Import agak sukar daripada Export, ini adalah kerana anda sebenarnya boleh melakukan banyak perkara bergantung kepada bagaimana fail anda diformat. Berikut adalah beberapa garis panduan untuk diikuti apabila anda memformat fail CSV anda untuk import :

  • Pretty Link Pro boleh memahami data yang ada dalam setiap lajur fail CSV anda dengan mencari tajuk untuk setiap lajur – mereka mampu untuk memahami sendiri kandungan fail CSV anda tetapi mesti mempunyai label ini dengan tepat: id, url, slug, name, description, group_id, redirect_type, track_me, use_prettybar, use_ultra_cloak, param_forwarding, param_struct, track_as_img, keywords…Jika lajur dalam fail CSV anda tidak mempunyai field pertama yang mengandungi salah satu daripada label ini maka seluruh ruangan akan diabaikan.
  • Lajur “id” adalah istimewa…Jika satu baris dalam fail CSV anda mengandungi nilai untuk id,  Pretty Link Pro akan cuba untuk mengemaskini rekod dalam pangkalan data dengan id yang berikut – jika id itu dijumpai, data akan dikemaskini. Jika anda cuba untuk membuat Pretty Link dari fail CSV anda maka anda perlu meninggalkan id field kosong. Apabila Pretty Link Pro melihat nilai dalam ruang kosong id (atau lajur id tidak wujud) maka ia hanya akan membuat Preety Link dari data yang terkandung di baris tersebut.
  • Apabila ingin mewujudkan link, apa yang diperlukan adalah hanya ‘target_url’ (ruangan ‘id’ tidak ada  atau nilai ‘id’ adalah kosong) – jika hanya satu sahaja lajur yang di set kan, Preety Link akan diwujudkan untuk target url,  nama dan slug yang anda masukkan. Apabila mengemaskini link, ruang yang diperlukan adalah kolum ‘id’ sahaja.
  • Jika anda tidak mempunyai ruangan slug atau  slug anda adalah kosong  Pretty Link Pro secara automatik akan menjana slug untuk Preety Link.
  • Saya cadangkan yang anda Export link anda dan hanya edit fail yang telah di Export dalam Excel…Apabila anda selesai mengedit anda perlu pastikan anda menyimpan fail dengan format CSV. Jika anda mengunakan Mac, pastikan anda memilih “CSV (Windows)” – ini adalah satu-satunya yang akan berfungsi.

[screencast url=”http://www.screencast.com/t/F5ku5k6fgdb” width=”620″ height=”348″]

Leave A Response

* Denotes Required Field