Strategi Mudah Kumpul Nombor HP Prospek!

kumpul nombor hp

Kalau korang toleh kebelakang dan ingat semula dalam setahun dua lepas, kebanyakkan urusan jual beli kat media social (terutamanya Facebook) berlaku thru PM (private massage) je...Sikit-sikit PM...Sikit-sikit PM.

- Bro/sis, sy berminat...PM please

- Siapa berminat boleh PM sy k

Dan yang seangkatan dengannya...Kadang-kadang naik rimas jugak aku tengok sebab dah terpampang seller bagi instruction cara order, still suruh PM!...Dah PM tak beli pulak tu...Jangan cakap beli, respon pun kadang-kadang tak...Kalau ko hangin? 😆

Tapi zaman sekarang dah berubah...Ramai seller makin bijak...Dieorg makin sedar makin lama makin susah nak close sale thru PM...Dah la susah, tak dapat apa-apa plak tu kalau prospek tak jadi beli...So sekarang ni ramai seller main Whatsapp...Apa ada hal, sekarang ni hampir semua orang ada Whatsapp...

- Berminat? Whatsapp "Nak" ke 012-22222222

Selain lebih senang nak close sale, seller jugak dapat simpan nombor HP prospek untuk tujuan followup...Teknik ni pada aku memang nampak lebih brilliant berbanding PM...Ye lah, paling cikai pun dapat nombor HP untuk followup...Berbanding PM, dapat sakit hati je kalau prospek tak respon...ngeh..ngeh...ngeh... 😆

1) Kenapa Kena Kumpul Nombor HP Prospek?

Dalam post ni aku tak bercadang nak story tentang copywriting atau ayat-ayat power untuk teknik Whatsapp...Tapi aku nak cerita pasal strategi kumpul nombor HP prospek secara mudah + percuma...In Shaa Allah banyak manfaatnya kalau korang kumpul nombor HP prospek.

Let's say korang bisnes shawl...Setiap helai shawl korang untung RM25...Kalau korang ada 1k orang prospek untuk "diracun" thru Whatsapp, takkan lah takde orang nak beli langsung kan unless korang punya presentation dan kualiti shawl teruk...Kalau ikut rate normal, In Shaa Allah aku rasa takde masalah nak dapatkan at least 10 order...10 order dah untung RM250 bhai...Ok la tu.

Itu baru 1000 orang prospek dan satu jenis shawl...Apa cer kalau korang ada 10k orang prospek dan banyak jenis shawl...Setiap bulan keluarkan 4-5 jenis design...Tak pasal-pasal boleh untung 4-5 angka sebulan thru Whatsapp je...Silap-silap hari bulan HP korang tak berhenti berbunyi sebab banyak sangat Whatsapp masuk! 😯

2) Strategi BIASA Kumpul Nombor HP Prospek

Okeh...Aku rasa ramai yang dah tau strategi biasa ni...Maklumlah, ramai sifu-sifu kat luar sana dah ajar benda ni...Kalau korang tak belajar pun, strategi ni memang dah bersepah kat news feed...Tapi aku masukkan jugak lah incase korang memang zero.

2.1) Mintak prospek whatsapp

Dalam strategi ni, biasanya seller akan suruh prospek Whatsapp kalau berminat nak beli...Kadang-kadang dieorg bagi umpan discount code...So kalau ada prospek yang berminat nak beli atau nak dapatkan discount code, dieorg akan Whatsapp.

Once prospek Whatsapp, seller dapatlah save nombor HP prospek untuk tujuan followup dari masa ke semasa.

Kelebihan

Seller tak perlu masukkan nombor HP prospek secara manual...Just save je bila ada prospek Whatsapp.
Conversion rate In Syaa Allah lebih bagus sebab prospek yang sanggup bersusah payah Whatsapp biasanya memang ada keinginan nak beli...Bukan saje nak main-main.

Kelemahan

Susah nak dapat banyak nombor HP sebab hanya prospek yang betul-betul berminat nak beli je yang akan Whatsapp...Yang minat, tapi belum sampai tahap nak beli akan pandang post macam tu je tanpa Whatsapp.

2.2) Mintak prospek tinggalkan nombor HP di ruangan komen

Strategi ni "nampak" macam lebih bijak berbanding strategi pertama tadi...Dalam strategi ni, seller akan mintak prospek tinggalkan nombor HP dekat ruangan komen kalau berminat nak beli atau nak dapatkan free gift (discount code, etc)

Once prospek tinggalkan nombor HP, seller boleh save nombor tersebut secara manual.

Kelebihan

Lebih mudah untuk kumpul nombor HP sebab prospek yang mempunyai tahap minat yang belum sampai ke tahap nak beli pun takde masalah nak tinggalkan nombor HP.
Dapat "viral marketing" percuma sebab setiap kali ada prospek komen, kawan-kawan seller dan prospek akan nampak post tersebut dekat news feed dieorg

Kelemahan

Kena save nombor HP secara manual...Letih ni bhai... 😥
Nombor yang di save belum tentu betul...Kalau tak prospek silap taip nombor HP, mungkin seller silap save...Risiko "ralat manusia" tetap ada.
Prospek yang diperolehi belum tentu serius...kadang-kadang suka-suka je komen nombor HP...Nombor tu pun belum tentu nombor betul... 😆

 

Maaf...Post ini merupakan post berbayar...Sila lakukan pembayaran untuk mendapatkan akses penuh...Mereka yang telah membuat pembayaran bolehlah mengakses post ini menerusi member area.

Dapatkan Sekarang >