Sejak aku mewar-warkan pasal Email 3.0 ni, memang ramai yang tanya...

Email 3.0 tu ape kebenda bro?

Jawapan yang aku berikan lebih kurang sama je untuk semua orang...

Email 3.0 ni merupakan teknik pemasaran email yang membolehkan kita hantar email yang betul, pada subscriber yang betul, pada masa yang betul secara automatik.

Memang itu pun jawapan yang paling tepat untuk mencerminkan apa itu Email 3.0 yang sebenarnya.

Anyway korang jangan kalau korang blur dengan statement kat atas...Aku akan terangkan satu persatu dalam bab ni.

2.1) Email 1.0

Dalam panduan ni, aku bukan nak ajar tentang Email 1.0 dan jugak Email 2.0...Tapi elok aku briefing sikit supaya korang nampak perbezaan antara ketiga-tiga method yang ada sekarang ni.

Email 1.0 sebenarnya adalah teknik pemasaran email biasa yang banyak email marketer sekarang gunakan...Kalau korang ada subscribe newsletter otai-otai kat Malaysia, hampir 90% daripada dieorg guna Email 1.0.

Dalam email 1.0, biasanya bila sampai mase nak promote produk baru atau nak kumpul list baru, dieorg akan prepare berbelas-belas email...Email-email ni akan dihantar pada SEMUA subscriber secara manual/auto ikut masa yang dah ditetapkan.

Dalam erti kata lain, setiap subscriber akan dapat email yang sama mengikut masa yang dah ditetapkan.

2.2) Email 2.0

Email 2.0 adalah satu bentuk pemasaran email yang fokus kepada "action" tertentu seperti open email, klik link dalam email, forward email pada kengkawan dan sebagainya.

Idea untuk cipta panduan Email 2.0 terhasil bila aku terbaca tentang kepentingan segmentation pada subscriber...Macam yang korang mungkin sedia maklum, bila kita hantar email promosi pada subscriber, tak semua subscriber suka/berkaitan dengan email yang kita hantar tu walaupun sama niche.

Sebagai contoh, katakan korang nak memperkenalkan instant shawl warna pelangi pada subscriber niche tudung korang...Pertama sekali, mesti korang akan hantar email pada semua subscriber untuk maklumkan tentang instant shawl warna pelangi tu.

Then mereka yang berminat insyaAllah akan bukak email, baca email dan seterusnya klik link ke shopping site korang...Mereka yang tak berminat dengan instant shawl pulak, mungkin akan abaikan je email korang tanpa baca apa pun.

So what's next?

Kalau dalam Email 1.0, mungkin korang akan hantar lagi email promosi ke-2 pada semua subscriber tak kira lah dieorg minat instant shawl warna pelangi atau tak...Berbeza dengan Email 2.0, subscriber yang menunjukkan minat akan dapat email khas (email trigger) secara automatik...Email tu mungkin mengandungi discount code, sense of urgency atau apa-apa yang difikirkan sesuai untuk orang yang memang dah confirm berminat.

Untuk yang tak berminat pula, korang perlu hantar email yang bersesuaian secara manual untuk mereka yang tak berminat...Email tu mungkin mengandungi live testimonial, video tutorial dan sebagainya yang boleh membangkitkan "awareness" betapa bestnya instant shawl warna pelangi!

Dalam erti kata lain, orang yang dah sedia berminat akan dapat email untuk tambah racun supaya mereka terus buat pembelian...Manakala mereka yang tak berminat pula akan dapat email yang boleh membangkitkan minat dieorg...Jadi ada 2 jenis email yang dihantar untuk promosi kali ke-2....Seterusnya pun sama jugak...Email dihantar secara manual dan auto mengikut aktiviti open/klik/forward email yang dilakukan oleh subscriber.

2.3) Email 3.0

Setelah beberapa bulan aku gunakan Email 2.0, aku mula terfikir...

Alangkah baiknya kalau aku dapat hantar email pada mereka yang tak open, tak klik, tak beli dan sebagainya secara auto.

Email 2.0 memang dah cun...Conversion rate memang banyak meningkat sebab email kita lebih specifik dan targeted...Tapi masih ada kerja-kerja manual yang aku kena buat untuk mereka yang tak berminat (tak open/click/etc).

So dari situ datanglah idea untuk mencipta Email 3.0 supaya kesemuanya boleh dibuat secara auto...Selain memudahkan kerja, aku yakin conversion rate insyaAllah boleh meningkat lagi kalau Email 3.0 ni dapat dilaksanakan.

Malangnya, waktu tu takde satu pun servis autoresponder yang ada dalam pasaran mampu untuk buat apa yang aku perlukan untuk Email 3.0!

Hinggalah pada satu hari, client Email 2.0 aku PM...Dia cakap dia sekarang dah boleh buat Email 2.5...Waktu tu aku dah dapat menghidu mungkin Email 2.5 yang dia maksudkan tu satu teknik yang boleh membuatkan kerja-kerja manual dalam Email 2.0 dibuat secara auto.

Dipendekkan cerita, akhirnya aku berjaya buat "special JV" dengan sebuah company yang memang pakar dalam bidang autoresponder software...Dengan menggunakan kepakaran dieorg, aku berjaya merealisasikan impian aku untuk guna Email 3.0 dalam pemasaran email.

Dengan adanya Email 3.0, kita boleh hantar email yang sesuai pada mereka yang minat (open/click/buy) dan mereka yang tak berminat (tak open/tak click/tak beli) secara automatik.

Ok...kat atas tu aku tunjukkan sampel proses Email 3.0 yang paling asas...Korang boleh tengok, lepas prospek register, dieorg akan dapat email Followup 1...Then lepas sehari, kalau dieorg bukak email Followup 1, dieorg akan dapat email Trigger 1 secara auto...Kalau tak bukak pulak, dieorg akan dapat email No Trigger 1...Email-email tu dihantar secara auto...Kita hanya perlu set sekali je.

So itu gambaran ringkas bentuk perlaksanaan Email 3.0...Sebenarnya ada banyak benda lagi yang mampu dibuat oleh Email 3.0...Dalam bab seterusnya aku akan tunjuk strategi yang lebih complex dan ohsem yang korang mungkin tak pernah terfikir lagi ada sistem boleh buat macam tu... 😀

2.4) Email 1.0 vs Email 2.0 vs Email 3.0

Sekarang ni, kalau korang sebelum ni dah biasa buat pemasaran email, mungkin korang akan cakap...

Emm...Benda yang ko tunjuk kat atas tu bro, buat secara manual guna Email 1.0 atau Email 2.0 pun dah boleh...So apa yang specialnya dapat buat secara auto?

Yup betul...Memang aku tak nafikan kalau korang bijak, benda-benda kat atas tu boleh dibuat secara manual kalau bilangan subscriber ciput...Tapi korang kena ingat...

  • Masa terbaik untuk bagi orang makan adalah ketika dieorg tgh kelaparan.
  • Masa terbaik untuk bagi org bantal adalah ketika dieorg tgh kengantukkan.
  • Masa terbaik untuk bagi org pinjam duit adalah ketika dieorg tgh kesempitan.

Korang memang boleh bagi makanan pada semua orang...Tapi belum tentu dieorg akan makan lebih-lebih lagi kalau dieorg tengah kekenyangan...Tapi kalau korang bagi makanan pada orang yang memang tengah kebuluran, insyaAllah berebut dieorg makan.

Macam tu jugak dengan kes pinjam duit...Korang boleh je offer "siapa nak pinjam duit aku RM500" pada semua orang...Tapi belum tentu dieorg berminat lebih-lebih lagi kalau dieorg baru je dapat bonus 5 bulan gaji...Tapi kalau dieorg memang tengah kesempitan wang sampai nak makan pun takde duit, insyaAllah kalau korang kenakan riba' pun berebut dieorg pinjam... 😆

Ok itu just contoh je...So kat situ korang boleh nampak betapa pentingnya kalau kita dapat detect prospek yang memang betul-betul tengah berminat/memerlukan apa yang kita jual/tawarkan.

Untuk buat macam tu, korang perlukan satu sistem yang boleh detect semua tu secara auto...Korang tak boleh buat secara manual (kalau ramai subscriber) sebab mustahil korang boleh tau pukul berapa seseorang subscriber tu buka email, klik link dan sebagainya...Kalau korang tau sekalipun, macam mana korang nak handle ribuan subscriber secara manual? Kalau korang duduk 24 jam ngadap komputer pun belum tentu korang boleh monitor aktiviti 100 orang subscriber setiap masa...Inikan pulak nak monitor ribuan subscriber.

So itulah perbezaan utama antara Email 3.0 dengan Email 2.0 dan Email 1.0...Email 3.0 membolehkan kita "hantar email yang BETUL, pada subscriber yang BETUL, pada masa yang BETUL, secara AUTOMATIK!"

Dalam erti kata lain, untuk Email 1.0, matlamat utamanya adalah hantar email yang SAMA pada semua subscriber...Manakala untuk Email 2.0 pula, matlamat utamanya adalah hantar email yang BERBEZA pada subscriber berdasarkan kepada action tertentu (open email / click link / forward email / etc).

Untuk Email 3.0, matlamat utamanya adalah hantar email yang BERBEZA pada subscriber berdasarkan kepada action tertentu (open email / klik link / forward email / visit page / etc) dan juga kepada mereka yang tak buat sebarang action (tak open email / tak klik link / tak forward email / tak visit page / etc) secara automatik.

Disebabkan kita boleh hantar email dengan lebih efficient, keuntungan pun insyaAllah akan meningkat berganda-ganda...Korang boleh tengok statistik bisnes client aku yang telah aku "suntik" dengan Email 3.0...Sebelum tu die hanya guna pemasaran email biase je (Email 1.0)...Bila dah kena penangan Email 3.0, sale naik mendadak!

Untuk makluman korang, data kat atas ni mungkin tak 100% tepat sebab ada campur-campur dengan sales thru Whatsapp...Anyway insyaAllah 95% daripadanya datang daripada Email 3.0 sebab prospek yang Whatsapp tu pun kebanyakkannya adalah subscriber... 😆

Selain tu, korang jugak perlu tau yang jumlah list cuma 2.3k ++ je tu...Purata sale sebelum Email 3.0 sekitar RM3k/month...Bila dah apply Email 3.0, sale naik melonjak hingga hampir mencecah RM30k...Padahal jumlah list sama je...Itupun sale boleh up lagi...Cuma masalah stock jadi penghalang!

So, bolehlah aku simpulkan, dengan hanya upgrade Email 1.0 ke Email 3.0 boleh boost sale hingga ke 10 kali ganda! :mrgreen:

Amacam bro/sis? Dah nampak potensi mase depan? 😀