Sistem Susulan Auto Responder
Terhebat Di Pasaran
Jadikan Perniagaan Anda Dalam Status Auto-Pilot, Susuli Prospek Anda Secara Konsisten Dan Dapatkan Keuntungan Berlipat Kali Ganda Dengan Sistem Auto Responder Pintar.
Sistem Parabots Pro Anda Dilengkapi Dengan :-
- Binaan Auto Responder tanpa had dan pengurusan senarai emel
- Mempunyai RSS Auto Responder yang unik
- Dilengkapi mesej susulan tanpa had
- Ruangan mesej personal sehingga 10 ruangan tambahan
- Mampu menampung bilangan pelanggan tanpa had
- Mesej automatik yang berjadual
- Penyiaran mesej secara global
- Dilengkapi sistem pengesanan iklan
Dan banyak lagi ciri-ciri hebat...
Jana perniagaan anda dengan keuntungan berlipat kali ganda bermula hari ini!
Apa itu Auto Responder?
Sistem Auto Responder adalah satu sistem e-mel yang membenarkan anda untuk menetapkan apa yang perlu dihantar dan bila untuk menghantar sesuatu e-mel. Pada dasarnya ia adalah satu sistem E-mel Turutan, Automatik. Anda menulis e-mel yang mahu dihantar dan berikan satu tempoh masa untuk menghantar setiap e-mel yang akan keluar. Dengan cara ini, orang ramai boleh menghantar semula e-mel kosong ke alamat e-mel Auto Responder dan melengkapkan borang di laman web anda atau klik pada butang yang secara automatik akan memberikan alamat e-mel anda kepada responder yang memulakan turutan tersebut.
Auto Responder pada dasarnya seperti setiausaha anda. Kebaikannya adalah ia berfungsi untuk anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun tanpa henti. Ia boleh mengesan nama, lokasi pengguna, dan lain-lain maklumat yang kemudiannya boleh digunakan di dalam responder untuk penghantaran e-mel kepada beribu-ribu orang.
Kenapa Anda Perlu Menggunakan Auto Responder?
Auto Responder Untuk Menjawab Soalan Lazim
Anda mendapat banyak e-mel yang bertanyakan soalan yang sama tentang produk atau perkhidmatan anda. Dengan menubuhkan Auto Responder "FAQ" anda dapat menjawab soalan-soalan mereka secara peribadi kepada setiap individu dengan lebih mudah.
Auto Responder Untuk Pemasangan Emel PERCUMA
Pengunjung anda tidak akan serta merta menjadi pelanggan berbayar. Oleh itu, Auto Responder boleh membuat pemasangan kursus e-mel PERCUMA pada topik yang menarik minat mereka. Dengan adanya pop-up atau borang untuk menyimpan maklumat mereka, setiap pelawat tunggal laman web anda kini boleh mendapat tawaran yang lebih menarik.
Auto Responder Untuk Informasi Terkini Produk/Servis
Selepas seseorang membeli produk / servis anda, anda pasti ingin terus berhubung dengan mereka. Anda ingin mereka tahu tentang maklumat terbaru, penambahbaikkan dan perubahan pada produk / servis anda dari semasa ke semasa. Dengan Auto Responder anda boleh menawarkan mereka produk tambahan yang berkaitan berdasarkan kepada pembelian utama mereka sebelum ini.
Auto Responder Untuk Diskaun Pada Pembelian Seterusnya
Kebiasaan pelanggan yang berulang yang kembali mendapatkan produk/servis anda adalah pelanggan yang sentiasa ditawarkan dengan tawaran diskaun pada pembelian produk/servis yang seterusnya. Oleh itu Auto Responder mampu melakukan kerja-kerja penawaran diskaun pada pembelian produk/servis akan datang pada pelanggan yang pernah mengunjungi web anda dan ini membolehkan keuntungan anda akan berterusan untuk jangka masa yang lebih lama.
Auto Responder Untuk Kuiz Pertandingan dan Hadiah
Jika anda ingin mengadakan pertandingan, mungkin anda ingin memberikan barangan menarik atau wang tunai sebagai hadiah kepada pelanggan setia. Dengan menggunakan Auto Responder anda boleh memperolehi semua maklumat pelawat yang pernah mengunjungi web anda dan memaklumkan mereka tentang pertandingan yang sedang dijalankan di samping memberikan mereka informasi tentang produk terbaru.
Auto Responder Untuk Penghantaran E-mel Susulan
Ia adalah satu fakta statistik bahawa 50-80% daripada jualan anda tidak akan datang pada lawatan pertama ke laman web anda. Jualan ini akan datang selepas anda membuat hubungan susulan sehingga kali yang ke 5-7 dengan pengunjung. Auto Responder akan memastikan anda dapat berhubung dengan pengunjung yang lalu dan anda tidak akan kehilangan data mereka untuk dijadikan sebagai pelanggan yang berpotensi.
Siapakah Yang Memerlukan Auto Responder?
- Pemasar talian boleh menghantar buku panduan dan ecourses percuma
- Perkhidmatan barangan perkakas boleh menghantar peringatan perkhidmatan waranti
- Doktor gigi boleh menghantar notis untuk pembersihan/penjagaan gigi
- Sekolah boleh menghantar peringatan lawatan kepada ibu bapa
- Guru boleh menghantar peringatan PIBG dan lain-lain perjumpaan penting
- Bengkel servis kenderaan boleh menghantar peringatan untuk penukaran minyak dan lain-lain servis bulanan
- Teater boleh menyediakan jadual acara persembahan
Dan banyak lagi kegunaan Auto Responder untuk pelbagai keadaan yang berbeza, dari mencari prospek jualan, peringatan sehinggalah menjawab soalan lazim yang mungkin anda tidak pernah terfikir sebelum ini.
Kenapa Anda Perlu Memilih Parabots Pro Berbanding Auto Responder Yang Lain?
Sesetengah perkhidmatan Auto Responder menawarkan anda pakej yang murah dengan harga percuma untuk pakej permulaan seperti (Versi Perak, Emas dan Platinum) yang menjadikan fungsi Auto Responder adalah terhad untuk setiap pakej. Dan apabila perniagaan anda sudah berkembang anda pasti memerlukan lebih banyak ciri-ciri yang perlu dinaik taraf kepada pakej yangh lebih mahal.
Dengan Parabots Pro anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk pakej lengkap yang ditawarkan seperti berikut :-
- Bina akaun Auto Responder tanpa had. Jika anda mahu, satu produk/servis untuk satu Auto Responder. Maklumkan produk/servis anda secara besar-besaran dengan pantas
- Anda boleh memasukkan seberapa banyak mesej susulan yang anda mahu. Tetapkan Auto Responder untuk mesej susulan kepada pelanggan anda dan selama mana yang anda mahu
- Anda boleh melakukan pengubahsuaian terhadap mesej susulan anda mengikut kesesuaian maklumat peribadi prospek anda. Tambahan sehingga 10 ruang pengubahsuaian.
- Mempunyai ciri-ciri baru dan unik untuk RSS Auto Responder.
- Dilengkapi dengan penyiar blog RSS yang membolehkan anda untuk membuat catatan blog baru secara automatik dan menghantarnya kepada pelanggan Auto Responder anda.
- Mengeluarkan pelanggan anda secara automatik daripada mesej susulan jika mereka bertukar melanggan Auto Responder yang lain.
- Dapat menghantar teks mesej atau mesej Html kepada prospek anda yang boleh diuruskan dengan lebih berkesan dan efektif.
- Dengan satu klik menghentikan langganan automatik, membolehkan pelanggan anda untuk mengeluarkan/mengubahsuai maklumat mereka daripada pengkalan data.
- Auto Responder susulan ini membolehkan anda dihubungkan dengan pautan modul senarai emel supaya anda boleh menghubungi prospek anda pada bila-bila masa sahaja walaupun mereka tidak melengkapkan urutan mereka.
- Mampu membina dan menyelenggara secara automatik seberapa banyak senarai yang anda ada.
- Mampu mengumpul bilangan pelanggan tanpa had
- Menyesuaikan opt-in e-mel pengesahan yang berganda mengikut kehendak anda.
- Alamat IP, tarikh dan rujukan url langganan secara automatik akan di log ke dalam pangkalan data. Ini sebagai bukti bahawa mereka yang telah melanggan berada di dalam senarai anda jika berlaku kes seseorang menuduh anda melakukan spam ke atas mereka.
- Dapatkan notifikasi apabila ada pelanggan baru yang mendaftar. Fungsi ini boleh dihidupkan atau sebaliknya di ruangan admin.
- Boleh mengubah, menambah atau menghapus pelanggan anda secara manual melalui kawalan admin.
- Carian prospek tertentu berdasarkan maklumat yang ada walau sedikit mana pun info yang anda perolehi mengenai mereka.
- Mempunyai penjadualan mesej automatik yang membolehkan anda menghantar buletin atau mesej kepada pelanggan walaupun ketika anda diluar kawasan dengan menetapkan tarikh tertentu untuk ianya dihantar.
- Penyiar Mesej Global membolehkan anda menghantar setiap satu mesej kepada semua pelanggan anda sekiranya mereka hanya melanggan pada sesetengah Auto Responder sahaja. Ini bagi mengelakkan anda daripada menghantar mesej berulang.
- Terdapat pautan untuk menghentikan langganan secara automatik memudahkan pelanggan untuk menghentikan langganan mereka dengan sendirinya di dalam senarai anda.
- Auto Responder ini membolehkan pelanggan anda mengubah maklumat peribadi mereka bagi kerja-kerja kemas kini tanpa perlu anda melakukannya sendiri.
- Anda juga boleh menyekat pelanggan anda berdasarkan nama domain tertentu atau menggunakan alamat emel.
- Boleh mengeksport senarai pelanggan anda
- Pengurusan lantunan membolehkan anda menguruskan simpanan senarai anda sentiasa bersih daripada paparan alamat e-mel yang tidak baik.
- Anda boleh log secara automatik untuk melihat bilangan orang yang mengunjungi web anda tetapi belum lagi membuat langganan.
- Mempunyai Buil-In Tracker
Dengan Melanggan Parabots Pro Anda Akan Memperolehi Kit Panduan Secara
PERCUMA!