Sebelum aku terangkan lebih lanjut tentang Email Marketing 3.0 (a.k.a Email 3.0), rasanya elok jugak kalau aku terangkan perkara basic dulu...Ye lah, mungkin korang masih zero dalam pemasaran email...So untuk mengelakkan korang melopong, better aku mulakan dengan yang asas, then baru masuk part advance sikit demi sikit...InsyaAllah tak susah korang nak kuasai Email 3.0 ni kalau korang dah faham perkara asas.
Btw, aku takkan sentuh terlalu detail tentang benda-benda asas ni...So kalau korang still tak faham, korang boleh contact aku part mana yang korang kurang faham tu k.
1.1) Apa itu pemasaran email (email marketing)?
Ramai orang salah anggap tentang pemasaran email...Dieorg ingat pemasaran email tu jenis email-email promosi yang tetibe je menyemak kat dalam inbox...Tak tahu ntah siapa yang hantar!...Tu sebenarnya bukan pemasaran email, tapi tu spamming.
Pemasaran email sebenarnya adalah email-email yang dihantar oleh individu/company yang kita pernah register email kita kat website dieorg...Sebagai contoh, dekat website ni aku ada pasang banyak optin form (tempat register email) untuk mereka yang berminat nak dapatkan update terkini daripada website ni.
So bila ada orang register, dieorg akan dapat email daripada aku secara automatik setiap kali aku hantar newsletter...Itulah dia pemasaran email yang sebenar-benarnya... 😉
1.2) Syarat SAH pemasaran email
Untuk buat pemasaran email, ada DUA syarat utama yang korang kena patuhi...Kalau tak, pemasaran email korang tu akan dianggap tak sah...Apa syarat tu?...Syaratnya mudah je :
- Prospek mesti setuju untuk terima email daripada korang.
- Prospek boleh unsubscribe (berhenti terima email) pada bila-bila masa.
Mungkin sekarang ni korang tertanya-tanya...
Prospek kena setuju dulu ke? Macam mana nak buat dieorg setuju? Nak kena tanya sorang-sorang ke?
Okeh...Semua tu tak perlu...Apa yang perlu cuma korang sediakan optin form atau squeeze page untuk prospek register nama dan email...Once dieorg register, itu tandanya dieorg setuju!
Sama jugak kalau dieorg beli barang dengan korang guna sistem ecommerce...Once dieorg beli, korang akan dapat nama dan email dieorg...Nama dan email tu dikira legal untuk korang buat pemasaran email.
Maksud "bersetuju" tu sebenarnya adalah, prospek mesti register maklumat (nama/email) dieorg ditempat yang korang sediakan (optin form / squeeze page / order form / comment form / contact form) secara sukarela.
Dalam erti kata lain, maklumat dieorg tu korang bukan perolehi secara curi, beli daripada 3rd party secara illegal, search di google dan sebagainya.
Apa yang aku terangkan tu ikut "amalan biasa" yang dibuat oleh kebanyakkan usahawan online...Cuma kalau nak cantik lagi, korang bolehlah buat sikit "note" untuk maklumkan pada prospek yang dieorg akan dapat newsletter (email) dari masa ke semasa dekat form yang korang buat tu.
Ok bro...macam mana plak dengan syarat ke-2 tu?
Untuk syarat ke-2, korang tak perlu pening-pening sebab dekat bahagian footer setiap email yang korang hantar guna autoresponder (alat untuk hantar email) nanti, memang akan ada unsubscribe link...Cer tengok contoh email yang aku hantar tu...Kalau subscriber (prospek yang dah register) dah jemu baca email aku, dieorg boleh klik unsubscribe link tu bila-bila masa je...Then dieorg takkan dapat email daripada aku lagi.
1.3) Kenapa pemasaran email penting?
Untuk menunjukkan betapa pentingnya pemasaran email dalam bisnes online, aku akan buat satu perumpamaan yang mudah.
Bayangkan ada DUA orang nelayan...Sorang nama Pak Ali...Sorang lagi nama Pak Abu...Setiap hari Pak Ali dan Pak Abu pergi ke laut untuk tangkap ikan bersama...Hasil yang diperolehi, dibahagi sama rata (katakan sehari dapat 100 ekor, jadi sorang dapat 50 ekor)...Pak Ali dapat ikan, terus jual kesemuanya kat pasar...Pak Abu pulak dapat ikan, separuh dibela dalam sangkar ikan dan separuh lagi dijual kat pasar.
Hasil jangka masa pendek, Pak Ali dapat dapat untung (duit) lebih banyak berbanding Pak Abu sebab Pak Ali jual kesemua ikan...Pak Abu pulak dapat untung (duit) yang sikit, tapi pada masa yang sama jumlah ikan yang dibela dalam sangkar semakin lama semakin banyak.
Dalam masa beberapa bulan, jumlah ikan Pak Abu dah pun mencecah ribuan ekor hasil simpanan daripada tangkapan harian dan hasil penambahan semulajadi (ikan bertelur dan membiak)
Sekarang Pak Abu terus boleh turun ke laut dengan Pak Ali jika dia nak...Tapi kalau tak nak pun takpe sebab setiap hari dia masih boleh jana keuntungan (duit) dengan hanya jual ikan dalam sangkar...Kalau tiba-tiba musim tengkujuh atau sampan rosak, bisnes ikan Pak Abu langsung tak terjejas!..Malahan jumlah ikan dalam sangkar makin lama makin banyak secara semulajadi (pembiakan).
Berbeza dengan Pak Ali, setiap hari dia mesti struggle tangkap ikan...Kalau tiba musim tengkujuh atau sampan rosak, Pak Ali takde income!...Macam mana pulak kalau ditakdirkan Allah SWT, Pak Ali jatuh sakit or meninggal dunia? Takde sebarang advantage untuk waris selain teruskan legacy sedia ada (struggle turun ke laut setiap hari).
So untuk long term, siapa yang untung? Pak Ali ke Pak Abu?...Dah tentu la Pak Abu kan! 8)
Macam tu lah jugak dalam bisnes online...Kalau korang fokus pada instant sale (macam Pak Ali), korang akan untung sekejap dan perlu sentiase struggle...Tapi kalau korang fokus pada kumpul list (nama & email prospek) + buat sale (macam Pak Abu), insyaAllah makin lama korang akan semakin untung dan kerja semakin kurang.
List ni sebenarnya macam "aset maya" untuk usahawan online...Bisnes online tanpa kumpul list ni bolehlah aku anggap macam bisnes offline kencang, tapi tak simpan duit...Ape akan berlaku kalau korang tak simpan duit?...Of course bila sampai waktu susah, korang tak boleh nak maintain/survive.
Sebenarnya ada banyak lagi kepentingan pemasaran email dalam bisnes online...Cerita kat atas tu just intro je supaya korang dapat sikit gambaran... 😆
Kalau nak di listkan satu persatu, memang lah teramat banyak...So better aku tulis yang penting-penting je...Antaranya :
1.3.1) Untuk membolehkan kita buat promosi berulang
Bila seseorang tu dah register sebagai subscriber kita, selagimana dieorg tak unsubscribe, selagi tu lah korang boleh buat promosi kat dieorg...Bayangkan korang guna FB Ads untuk "direct promote" produk pelangsingan badan...Sekali Abam klik iklan korang, korang dah kena charge RM1 (sebagai contoh)...Kalau Abam tak beli waktu tu, burn macam tu je duit korang.
Tapi kalau korang guna pemasaran email, kalau Abam tak terus beli pun takde hal...Dari masa ke semasa korang boleh hantar email promosi, email testimonial dan sebagainya supaya termakan "racun" korang dan in the end buat pembelian... 😆
1.3.2) Untuk mendapatkan pembelian berulang
Kebanyakkan produk sebenarnya berpotensi untuk dapatkan pembelian berulang...Contohnya kalau korang jual ubat kuat lelaki, korang boleh agak bila pengguna akan abis pakai...Then korang boleh set email followup secara automatik untuk remind prospek buat repeat order.
Kalau korang jual tudung, laaagi lah mudah...Setiap kali ada design baru, korang boleh send newsletter secara automatik...Itu semua adalah bentuk-betuk pembelian berulang yang korang boleh dapatkan dengan mudah guna pemasaran email...Tak perlu terkial-kial nak whatsapp sorang-sorang dan sebagainya...
Sebenarnya, kalau korang nak tau...Nak jual produk pada customer sedia ada jauh lebih mudah daripada jual pada customer baru...Korang tengok gambar yang aku attach kat bawah ni...Itu antara top buyer produk IM keluaran aku...Yang spend 5 angka pun dah ada sorang....Padahal kos aku untuk dapatkan email dieorg dulu mungkin RM0.20 je atau mungkin free...Tapi sale yang aku dapat, beratus kali ganda.
Benda-benda macam ni, korang susah nak dapat kalau tak guna pemasaran email.
1.3.3) Untuk keselamatan/backup
Cer tengok kesah Pak Ali dan Pak Abu kat atas tadi...Korang dapat pengajaran tak?...Sebenarnya bisnes online pun macam tu jugak...List ibarat "aset maya" yang bukan saje menguntungkan untuk long term, tapi jugak sebagai backup kalau-kalau ada musibah berlaku.
Cuba korang bayangkan tetiba Facebook / Insta dan channel-channel yang korang gunakan tetiba kena block dengan goverment...Tak pun akaun korang kena terminate dan sebagainya...Apa akan berlaku pada bisnes korang kalau dah takde "tempat bergantung"?...Of cource korang kena mula dari zero dengan cabaran yang persaingan yang mungkin lebih susah berbanding dulu.
1.3.4) Untuk memudahkan kerja
Part ni yang aku paling suka lebih-lebih lagi bila dah ada Email 3.0...Pemasaran email ni sebenarnya memang memudahkan kerja...Email boleh dihantar secara auto pada prospek...Tak payah nak 24 jam mengadap Whatsapp, reply komen di FB, reply PM dan sebagainya.
Kerja reply-reply ni bukan tak penat...Tapi sangat-sangat memenatkan...Aku dah pernah buat...So dah faham sangat dah... 😥
1.3.5) Untuk meningkatkan keuntungan dengan pantas
Satu lagi kelebihan email marketing yang tak mampu dilawan oleh teknik lain adalah kadar kepantasan kita untuk mencapai prospek...Kalau kita run Fb Ads, dalam sejam, berapa ramai yang boleh nampak iklan kita? 5 ribu orang? 10 ribu orang?
Nak dapat seribu orang pun susah kan unless kita bernasib baik...Tapi kalau kita guna email marketing, email yang kita hantar boleh sampai ke 30k - 50k subscriber dalam masa 1 jam...Bila dah laju macam tu, insyaAllah sale pun akan masuk laju jugak.
1.3.6) Untuk jimatkan kos pemasaran
Korang pernah tak run Fb Ads atau Adwords? Berapa kos korang untuk dapatkan 1 sale?...10%?...30%?...50%?...Lebih kurang macam tu lah kan.
Tapi kalau korang pakai pemasaran email, kos korang mungkin hanya 1% atau 0.05% atau lebih kecik lagi...Tak caya korang cuba baca kira-kira yang aku buat kat post tentang email marketing beberapa hari lepas.
1.4) Teknik pemasaran email vs teknik pemasaran lain
Dalam bisnes, kita tak boleh bergantung pada 1 jenis cara pemasaran saje...Kalau mampu, guna semua teknik pemasaran yang korang tau...Cuma, macam biasa, setiap teknik pemasaran ada pro & con.
Untuk pemasaran email, aku boleh katakan ia teknik terbaik untuk prospek sedia ada!
Emm...prospek sedia ada tu ape maksudnya bro?
Ok...Macam ni...Sepanjang korang buat bisnes, korang mungkin ada collect email dan nombor HP prospek...So senarai prospek yang korang ada tu lah yang dimaksudkan dengan prospek sedia ada.
Untuk prospek sedia ada ni, ada beberapa teknik pemasaran yang orang biasa guna...Yang famous memang Whatsapp dan pemasaran email.
Antara Whatsapp dengan pasaran email, mana lagi bagus?
Pada aku, pemasaran email lebih bagus sebab kita boleh set bila nak send email secara auto...Then dari situ pun kita boleh tau sama ada prospek dan baca email dan klik link yang kita attach dalam email.
Berbeza dengan whatsapp, kita just boleh tau sama ada prospek dah baca atau belum...Untuk link, kita tak boleh tau siapa yang dah klik dan siapa yang belum...Selain tu, setiap kali nak buat promosi, kita kena buat secara manual...Tak boleh set auto...Kes macam ni memang memenatkan!
Lagi satu, kalau guna whatsapp ni, prospek biasanya akan banyak tanya...Beli belum tentu lagi... 😆 ...Berbeza dengan email, tak ramai yang banyak tanya...Tak tau lah kenape...Tapi itu memang hakikat...Aku dah guna kedua-dua teknik, so aku tau apa pro & con nya...Anyway, kalau korang ada banyak masa dan nak guna kedua-dua teknik sekaligus pun bagus...Itu sangat-sangat digalakkan!
Ok bro, macam mana pulak dengan prospek baru? Teknik mana yang lebih ok?
Untuk prospek baru (prospek yang kita takde no HP atau email), memang aku akui pemasaran email bukan teknik terbaik...Lagipun memang pemasaran email bukan di design untuk tarik prospek baru.
So kalau nak compare dengan teknik lain macam Fb Ads, Adwords, Viral Marketing, etc, memanglah pemasaran email jauh ketinggalan!
Pada aku, yang terbaik sekali adalah korang tarik prospek baru guna Fb Ads, Adword, etc...Then dapatkan data dieorg untuk korang gunakan pemasaran email di kemudian hari...Ramai orang sekarang guna Fb Ads untuk terus menjual...Cara tu memang bagus untuk instant sale...Tapi tak dapat lah nak buat repeat followup + repeat sale dan sebagainya selain tak berapa secure macam yang aku story kat atas tadi.
Mana korang lebih prefer, nak untung sekali atau berkali-kali secara auto pada kos yang sangat-sangat rendah?
Of course la nak untung berkali-kali kan...So kalau nak untung berkali-kali, nak tak nak korang kena jugak gunakan pemasaran email...Pemasaran email memang di design khas untuk tujuan tu... 😉
1.5) Tool asas yang diperlukan untuk pemasaran email
Ok...Untuk jalankan pemasaran email, ada beberapa tool yang korang kena gunakan iaitu :
- Autoresponder (mandatory)
- Domain (optional)
- Hosting (optional)
- Squeeze page / optin page (optional)
Kalau korang perasan, tool yang wajib hanya autoresponder je sebenarnya...Yang lain-lain tu tak wajib, tapi sangat penting dan sangat-sangat digalakkan untuk korang guna jugak.
1.5.1) Autoresponder
Autoresponder ni adalah tool khas untuk hantar email secara pukal dan secara auto...Dalam pemasaran email, kita tak send email sorang-sorang secara manual k...Tapi kita pakai autoresponder untuk hantar email sekaligus tak kira lah berapa banyak jumlah subscriber (email yang kita dah kumpul).
Kebanyakkan servis autoresponder kenakan bayaran bulanan ikut jumlah subscriber yang korang ade...Btw korang jangan risau, kos autoresponder takde lah semahal kos korang run Fb Ads...bahkan jaaaauh lebih murah!...Kita akan discuss semula tentang hal ni dalam bab seterusnya.
1.5.2) Domain
Domain adalah nama website korang...Sebagai contoh untuk website ni, domainnya adalah UsahawanCyber.Com
1.5.3) Hosting
Hosting adalah tempat untuk host file-file website (gambar, html, javascript, etc)...Kalau hosting down, website korang tak boleh dibukak.
Untuk domain dan hosting, korang boleh check post tentang hosting terbaik yang aku buat kat blog aku.
1.5.4) Squeeze page atau optin form
Squeeze page atau optin form adalah tempat untuk prospek register nama dan email dieorg...Kat bawah ni merupakan contoh squeeze page :
Yang ni pulak contoh optin form :
Squeeze page dengan optin form ni lebih kurang sama je sebenarnya...Yang membezakannya cuma squeeze page ni lebih detail...Ada gambar, ayat dan sebagainya dalam satu page...Optin form pulak cuma form yang simple yang kita boleh letak kat mana-mana bahagian dalam website kita.
Untuk buat squeeze page dan optin page, kita perlukan website...Untuk buat website, kita perlukan domain dan hosting...So, squeeze page/optin form saling berkaitan dengan domain dan hosting.
Ada beberapa tool tambahan lagi yang diperlukan untuk buat Email 3.0...Kita akan bincangkan dalam bab seterusnya.