Dalam bab sebelum ini, saya telah terangkan kepada anda bahawa “kunci” untuk meningkatkan conversion rate adalah sebelum kita dapatkan duit seseorang, kita mesti dapatkan hatinya terlebih dahulu…Of course untuk mendapatkan hati seseorang kita perlukan strategi yang mantop…Kita tak boleh dapat hati seseorang itu dengan hanya membuat promosi semata-mata…Sebaliknya kita perlu buat sesuatu yang dapat menyentuh hati mereka supaya mereka dengan redha mengeluarkan duit untuk anda.

Untuk tujuan itu, anda perlu tahu beberapa faktor yang mampu menyentuh hati prospek anda terlebih dahulu…Setelah itu barulah anda mudah untuk melaksanakan strategi anda kelak…Berikut merupakan faktor-faktor penting yang perlu anda berikan sepenuh perhatian :

  • Prospek kenal anda.

Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta…Macam itu lah juga dalam bisnes…Macam mana prospek nak “jatuh cinta” dengan anda jika mereka tak kenal anda…Kenal di sini bukanlah maksud kenal secara offline…Tapi cukup sekadar kenal online.

Ramai newbie/intermediate mengabaikan aspek ini…Mereka terus buat promosi di wall, facebook group, email dan sebagainya TANPA membuat prospek kenal mereka terlebih dahulu…Hasilnya prospek tak berminat untuk beli produk mereka…Sebaliknya prospek lebih memilih untuk beli produk melalui otai-otai yang terkenal.

  • Kadar kepantasan respon.

Kenal saje tak cukup untuk “menyentuh hati” prospek kecuali tahap kekacakkan/kecomelan anda berada sebaris dengan star K-Pop…Jika anda biasa-biasa saje, anda harus berbuat sesuatu untuk memastikan mereka rasa tersentuh hati dengan tindakan anda…Salah satu daripada perkara yang boleh anda lakukan anda memberi respon yang pantas terhadap soalan atau komen yang mereka tujukan kepada anda…Dengan ini mereka akan rasa seperti mendapat perhatian yang special daripada anda.

  • Ayat respon yang manis.

Respon yang pantas juga sebenarnya masih belum cukup untuk “menyentuh hati” prospek…Jika anda tersilap respon (jawab), anda bukan saje tak dapat nak menyentuh hati prospek, bahkan anda mungkin akan menyebabkan prospek rasa membara dengan jawapan anda.

Oleh yang demikian, anda harus tahu cara untuk menjawab pertanyaan atau membalas komen yang ditujukan kepada anda…Hanya dengan ayat yang manis saja yang mampu menyetuh hati prospek anda…Jadi, anda perlu belajar mengarang ayat yang manis-manis… 😀

  • Bonus

Sudah menjadi kebiasaan bagi prospek-prospek (khasnya untuk niche IM pasaran Malaysia) yang mahukan bonus untuk setiap produk yang mereka beli…Bak kata pepetah, dah bagi betis, nak peha…Tapi apakan daya, dah memang itu lumrah bisnes online sekarang…Jadi kita kena follow saja ikut sesedap rasa.

Jika anda perhatikan program affiliate Malaysia, hampir kesemua otai yang menjuarai cabaran affiliate ada menawarkan bonus kepada prospek mereka…Jarang sekali ade otai menang tanpa sebarang bonus kecuali untuk program Pay Per Lead (PPL)…Jadi, anda WAJIB tiru cara mereka juga!

  •  Sense to urgency

Teringat saya waktu di UTM dulu…Ade 2 orang lelaki (tak tahulah siapa yang bawa) tiba-tiba datang menawarkan dinar Iraq kepada kawan-kawan saya…Menurut mereka, kalau beli 1 set dinar Iraq sekarang atau secepat mungkin (harga dalam 3-4 ratus ringgit kalau tak silap), dalam masa kurang setengah tahun nilainya akan menjadi puluhan ribu ringgit (RM60k kalau tak silap)…Ini berlaku kesan daripada serangan US terhadap Iraq…Jadi ramai orang berebut-rebut beli dinar Irag hingga stok dinar Iraq menjadi sangat terhad!

Bila dengar peluang keemasan macam tu, ramailah kawan-kawan yang terjebak…Sanggup keluarkan duit PTPTN…Yang tamak, yang kedekut dan yang zuhud hampir habis semua di sapu bersih oleh kedua-dua orang lelaki tadi…Tapi saya terselamat sebab bijak sikit waktu tu… 😆 …Dipendekkan cerita, akhirnya dinar Iraq yang dibeli tak ke mana pun…Semua melopong kerugian… 😥

Nampak tak permainan di situ? Kedua-dua lelaki dalam kisah di atas menggunakan “sense to urgency” dengan baik sekali…Mereka tawarkan sesuatu yang hebat (untung puluhan ribu ringgit) jika kawan-kawan saya membeli set dinar Iraq mereka secepat mungkin…Kesan daripada “sense to urgency” itu, kawan-kawan yang bijak pandai pun boleh ditipu dengan mudah sekali.

Begitu juga dalam bisnes…”Sense to urgency” adalah satu faktor yang sangat penting untuk meningkatkan conversion rate anda…Ini taklah bermaksud anda kena menipu…Tapi anda kena fikirkan sesuatu supaya prospek bertindak cepat untuk membeli apa yang anda tawarkan…Jika mereka lambat, mereka akan rasa rugi!

Dalam bab-bab yang seterusnya saya akan terangkan kepada anda strategi-strategi yang perlu anda laksanakan berdasarkan kepada faktor-faktor yang diterangkan sebentar tadi.

 

Leave A Response

* Denotes Required Field