian email yang paling bawah...Kena scroll mouse sampai lenguh jari baru nampak link/button? Tak kuasa i... 😆

4.3.4) Terlalu banyak link/button

Korang pernah tak dapat email daripada seller produk fizikal? Dieorg ni kadang-kadang sumbat berpuluh-puluh produk dalam email...Setiap produk ada 1 link/button...Korang rasa ramai tak yang berminat nak klik semua link/button tu?

Ikut pemerhatian aku, paling kuat pun orang akan klik 1-2 link/button je...Once dieorg klik 1 link/button, dieorg akan terus surf produk kat web je...Jarang dieorg tengok email semula untuk klik link/button lain.

4.4) Punca conversion rate rendah

Conversion rate (sales) ni sebenarnya benda yang agak subjektif...Banyak faktor yang mempengaruhi conversion rate...Bukan pemasaran email semata-mata...By the way, aku akan sentuh jugak sikit sebab benda ni akan digunakan untuk Email 3.0 nanti.

Ikut kajian aku, ada beberapa faktor yang menyebabkan orang tak beli produk kita...Antaranya...

4.4.1) Tawaran yang kurang menarik

Sesetengah prospek, dieorg sebenarnya memang dah berminat dah nak beli produk kita...Tapi hasrat nak beli tu terbantut sebab harga mahal, takde diskaun, takde freegift dan sebagainya.

Semua benda tu termasuk dalam ruang lingkup "tawaran"...Kalau promosi hebat gila sekalipun, tapi tawaran tak cun, conversion rate akan terjejas jugak!

4.4.2) Persaingan

Bila sebut pasal persaingan, benda ni sebenarnya bagus...Banyak benda yang kita boleh improve bila ada persaingan...Yang jadi masalah adalah bila kita tak bersaing bila ada persaingan.

Kalau kita jual produk yang sama, at least kita mesti advance selangkah depan pesaing kita...Kalau tak, prospek akan prefer untuk beli dari pesaing kita.

4.4.3) Tiada sense of urgency

Manusia memang suka bertangguh...Bertangguh nak beli...Bertangguh nak bayar dan sebagainya.

Kalau bertangguh, tapi tetap beli dan bayar kira ok lagi...Ni tak, dah la bertangguh, pastu tak jadi beli pulak tu!

Sebab itu "sense of urgency" tu penting dalam bisnes...Contohnya :

  • Kuantiti terhad!
  • Masa terhad!
  • Bonus / freegift terhad!

Benda-benda yang terhad ni biasanya orang tak bertangguh...Makin berebut-rebut insyaAllah... 😀

4.4.4) Respon yang kurang baik

Aku selalu ingatkan client aku...Ayat respon kena sentiasa sweet + mesra...Benda-benda ni penting dalam bisnes sebab silap cakap, prospek boleh tak jadi beli hokey!

Benda ni ramai yang tak ambil kesah...Cuba korang tengok awek-awek jepun, macam mana dieorg serve pelanggan...Silap-silap hari bulan pelanggan yang saje-saje je nak tanya boleh terus "tergoda" nak buat pembelian.

Ni orang kita lain...Muka sweet...Tapi bila cakap dengan pelanggan, garang semacam...Macam kerja bekas komando...Terbantut terus feel kawan tu nak membeli... 😥

Selain ayat respon kena baik, masa respon jugak mainkan peranan...Kalau prospek tanya hari ni, seminggu baru korang jawab, memanglah prospek takut dan tak confident nak buat pembelian.

4.5) Punca spam rate meningkat / dimaki oleh subscriber

Bila sebut pasal "Spam", memang kita harus kaitkan dengan perkataan "Maki"...Ini sebab orang yang klik spam ni memang dah meluat dengan email kita...Rasa macam nak "maki" je bila dapat email... 😆

Antara punca-punca "biasa" orang klik spam atau maki adalah seperti berikut :

  • Kerap hantar email...Seminggu sampai berbelas email korang hantar...So no wonder la kena maki!
  • Kerap buat promosi...Promosi memang penting...Tapi kalau terlalu kerap, prospek akan rasa macam "dipaksa"!
  • Terlalu jarang hantar email...Setahun hantar satu email je...So, subscriber pun dah lupa dan tak kenal sape yang hantar email.
  • Subscriber tak tahu cara unsubscribe.
  • Hantar email yang tak berkaitan dengan subscriber.