Apa beza antara email followup dengan email broadcast (newsletter)?

Email followup adalah merupakan email yang dihantar secara automatik setelah prospek membuat pendaftaran untuk menerima email daripada anda...Email-email tersebut boleh dihantar sebaik sahaja prospek membuat pendaftaran (immediately) dan juga beberapa hari selepas itu mengikut sela masa yang anda tetapkan...Sebagai contoh :

- Email Followup 1 = Dihantar secara automatik sebaik sahaja prospek mendaftar.
- Email Followup 2 = Dihantar secara automatik sehari selepas prospek mendaftar.
- Email Followup 3 = Dihantar secara automatik 3 hari selepas prospek mendaftar.

Manakala email broadcast adalah merupakan email yang dihantar pada bila-bila masa tanpa mengambil kira bila subscriber membuat pendaftaran...Antara contoh email broadcast adalah seperti berikut :

- Email yang dihantar untuk memberitahu ada produk/info terkini.
- Email yang dihantar untuk mengucapkan selamat tahun baru, selamat hari raya dan sebagainya.
- Email yang dihantar untuk mengumumkan promosi, tawaran dan sebagainya.

Anda boleh menghantar email broadcast pada bila-bila masa mengikut keperluan anda seperti :

- Hantar secepat mungkin sebaik sahaja email broadcast siap dibina.
- Hantar pada masa atau tarikh tertentu seperti jam 10.30 pagi, hari Isnin (11/11/2013).

Dalam erti kata lain, email broadcast tidak bergantung kepada tarikh subscriber membuat pendaftaran.