Hosting Terbaik Untuk WordPress

Mungkin ada di kalangan korang yang masih belum tahu apa itu hosting..Hosting ni sebenarnya adalah tempat kita host/simpan file-file website/blog...Bila hosting ok, kita boleh akses blog...Tapi bila hosting down, kita tak boleh akses blog kita.

Kenapa Pemilihan Hosting Sangat Penting?

Salah satu tool basic yang sangat penting dalam bisnes online adalah hosting...Sebelum ni aku ada banyak masalah dengan hosting...Rasanya dah hampir 10 kali kot tukar hosting...Bila ada masalah, kita akan rugi dari sudut sale dan kreadibiliti selain buang masa.

Bayangkan sale harian korang dah cecah ratus atau ribu ringgit...Tetiba website down...Ape korang rase?...Bila website down sehari, korang dah rugi banyak...Selain rugi duit, client pun akan marah lebih-lebih lagi kalau produk korang tu dalam bentuk produk digital atau servis...Macam aku, aku ada buat servis autoresponder...So bila ada masalah, client tak dapat hantar email...Akibatnya aku kena layan banyak support ticket dan adakalanya client terus tak renew lagi bulan berikutnya dan bertukar ke provider lain...So sebab tu aku memang banyak buat research tentang hosting...Semua tu untuk elakkan kerugian di luar kawalan.

Dalam pasaran sebenarnya ada banyak hosting yang murah-murah...Tapi aku tak berapa galakkan...Alang-alang nak bisnes, better pilih yang ok...Mungkin korang terfikir, better ambil yang murah dulu...Nanti dah kencang baru ambil yang ok...aku pun dulu fikir macam tu jugak...Tapi rupanya aku silap...Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung selain masalah-masalah teknikal ketika migrate ke hosting baru.

So, tak payah pikir banyak! Grab aje hosting yang ok sikit untuk long term!

Apa Hosting Terbaik Untuk WordPress?

Ok berbalik pada tajuk asal, apa hosting terbaik untuk wordpress? Hasil survey yang aku buat, hosting terbaik adalah Siteground...Kenapa ia hosting terbaik? Ok aku akan listkan sebab-sebabnya di bawah :

- Pakej hosting khusus untuk wordpress

Kebanyakkan hosting yang ada dalam pasaran sebenarnya adalah untuk kegunaan umum...Korang boleh guna untuk website biasa, wordpress, opencart, software dan sebagainya...Oleh sebab umum, jadi takde setting khusus untuk wordpress...Berbeza dengan Siteground, dieorg ada pakej khusus untuk wordpress.

- Mudah untuk bermula

Untuk korang yang tak pandai nak install wordpress, Siteground ada sediakan satu fungsi mudah untuk install yang mana korang hanya perlu klik 1 button saje...Untuk korang yang dah ada wordress pula, korang boleh migrate wordpress korang secara percuma tanpa downtime.

- Secure

Salah satu masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna wordpress adalah blog mudah kena hack...Bila kena hack, habis blog tak boleh bukak dan adakalanya banyak data hilang...aku pernah beberapa kali kena sebenarnya...Memang pening kepala.

Anyway dengan Siteground korang tak perlu bimbang sebab server dieorg dilengkapi dengan pelbagai protection...Selain tu dieorg jugak  akan autoupdate wordpress dan plugin client untuk elakkan blog daripada mudah di hack...Kalau kena hack jugak, korang tak perlu bimbang sebab dieorg ada buat daily backup...So data-data dalam blog boleh direstore semula...Actually update wordpress dan plugin bukanlah satu kerja yang susah sangat...Cume kalau korang tersilap update, blog korang boleh hang dan terus tak boleh bukak...So, features ni jugak agak penting sebenarnya lebih-lebih lagi untuk newbie.

- Speed

Part ni yang paling best pada aku...Untuk makluman korang, kalau korang nak increase speed wordpress, banyak duit perlu dilaburkan selain kerja-kerja teknikal yang memeningkan kepala...Tapi dengan Siteground, korang tak perlu pening-pening kepala sebab server dieorg dah built-in dengan CDN, caching tool dan beberapa software khas untuk increase speed...On aje tool tersebut, terus berdesup blog korang!

- Khidmat Sokongan

Antara faktor terpenting waktu nak pilih hosting adalah support yang pantas...Maklumlah, kalau blog tetibe down, mesti ramai prospek complaint...So kita mesti dapatkan syarikat hosting yang sediakan khidmat live chat atau sekurang-kurangnya mampu reply support ticket dalam masa kurang setengah hari...aku dah pernah try berhubung dengan pihak Siteground beberapa kali...Memang tak mengecewakan...Sekejap aje dah respon!..Kalau chat, lagi cepat dapat solve isu.

- Tool Yang "Awesome"

Macam yang aku bagitau tadi, kalau korang nak wordpress korang power, banyak jugak duit perlu dilaburkan untuk beli bermacam-macam tool...aku sendiri habis ribuan ribuan ringgit untuk plugin, hosting (VPS) dan terpakse spend banyak masa untuk belajar pelbagai benda-benda teknikal.

Sebab tu bila aku dah tau pasal Siteground ni, aku agak teruja...Dah la murah dan bagus, menjimatkan masa pulak tu...Banyak tool yang "awesome" macam 1 click installer, autoupdate, supercacher, wordpress staging dan banyak lagi.


Disebabkan hosting ni betul-betul berbaloi untuk pengguna, aku dah sediakan tutorial cara-cara untuk langgan hosting Siteground khas untuk korang semua... 🙂

RelatedPost

3 Comments

  • Sani

    Reply Reply February 18, 2016

    Memang power sangat tu…:-)

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Yup tuan…sy dah try guna…mmg power… 🙂

Leave A Response

* Denotes Required Field