Berikut adalah terma dan syarat yang perlu anda persetujui untuk menyertai program affiliate UsahawanCyber. Pastikan anda membacanya dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah atau kekeliruan di kemudian hari.

Penyertaan

  • Penyertaan adalah percuma. Anda tidak perlu membuat sebarang pembayaran untuk menjadi agen affiliate UsahawanCyber.
  • Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Promosi

  • Agen affiliate hendaklah menggunakan teknik promosi yang betul. Anda tidak dibenarkan sama sekali menggunakan sebarang teknik spam, blackhat, greyhat dan sebagainya.
  • Untuk mendapatkan komisen, anda haruslah melakukan promosi secara online sahaja. Sebarang pembelian produk secara offline tidak akan dapat dikesan oleh sistem affiliate. Jesteru itu komisen tidak akan direkodkan.

Komisen

  • Komisen hanya akan dibayar menggunakan akaun Maybank dan CIMB sahaja. Oleh yang demikian, pastikan anda HANYA menggunakan bank-bank tersebut sahaja untuk tujuan penerimaan komisen.
  • Komisen akan dibayar pada setiap 1 hingga 5 haribulan
  • Had kelayakkan minimum komisen adalah RM10.00 sahaja. Ini beerti, walaupun komisen terkumpul anda baru mencecah RM15.00, komisen anda akan tetap dibayar pada tarikh yang telah ditetapkan.

Lain – Lain

  • Agen affiliate tidak dibenarkan untuk membuka lebih daripada 1 akaun affiliate.
  • Agen affiliate tidak dibenarkan membuat pembelian produk melalui link affiliate sendiri. Sekiranya ia berlaku, komisen yang terhasil tidak akan dibayar dan akaun affiliate akan dibatalkan.

  • Pihak UsahawanCyber BERHAK menamatkan penyertaan mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan.
  • Pihak UsahawanCyber BERHAK mendakwa mana-mana agen affiliate yang melanggar terma dan syarat yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
  • Pihak UsahawanCyber BERHAK meminda, membuang atau menambah mana-mana terma dan syarat yang telah ditetapkan tanpa persetujuan daripada agen affiliate bergantung kepada keperluan semasa demi kebaikan semua pihak.