Setelah anda lakukan langkah pertama tadi, anda bolehlah mulakan langkah kedua iaitu kumpul prospek…Mengapa perlu kumpul prospek??? Jawapannya adalah kerana :
- Prospek adalah aset dalam bisnes…Jika anda tidak kumpul mereka, beerti anda tiada aset bisnes…Bila tiada aset, susah untuk anda bertahan lama…Jika anda perhatikan otai-otai di sekeliling anda, mereka semua ada aset (senarai prospek) yang banyak…Sebab itu mereka boleh bertahan lama.
- Dengan terkumpulnya prospek yang ramai, anda akan lebih mudah untuk membuat jualan…Sekali anda hantar email, insyaAllah banyak keuntungan yang bakal anda perolehi.
Secara mudahnya, anda bolehlah buat perumpamaan seperti ini…Jika anda tak kumpul prospek, ia ibarat anda menceduk air perigi ke dalam baldi yang bocor…Air yang masuk akan berada dalam baldi sementara sahaja, kemudian ia akan keluar melalui lubang yang bocor…Ia tidak kekal dalam baldi…Jadi anda tak dapat nak gunakannya secara maksimum…Lepas air keluar, anda kena ceduk air baru dari perigi…Anda kena sentiasa ceduk dan terus menceduk…Itu pun baldi tetap tidak akan penuh.
Sebaliknya jika anda kumpul prospek, ia adalah ibarat anda menceduk air perigi ke dalam baldi yang tidak bocor…Semakin banyak anda ceduk, semakin penuh baldi anda…Tak cukup satu baldi, anda boleh tambah baldi lain…Akhirnya anda mempunyai air yang banyak…Jadi anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menceduk air setiap masa…Itulah sebabnya mengapa anda perlu kumpul prospek.
Untuk mengumpul prospek, terdapat beberapa langkah yang perlu anda lakukan iaitu :
- Setup Autoresponders (kempen) pada Parabots Pro.
- Setup post di facebook.
- Suruh prospek tinggalkan komen di post yang telah anda buat.
Untuk lebih detail, sila rujuk video penerangan berikut :
[screencast url=”http://www.screencast.com/t/yfkmKvXNTe” width=”640″ height=”360″]
- Pastikan post yang anda buat di facebook mempunyai gambar/video…Jika tidak, anda sukar untuk mendapatkan URL post untuk dimasukkan ke dalam autoresponder (kempen) yang telah anda bina.
Leave A Response