Dalam bisnes offline, ayat serta senyuman yang manis merupakan faktor penting untuk “meracun” prospek membuat pembelian…Kadang-kadang produk anda biasa-biasa saje…Tapi ayat manis punya pasal, prospek terus “tersangkut” untuk buat pembelian…Begitu juga dalam bisnes online, ianya masih lagi merupakan faktor penting walaupun kita tidak bersemuka dengan pelanggan.

Untuk membolehkan anda “meracun” prospek menggunakan ayat, anda harus beri tumpuan terhadap perkara-perkara berikut :

6.1) Gelaran / Nama Panggilan

Gelaran sangat penting untuk menimbulkan suasana selesa antara anda dengan prospek…Sama juga seperti anda dengan keluarga anda…Untuk abang sulung anda akan panggil Abang Long…Baru nampak selesa dan mesra…Takkan anda nak panggil abang sulung anda dengan panggilan Encik atau Tuan pula, betul tak? :lol:…Kalau betul anda kena panggil mereka macam tu, mesti tahap keselesaan dan kemesraan tu dah berlainan.

Dalam bisnes secara online, terdapat beberapa gelaran yang anda boleh anda gunakan kepada prospek/client anda mengikut kesesuaian…Untuk mengetahui apa gelaran yang sesuai digunakan, anda perlu lihat terlebih dahulu :

  • Gelaran yang prospek gunakan untuk anda gunakan sewaktu mereka menghubungi anda.
  • Beza umur.

Setelah anda kenalpasti dua dua faktor di atas, barulah anda boleh gunakan gelaran yang sesuai untuk mereka…Antaranya adalah seperti berikut :

 Tuan / Cik / Encik / Saudara / Saudari

Secara peribadi, saya kurang suka dengan gelaran macam nie kerana ia nampak terlalu formal dan kurang selesa…Tapi memandangkan ramai yang pakai gelaran macam tu, jadi saya terpaksa follow…Untuk gelaran seperti ini, anda harus lihat terlebih dahulu apa gelaran yang prospek gunakan untuk anda…Jika mereka dah mulakan panggil anda “tuan”, elok anda juga balas dengan “tuan”…Jika tidak, anda mungkin boleh gunakan gelaran lain yang lebih sesuai dan mesra.

Bro / Sis

Ini merupakan gelaran yang paling saya suka…Ia nampak lebih mesra serta santai…Mereka yang berurusan dengan anda menggunakan gelaran seperti ini pun biasanya mudah untuk jadi kawan…Anyway anda tak digalakkan gunakan gelaran seperti ini apabila berurusan dengan mereka yang dah berumur 40 tahun ke atas kerana ia akan buat mereka rasa kekok serta janggal.

Nama

Jika anda berurusan dengan aweks-aweks, saya lebih galakkan anda gunakan gelaran nama…Jika nama beliau Farah, anda panggil mereka dengan nama Farah jugak…Ikut pengalaman saya, aweks-aweks seantero Malaya lebih cepat mesra dengan anda apabila anda gunakan nama mereka.

Kak / Bang

Gelaran macam nie juga saya gunakan khas untuk akak-akak dan abang-abang yang nampak lebih tua sedikit daripada saya…Gelaran seperti itu akan buat prospek tersebut rasa selesa serta dihormati…Bila mereka dah rasa macam tu, insyaAllah mudah untuk anda membuat jualan.

Ramai orang mengabaikan aspek “gelaran” bila berurusan dengan client…Mereka lebih suka bertanya/menjawab tanpa menggunakan sebarang gelaran…Sebagai contoh :

Prospek : Berapa harga produk nie yea?

Penjual : Harga RM100…Jika berminat boleh PM.

Ayat di atas sebenarnya boleh membantutkan 10-30% daripada pelanggan untuk membuat pembelian…Yang sebaiknya anda jawab :

Harga RM100 saje bro…Kalau bro berminat, bro bolehlah PM saya… 😀

Nampak tak? Tambah gelaran saje dah boleh nampak ayat menjual lebih manis dan mesra…Barulah prospek dengan redha sanggup laburkan duit kepada anda… 😆

 

Leave A Response

* Denotes Required Field