Dalam bisnes online, kita boleh mengetahui prestasi bisnes kita dengan mudah jika kita tahu dua perkara iaitu :
- Jumlah unik klik yang diperolehi (bilangan prospek yang klik link yang dipromosikan).
- Bilangan jualan yang terhasil.
Dengan adanya 2 maklumat tersebut, kita boleh mengira nilai conversion rate dan seterusnya dapat membuat penilaian terhadap prestasi bisnes kita…Jika ok, kita boleh kekalkan cara promosi yang sedang kita lakukan dan jika kurang ok, kita boleh lakukan penambahbaikan.
1.1) Apa itu conversion rate?
Secara mudahnya, conversion rate adalah kadar peratusan pelawat website yang mengambil tindakan (beli, daftar dan sebagainya) terhadap apa yang anda tawarkan…Dari segi bahasa matematiknya kita boleh tukis seperti berikut :
Conversion Rate = (Jumlah jualan / Jumlah klik ) x 100%
Sebagai contoh, katakan anda promote satu ebook di facebook…Cara promosi yang anda gunakan adalah anda buat satu post dan kemudian anda letak link ke web jualan ebook tersebut…Selepas mendapat 100 klik, anda dapati seramai 5 orang telah membuat pembelian…Jadi conversion rate yang anda perolehi adalah :
- Conversion rate = (5/100) x 100% = 5%
1.2) Berapa kadar conversion rate yang normal?
Dalam bisnes offline, jika ada 2-3 orang masuk ke kedai anda, insyaAllah seorang akan membuat pembelian…Tapi dalam bisnes online, ia tak semudah itu…Mengikut pengalaman saya :
- Untuk produk fizikal (pakaian, produk kecantikan dan sebagainya), daripada 20 ke 100 orang yang klik link, hanya seorang sahaja yang akan buat pembelian.
- Untuk jualan produk digital (ebook, software dan sebagainya), daripada 100-300 orang yang klik link, hanya seorang sahaja yang akan buat pembelian.
- Untuk Pay Per Lead (PPL – download ebook percuma), daripada 5-20 orang yang klik link, hanya seorang sahaja yang akan download.
Nilai di atas adalah nilai yang normal…Jadi anda jangan tanya saya pula kenapa dah ade 30 klik, tapi satu jualan pun tak terhasil…Ramai sebenarnya newbie yang tanya saya soalan macam nie terutamanya bila saya anjurkan program affiliate…Ini kerana mereka ingat senang-senang mereka boleh buat jualan dengan jumlah klik yang sangat sedikit…Sebenarnya ia tak semudah itu…Jika mudah, anda tak perlu laburkan wang anda untuk beli panduan ini 😆
1.3) Kenapa kita perlu ambil berat pasal conversion rate?
Untuk makluman anda, terdapat 3 jenis kerugian yang biasa dialami oleh seseorang usahawan iaitu :
- Rugi wang ringgit.
- Rugi masa.
- Rugi tenaga.
Ketiga-tiga jenis kerugian ini anda dapat elakkan jika anda sentiasa monitor nilai conversion rate anda…Jadi anda tak rugi wang ringgit (jika anda promote guna medium berbayar seperti facebook ads dan sebagainya) dan juga masa serta tenaga (jika anda promote guna medium percuma seperti facebook wall dan sebagainya).
Anda boleh abaikan/hentikan promosi di medium yang conversion rate nya rendah…Pada masa yang sama anda boleh teruskan/tingkatkan promosi di medium yang conversion rate nya tinggi.
Leave A Response