Strategi Mudah Kumpul Nombor HP Prospek!

Kalau korang toleh kebelakang dan ingat semula dalam setahun dua lepas, kebanyakkan urusan jual beli kat media social (terutamanya Facebook) berlaku thru PM (private massage) je...Sikit-sikit PM...Sikit-sikit PM.

- Bro/sis, sy berminat...PM please

- Siapa berminat boleh PM sy k

Dan yang seangkatan dengannya...Kadang-kadang naik rimas jugak aku tengok sebab dah terpampang seller bagi instruction cara order, still suruh PM!...Dah PM tak beli pulak tu...Jangan cakap beli, respon pun kadang-kadang tak...Kalau ko hangin? 😆

Tapi zaman sekarang dah berubah...Ramai seller makin bijak...Dieorg makin sedar makin lama makin susah nak close sale thru PM...Dah la susah, tak dapat apa-apa plak tu kalau prospek tak jadi beli...So sekarang ni ramai seller main Whatsapp...Apa ada hal, sekarang ni hampir semua orang ada Whatsapp...

- Berminat? Whatsapp "Nak" ke 012-22222222

Selain lebih senang nak close sale, seller jugak dapat simpan nombor HP prospek untuk tujuan followup...Teknik ni pada aku memang nampak lebih brilliant berbanding PM...Ye lah, paling cikai pun dapat nombor HP untuk followup...Berbanding PM, dapat sakit hati je kalau prospek tak respon...ngeh..ngeh...ngeh... 😆

1) Kenapa Kena Kumpul Nombor HP Prospek?

Dalam post ni aku tak bercadang nak story tentang copywriting atau ayat-ayat power untuk teknik Whatsapp...Tapi aku nak cerita pasal strategi kumpul nombor HP prospek secara mudah + percuma...In Shaa Allah banyak manfaatnya kalau korang kumpul nombor HP prospek.

Let's say korang bisnes shawl...Setiap helai shawl korang untung RM25...Kalau korang ada 1k orang prospek untuk "diracun" thru Whatsapp, takkan lah takde orang nak beli langsung kan unless korang punya presentation dan kualiti shawl teruk...Kalau ikut rate normal, In Shaa Allah aku rasa takde masalah nak dapatkan at least 10 order...10 order dah untung RM250 bhai...Ok la tu.

Itu baru 1000 orang prospek dan satu jenis shawl...Apa cer kalau korang ada 10k orang prospek dan banyak jenis shawl...Setiap bulan keluarkan 4-5 jenis design...Tak pasal-pasal boleh untung 4-5 angka sebulan thru Whatsapp je...Silap-silap hari bulan HP korang tak berhenti berbunyi sebab banyak sangat Whatsapp masuk! 😯

2) Strategi BIASA Kumpul Nombor HP Prospek

Okeh...Aku rasa ramai yang dah tau strategi biasa ni...Maklumlah, ramai sifu-sifu kat luar sana dah ajar benda ni...Kalau korang tak belajar pun, strategi ni memang dah bersepah kat news feed...Tapi aku masukkan jugak lah incase korang memang zero.

2.1) Mintak prospek whatsapp

Dalam strategi ni, biasanya seller akan suruh prospek Whatsapp kalau berminat nak beli...Kadang-kadang dieorg bagi umpan discount code...So kalau ada prospek yang berminat nak beli atau nak dapatkan discount code, dieorg akan Whatsapp.

Once prospek Whatsapp, seller dapatlah save nombor HP prospek untuk tujuan followup dari masa ke semasa.

Kelebihan

  • Seller tak perlu masukkan nombor HP prospek secara manual...Just save je bila ada prospek Whatsapp.
  • Conversion rate In Syaa Allah lebih bagus sebab prospek yang sanggup bersusah payah Whatsapp biasanya memang ada keinginan nak beli...Bukan saje nak main-main.

Kelemahan

  • Susah nak dapat banyak nombor HP sebab hanya prospek yang betul-betul berminat nak beli je yang akan Whatsapp...Yang minat, tapi belum sampai tahap nak beli akan pandang post macam tu je tanpa Whatsapp.

2.2) Mintak prospek tinggalkan nombor HP di ruangan komen

Strategi ni "nampak" macam lebih bijak berbanding strategi pertama tadi...Dalam strategi ni, seller akan mintak prospek tinggalkan nombor HP dekat ruangan komen kalau berminat nak beli atau nak dapatkan free gift (discount code, etc)

Once prospek tinggalkan nombor HP, seller boleh save nombor tersebut secara manual.

Kelebihan

  • Lebih mudah untuk kumpul nombor HP sebab prospek yang mempunyai tahap minat yang belum sampai ke tahap nak beli pun takde masalah nak tinggalkan nombor HP.
  • Dapat "viral marketing" percuma sebab setiap kali ada prospek komen, kawan-kawan seller dan prospek akan nampak post tersebut dekat news feed dieorg

Kelemahan

  • Kena save nombor HP secara manual...Letih ni bhai... 😥
  • Nombor yang di save belum tentu betul...Kalau tak prospek silap taip nombor HP, mungkin seller silap save...Risiko "ralat manusia" tetap ada.
  • Prospek yang diperolehi belum tentu serius...kadang-kadang suka-suka je komen nombor HP...Nombor tu pun belum tentu nombor betul... 😆

Orite...Itu antara strategi-strategi biasa yang ramai sifu ajar dan ramai seller dah buat...Bukan tak bagus...Yang biasa pun bagus...Cuma ada yang lebih OHSEM yang bakal aku story kat bawah ni...Strategi yang bakal korang belajar ni In Syaa Allah belum ramai tahu dan lebih berkesan daripada strategi biasa.

Anyway sebelum korang belajar, aku kena maklumkan awal-awal...Honestly strategi-strategi yang aku nak dedahkan ni bukanlah sesuatu yang sangat weird yang tak pernah terfikir dek akal...Mungkin korang pernah guna strategi ni atau nampak ada orang pernah guna atau pernah terfikir nak guna...Semua tu mungkin kebetulan, mungkin client aku atau mungkin bisnes aku sendiri yang korang tak tau...Apa yang penting, strategi-strategi ni bukan aku ciplak panduan orang lain...Tapi ia hasil kerja sekolah yang aku buat sendiri wookey... 😉

3) DUA Perkara Penting Sebelum Kumpul Database

Sebelum mulakan proses kumpul database (nombor HP, email, etc), ada DUA benda penting yang korang perlu tau sebenarnya...Kalau tak, tahap keberkesanan strategi akan berkurangan tak kiralah apa jugak strategi yang korang gunakan...Ramai yang buat silap kat sini...So make sure korang pahamkan betul-betul dulu k.

3.1) Fokus

Dalam proses kumpul database (nombor HP, email, etc), fokus kita bukanlah untuk dapatkan jualan on the spot...Tapi fokus kita adalah nak dapatkan database (dalam kes ni nombor HP)...Bila dah dapat nombor HP tu nanti, barulah kita boleh buat jualan dari masa ke semasa thru Whatsapp.

Paham tak?...Emm, kurang paham?

Ok..Ok...Macam ni...Aku akan bagi contoh mudah...Katakan "Nurul" seorang penjual dress...Next week Nurul akan launch dress baru...Sekarang ni Nurul dah sedar akan kepentingan kumpul nombor HP prospek...So Nurul pun buat dua jenis post guna strategi biasa (mintak prospek whatsapp) untuk tujuan collect database...Katakan yang ni post pertama.

Yang ni pulak post kedua...

Kalau korang tengok dua post tu, agak-agak yang mana lebih ramai berminat untuk Whatsapp?...Kalau korang belum pernah buat "kerja sekolah" mungkin korang akan cakap post pertama...Tapi untuk korang yang dah buat "kerja sekolah" banyak kali, insyaAllah jawapannya adalah post kedua!

Kenapa???

Ok macam ni...Post pertama tu memang dah nampak sangat nak dapatkan sale on the spot...So hanya orang yang betul-betul berminat nak beli je yang akan Whatsapp...So macam mana pulak dengan prospek yang tak berapa minat dengan dress terkini tu? Macam mana pulak dengan prospek yang tengah takde duit? Of course la dieorg tak Whatsapp.

Kalau ada 1000 orang tengok, mungkin 50 orang je yang berminat nak beli...Lagi 950 orang mungkin kurang minat, tengah takde duit dan sebagainya...So korang akan "burn" 950 orang prospek yang mungkin boleh jadi buyer di masa-masa akan datang...Maksimum boleh dapat 50 nombor HP je.

Berbeza dengan post kedua, yang tu tak fokus pada sale...Tapi fokus pada umpan (bagi dress secara percuma)...Umpan ni biasanya semua orang suka...Dah la dapat free...Pastu bukan sekali je, tapi setiap kali ada design baru plak tu...So takde masalah untuk sesiapa je yang pakai dress untuk Whatsapp tak kira la dia suka ke tak design terbaru tu (yang Nurul nak launch next week) atau dia tengah ada duit atau tak...Silap-silap haribulan, orang lelaki pun ramai yang Whatsapp...Ye lah, kalau dapat free boleh bagi kat wife/awek... 😆

Faham kan? 😀

Actually tak salah kalau korang nak fokus pada "sale" on the spot...Cuma korang kena faham, bila fokus menjual, jumlah nombor HP prospek yang korang akan dapat akan berkurangan...So untuk newbie aku tak galakkan...Korang kena kumpul database sebanyak mungkin untuk bina kekuatan dalam bisnes korang...Tapi kalau korang memang dah ada database atau pengaruh yang besar, tak salah kalau korang terus nak dapatkan sale dan nombor HP prospek sekaligus.

3.2) Eksklusif

Untuk buat prospek Whatsapp/bagi nombor HP, kita perlukan "umpan"...Sama macam pancing ikan, kita perlu letak umpan...Boleh ke pancing ikan guna mata kail semata-mata tanpa umpan? Tak boleh kan...So macam tu lah jugak dengan proses kumpul database.

Bila sebut pasal umpan, umpan ni ada banyak jenis...Dalam banyak-banyak jenis tu, umpan yang terbaik adalah umpan yang eksklusif...Eksklusif ni bermaksud :

  • Susah nak dapat.
  • Sangat berharga.
  • Limited

Semakin eksklusif umpan yang korang pakai, semakin ramai prospek yang akan Whatsapp/bagi nombor HP...So korang kena pastikan yang umpan korang betul-betul umph!

Macam mana nak dapatkan umpan yang eksklusif bro?

Untuk dapatkan umpan eksklusif, korang kenalah betul-betul faham tentang produk yang korang jual...Hanya korang je yang betul-betul tau apa benda yang susah nak dapat atau sangat berharga atau limited yang berkaitan dengan produk yang korang jual tu...Aku tak dapat nak terangkan detail satu persatu untuk setiap produk.

Cuma apa yang boleh aku buat adalah aku bagi contoh untuk salah satu niche yang aku buat iaitu niche internet marketing (IM)...Okeh, cuba korang tengok 2 post kat bawah ni...Itu post yang client aku buat...Bukan aku punya k...Yang ni post pertama...

Yang ni pulak post kedua...

Kedua-dua post kat atas ni bukanlah post untuk kumpul database (nombor HP)...Cuma apa yang aku nak highlightkan kat sini adalah post mana satu lebih eksklusif...Kedua-duanya niche IM dan kedua-duanya memang ohsem!

Post pertama tentang viral marketing...Bayangkan dalam masa 2 hari je dapat 1.6juta view...Targeted!...Free plak tu...Maunya tak ohsem!...Post kedua pulak tentang dropship...Dalam masa sebulan, sale hampir RM40k dengan kos Fb Ads bawah 0.01...Hebak...hebak!

Tapi yang mana lebih eksklusif???

Jawapannya adalah post PERTAMA...

Kenapa???

Ok...Kalau korang berada dalam niche IM Malaysia, insyaAllah korang mungkin dah tau pasal pelancaran produk Shopievo (produk yang diwar-warkan dalam post kedua)...So far jualan panduan tu pun dah mencecah hampir RM90k kalau tak silap aku...Ada ratusan agen affiliate sedang bermati-matian promote produk tu...So, adakah benda yang dah dicanang kaw-kaw akan jadi eksklusif? Dah tentu tak kan...Lainlah kalau korang satu-satunya individu yang promote produk tu.

Berbeza dengan post pertama, teknik yang dapatkan jutaan view tu memang tak ramai tau...Aku sendiri tak tau EXACTLY macam mana client aku tu buat...Mungkin dia sorang je yang tau...Yang pasti, cuma dia sorang je yang buat post tu waktu ni...So dekat situ wujudlah elemen "eksklusif"...Bila eksklusif, ramai orang nak tau...Silap-silap haribulan, korang sendiri PM client aku ni senyap-senyap nak korek rahsia dia kan...haha... 😆

Nampak tak??? So macam tu lah caranya nak menentukan eksklusif ataupun tak...Korang kena faham pasal produk korang...Then kena fikirkan apa yang eksklusif...Kadang-kadang memang take time sikit nak fikir...So jalan yang mudah adalah buat sikit kerja sekolah melalui google...Korang google sikit info-info yang berkaitan dengan produk korang...Dari situ, insyaAllah banyak idea yang akan bercambah untuk dapatkan sesuatu yang eksklusif.

4) Strategi OHSEM Kumpul Nombor HP Prospek

Orite...Sebelum ni korang dah pun tau tentang strategi biasa kumpul nombor HP prospek...Dari situ korang boleh nampak beberapa kelebihan yang aku dah listkan...Antaranya :

  • Seller tak perlu masukkan nombor HP prospek secara manual...Just save je bila ada prospek Whatsapp (strategi 1)
  • Lebih mudah untuk kumpul nombor HP sebab prospek yang mempunyai tahap minat yang belum sampai ke tahap nak beli pun takde masalah nak tinggalkan nombor HP. (strategi 2)
  • Dapat "viral marketing" percuma sebab setiap kali ada prospek komen, kawan-kawan seller dan prospek akan nampak post tersebut dekat news feed dieorg (strategi 2)

So dalam strategi ohsem ni, aku akan gabungkan kelebihan-kelebihan yang ada tu PLUS aku akan tambahkan unsur "sense of urgency" untuk dapatkan hasil yang lebih baik dan lebih mengancam!

AMARANPastikan korang baca sebutir-sebutir sampai habis sebab ada banyak tips tersurat/tersirat!

4.1) Tag + Whatsapp

Dalam strategi ni, kita akan mintak prospek tag beberapa orang kawan mereka yang berpotensi terlebih dahulu...Then barulah dieorg perlu Whatsapp untuk dapatkan umpan yang dijanjikan...Contohnya...

Nampak tak...Banyak benda korang boleh dapat dalam post kat atas...Benda-benda yang aku cerita sebelum ni aku rangkumkan sekaligus.

  1. Eksklusif - Ilmu hasilkan sale RM5 juta, maunya tak eksklusif...Aku sorang je plak yang tau... 😉
  2. Viral Marketing - Prospek perlu tag 3 orang kawan...Bila tag, kawan-kawan aku + kawan prospek yang tag + kawan kepada mereka yang di tag akan nampak post tu kat news feed masing-masing...BOOM...Ramai orang akan nampak dengan hanya satu komen ringkas!
  3. Jimat Tenaga - Bila prospek whatsapp, aku perlu save je nombor dieorg...Tak perlu copy and paste secara manual.
  4. Sense of urgency - Offer di bukak 5 hari je atau untuk 1k individu terawal je...So kalau prospek nampak, dieorg akan terus buat apa yang dimintak tanpa bertangguh-tangguh...Bukan apa, kadang-kadang prospek minat...Tapi dieorg bertangguh-tangguh...So bila ada unsur sense of urgency, dieorg akan terus bertindak!

Ikut pengalaman aku, kalau korang punya umpan betul-betul eksklusif dan niche korang memang hot, dalam 5 hari tu post korang akan viral kaw-kaw...Korang akan senyum je dapat nombor HP prospek bertalu-talu secara percuma... 😎

Make sure ingatkan prospek untuk TAG kawan-kawan yang berpotensi je...Contohnya kalau korang bisnes tudung, korang bolehlah suruh prospek tag kawan-kawan bertudung je...Kalau tak, takut ramai yang "report spam"...Anyway so far aku buat ok je...Takde masalah... 😉

Antara sebab kenapa korang kena suruh prospek Whatsapp NAMA adalah untuk pastikan dieorg tak menipu...Kalau korang suruh Whatsapp benda lain, ada kemungkinan dieorg akan Whatsapp tanpa buat apa yang korang suruh (dalam kes ni TAG)...Tapi kalau korang suruh dieorg Whatsapp nama, insyaAllah dieorang tak menipu sebab takut korang check... 😉

4.2) Like + Whatsapp

Dalam strategi ni, kita akan mintak prospek LIKE post kita terlebih dahulu...Then barulah dieorg perlu Whatsapp untuk dapatkan umpan yang dijanjikan...Contohnya...

Haa...nampak tak? Sama macam teknik tag, korang akan dapat banyak kelebihan yang hampir serupa...Cuma untuk viral marketing, mungkin kadar viral tu agak kurang sebab hanya kawan korang + kawan prospek yang like je yang akan nampak post di news feed masing-masing...But still not bad daripada tak viral langsung... 😆

Anyway kalau korang guna strategi ni, prospek sebenarnya lebih mudah nak LIKE berbanding tag...Biasanya kalau post korang menarik, tak payah suruh like pun ramai yang akan like...So syarat tu just untuk meramaikan prospek like je sebenarnya.

4.3) Comment + Whatsapp

Dalam strategi ni, kita akan mintak prospek comment kat post kita terlebih dahulu...Then barulah dieorg perlu Whatsapp untuk dapatkan umpan yang dijanjikan...Contohnya...

Okeh...Strategi ni pun hasilnya lebih kurang sama dengan strategi like...Dari sudut viral marketing, kadar viral tu agak kurang sebab hanya kawan korang + kawan prospek yang comment je yang akan nampak post di news feed masing-masing.

TAPI....

Ada DUA kelebihan lain yang korang boleh manfaatkan dalam teknik ni iaitu :

  • Dapat social backlink kalau korang suruh dieorg komen URL website korang...Social backlink ni bagus untuk SEO (search engine optimization)...Bila SEO cukup bagus, orang taip je keyword tertentu kat google, website korang akan di listkan di first page.
  • Dapat promote website secara percuma...Ye lah kalau semua duk komen nama website korang, mesti la yang terpandang akan terus ingat nama tu.

Haa...thorbaek kan...Free-free je dapat backlink dan promote web sambil-sambil kumpul nombor HP tu... 😆

4.4) Share + Whatsapp

Dalam strategi ni, kita akan mintak prospek SHARE post kita terlebih dahulu...Then barulah dieorg perlu Whatsapp untuk dapatkan umpan yang dijanjikan...Contohnya...

Untuk strategi ni, hasilnya lebih kurang sama dengan strategi comment...Apa yang korang bakal dapat adalah :

  • Dapat social backlink kalau korang letak URL website korang dalam post - Bagus untuk SEO.
  • Dapat promote website secara percuma...Ye lah kalau semua duk share nama website korang, mesti la yang terpandang akan terus ingat nama tu.

Dari segi viral marketing pulak, setiap kawan-kawan prospek yang share akan nampak post korang...Kira not bad jugak la...Kalau ada 1000 orang share, tak viral kate ko? 😆

5) Strategi Mana Yang Paling OHSEM???

Ok...Sekarang ni korang dah tau strategi-strategi yang OHSEM tu...Ia biasa-biasa je kan...Tak lah sesusah mana pun...Tapi hasilnya memang berbaloi-baloi...Korang dah buat nanti tau la..."Key" pada strategi-strategi tu semua adalah "Viral Marketing" + additional advantage (SEO & dapat promote web percuma).

Sepertimana yang korang sedia maklum, additional advantage boleh kita dapat hanya melalui strategi "comment" dan "share" je...Dari segi viral marketing pulak, SECARA TEORI, kalau disusun kedudukannya, ia akan jadi macam ni :

  • Tag (Paling Viral - kawan korang + kawan prospek yang tag + kawan kepada individu yang kena tag)
  • Like & Komen (Pertengahan Viral - kawan korang + kawan prospek yang like/komen)
  • Share (Paling Kurang Viral - kawan prospek yang share sahaja)

Itu secara teori...Tapi dari segi perlaksanaannya aku dapati tak macam tu...Ada bukti bertulis dan ada teori tak rasmi yang aku boleh ketengahkan untuk kes ni...Jom kita mulakan sesi penyiasatan... 😎

5.1) Siasat jenis-jenis audiences

Kajian pertama yang aku buat adalah pada audience...Benda ni penting untuk korang faham sebab ia menentukan "tahap viral" post korang nanti...Sekarang ni cuba korang tengok gambar kat bawah...

Dekat ruangan "Update Status", ada beberapa option untuk menentukan audiences (who should see this)...Antaranya...

  • Public = Bermaksud semua orang sama ada login FB atau tak boleh lihat post tersebut di news feed masing-masing.
  • Friends = Bermaksud semua kawan yang ada dalam list FB korang boleh lihat post tersebut...Selain tu, kalau korang atau kawan korang tag individu lain, individu tersebut serta kawannya akan turut nampak post tersebut di newsfeed masing-masing.
  • Only Me = Bermaksud hanya korang je yang boleh tengok post tersebut...Selain korang, individu lain yang korang tag pada post tu jugak boleh nampak di news feed dieorg.

Selain tu ada 2 lagi jenis audience yang korang perlu tahu iaitu :

  • Friends of friends = Bermaksud kawan kepada kawan-kawan korang...Kalau Ali adalah kawan FB korang, friends of friends bermaksud kawan kepada Ali.
  • Custom = Bermaksud korang boleh pilih nak bagi siapa yang boleh nampak post korang sama ada kawan tertentu atau group tertentu milik korang sendiri

Sekarang korang dah faham tentang audience...Hold dulu ilmu ni kejap...Kita teruskan penyiasatan...

5.2) Siasat default setting

Untuk korang yang tak pernah usik apa-apa setting pada akaun FB, korang akan dapati default setting yang telah diset oleh pihak FB adalah seperti berikut :

a) Post (siapa yang boleh nampak post yang korang buat)

Ini bermaksud, semua orang (Public) boleh nampak post yang korang buat.

b) Tag (siapa yang boleh nampak kalau korang kena tag)

Ini bermaksud, kalau korang kena tag dengan somebody, post tersebut akan muncul kat wall korang dan akan dapat dilihat oleh kawan-kawan korang jugak.

c) Comment & Like (siapa yang boleh nampak kalau korang komen atau like post orang lain)

Ini bermaksud, kalau korang komen atau like post orang lain, mereka yang akan nampak komen atau like yang korang buat tu bergantung kepada audience yang di set oleh empunya post...Kalau dia set public, maksudnya semua orang boleh nampak komen atau like korang...Kalau dia set friends, maksudnya hanya kawan-kawan dia je yang boleh nampak komen atau like korang.


Berdasarkan kepada siasatan terhadap jenis audience dan default setting oleh FB, dapatlah disimpulkan bahawa nilai TEORI sebelum ni memang agak tepat.

  • Tag (Paling Viral - kawan korang + kawan prospek yang tag + kawan kepada individu yang kena tag)
  • Like & Komen (Pertengahan Viral - kawan korang + kawan prospek yang like/komen)
  • Share (Paling Kurang Viral - kawan prospek yang share sahaja)

Tapi....ada tapinya...

Korang perlu ingat bahawa ramai orang yang tukar default setting untuk tag...Termasuklah aku...Kenapa aku tukar? Sebabnya aku tak nak kawan-kawan aku nampak apa yang orang lain tag aku...Maklumlah, aku kan femes... 😆 ...So ramailah yang duk tag aku macam-macam jenis bisnes scam...Kadang-kadang produk Miss V dan ubat kuat pun dieorg balon tag aku...Malulah aku beb kalau client-client aku nampak.

So, aku terus set "Only Me" <-- ini makan dia... 😆

Selain setting untuk tag, setting untuk comment dan like jugak ada orang yang ubah...Bila dieorg ubah setting-setting tersebut, maka nilai TEORI akan jadi semakin kurang tepat lebih-lebih lagi bila aku teruskan siasatan...

5.3) Siasat algorithm FB

Sebelum ni ramai orang sebut pasal algorithm FB Ads...Memang betul FB Ads ada algorithm nya yang tersendiri...FB mesti lah bijak...Kalau tak main kat algorithm, macam mana dieorg nak buat untung kaw-kaw kan.

Bila aku dah buat banyak kerja skolah, aku dapati viral marketing jugak ada algorithm yang tersendiri...Maksudnya tahap viral tag, like, comment dan share tak sama dan tak seindah macam dalam teori.

Kalau nak dinilai dari sudut tahap keviralan, dapatlah aku susun macam ni :

  • Share (paling tinggi tahap viral)
  • Komen & Like (kedua tertinggi)
  • Tag (paling rendah tahap viral)

Benda ni terjadi mungkin sebab FB dah buat satu algorithm berdasarkan kajian dieorg sendiri...Ye lah, cuba korang pikir...Kalau orang share sesuatu, dah tentu post tu betul-betul bagus/hot kan? So "share" dapatlah nilai viral tertinggi...Untuk like dan comment, ada kemungkinan orang buat sebab dia suka post tersebut...Tapi tahap suka biasa-biasa je...Takde lah sampai ke tahap rasa nak share dengan orang lain...Untuk tag pulak, yang ni boleh jadi orang tag sebab nak spam...Hakikatnya memang macam tu pun...Kan ramai orang suka tag bisnes macam-macam tak pasal-pasal je...Kenal pun tak...So tag dapatlah nilai viral terendah... 😆

So bila aku ambil kira hasil siasatan yang aku jalankan, bolehlah aku simpulkan bahawa...

  • Strategi Share + Whatsapp = Paling ohsem sebab ia paling viral dan ada additional advantage.
  • Strategi Comment + Whatsapp = Kedua ohsem sebab agak viral dan ada additional advantage.
  • Strategi Like + Whatsapp = Ketiga ohsem sebab agak viral, tapi takde additional advantage.
  • Strategi Tag + Whatsapp = Keempan ohsem sebab kurang viral dan takde additional advantage.

Anyway aku nak ingatkan sekali lagi k...Itu hanya kajian aku je...Takde bukti kukuh yang boleh aku jadikan modal untuk berdebat...Mungkin kajian aku tepat dan mungkin jugak salah...So korang boleh buat pertimbangan sendiri...Untuk aku, keempat-empat strategi aku guna ikut sesedap rasa... 😉

6) Perkara-Perkara Yang Boleh Menambah Keberkesanan Strategi Kumpul Database

Untuk tambah keberkesanan strategi-strategi yang korang dah belajar tadi, ada beberapa tips yang aku nak share...Sebenarnya tips ni bukan je sesuai untuk kumpul nombor HP, tapi untuk kumpul email jugak.

Apa dia tips tu bro?

Ok, ini dia tipsnya...

6.1) Populariti / Kreadibiliti / Brand

Cuba korang bayangkan kalau korang buat satu post tentang perniagaan...Then Dr Azizan Osman (DAO) jugak buat satu post yang 100% sama dengan post yang korang buat...Apa yang akan berlaku?...Of course post DAO akan jauh lebih meletop berbanding post korang sebab dia dah terkenal dengan ilmu perniagaan yang mantop.

Sekatang cuba pulak bayangkan korang buat satu post pasal shawl terbaru...Then Neelofar jugak buat satu post yang 100% sama macam post korang buat...Apa yang akan berlaku?...Of course post Naelofar akan jauh lebih meletop berbanding post korang sebab dia dah terkenal dengan shawl 50 juta!

So apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, strategi-strategi yang aku ajar tadi akan lebih berkesan kalau korang terkenal...Untuk jadi terkenal, korang kenalah beri penekanan terhadap pembinaan kreadibiliti dan brand...Buat post selalu dan konsisten...Banyakkan share benda-benda bermanfaat yang berkaitan dengan niche korang dan sebagainya...Benda ni memang take time...Tapi insyaAllah banyak benda yang korang boleh buat bila dah terkenal.

6.2) Ayat Santai

Ayat santai sebenarnya sangat penting untuk viral marketing...Kalau korang baca post-post yang viral, hampir 100% daripada dieorg guna ayat santai...Amat susah sekali untuk korang jumpa post ayat skema jadi viral.

Tak caya cuba korang baca dan bezakan post-post kat bawah ni :

Contoh Post Skema

Pada minggu hadapan pihak kami akan melancarkan shawl terbaru yang diberi nama Shawl Aleeya. Sekiranya anda berminat untuk menjadi yang terawal mendapatkan shawl tersebut, anda bolehlah menghantar Whatsapp kepada kami agar kami dapat masukkan anda dalam Senarai Prospek Premium

Contoh Post Santai

Hai dear...InsyaAllah dalam minggu depan kami akan launch Shawl terbaru...Namanye Shawl Aleeya...Kalau u'olls berminat nak jadi yang terawal dapat rebut shawl tu, make sure u'olls whatsapp kami segera supaya kami dapat masukkan u'olls dalam Senarai Prospek Premium.. 😉

Nampak tak? Post pertama tu agak "stress" nak baca...Macam ayat karangan sekolah pun ada...So macam mana nak viral?

6.3) Jangan Menipu

Dalam proses korang setting umpan terbaik, pastikan korang tak menipu...Ye lah...Kadang-kadang kita tak perasan benda yang kita janjikan sebagai umpan tu sebenarnya tak relevan atau ada unsur tokok tambah yang tak betul.

Kesannya, bila prospek dapat tahu, korang akan terus dipangkah untuk selama-lamanya...Kalau tak kantoi sekalipun, takde keberkatan.

So hati-hati dalam part ni!

6.4) Tegas

Sebelum ni aku banyak buat silap dalam part ni...Bila aku cakap nak tutup offer dalam masa 24 jam, aku tak betul-betul tutup...Aku cepat lemah kalau ada prospek PM merayu atau bagi alasan-alasan sedih.

Bila benda macam ni banyak kali berlaku secara berterusan, lama kelamaan aku tengok prospek dah tak heran dengan unsur "sense of urgency" yang aku buat.

Alaa...Apa ada hal...Kalau terlewat, PM je bro As...Dia mesti bagi muka punya... 😆

Akhirnya unsur "sense of urgency" jadi semakin tak berkesan dalam bisnes aku...Walhal benda tu sangat penting....So aku harap korang jangan jadi macam aku yang dulu...Kalau korang dah cakap nak bukak offer 24 jam, make sure takde sorang pun boleh dapat lagi bila tamat tempoh yang ditetapkan.

Bila korang tegas, di masa-masa akan datang prospek akan berebut-rebut grab semua offer korang secepat mungkin sebab dieorg tau, kalau lambat, takde harapan dah nak merayu.

6.5) FB Ads

Macam yang korang sedia maklum, penggerak utama kepada strategi yang aku dedahkan kat atas adalah "Viral Marketing"...Dengan guna kuasa viral marketing je pun dah boleh buat korang goyang kaki tengok whatsapp masuk menderu-deru.

Tapi, adakalanya benda yang dirancang tak jadi macam sepatutnya...Mungkin sebab niche korang terlalu pelik / tak ramai peminat...Mungkin jugak kawan/fans korang terlalu sikit...Dan sebagainya..

Untuk kes-kes macam ni, aku galakkan korang guna FB Ads untuk "memulakan" kuasa viral...Spend la sikit duit untuk dapatkan puluh komen/like/tag/share...Then bila post tu dah jalan cantik secara viral, barulah korang stop fb ads tu.

Untuk korang yang tak tau apa itu FB Ads, korang bolehlah refer pada SifuFbAds ataupun Tuan Firdaus Azizi...InsyaAllah dieorang boleh bantu.

6.6) Belajar Ilmu Close Sale

Ok bab ni sebenarnya di luar skop post ni...Tapi ia sebenarnya penting...Ye lah, buat apa penat-penat kumpul nombor HP prospek kalau tak pandai nak menjual...Atas sebab tu, aku sarankan korang belajar jugak ilmu close sale daripada jutawan-jutawan berikut :

7) PENTING...PENTING...PENTING

Kalau korang nak tau, 2 tahun aku belajar pasal mechanical engineering dekat sekolah teknik...Then aku buat diploma 3 tahun...Tak cukup kat situ, aku sambung lagi 2 tahun setengah buat degree...So total aku habiskan masa 7 tahun setengah untuk belajar mechanical engineering.

Hasilnya...

Aku jadi engineer lebih kurang sebulan je...Dapat lah gaji dalam RM1.8k....See, 7 tahun lebih belajar just dapat RM1.8k je?

Itulah hasil ilmu tanpa amal...Ilmu mechanical engineering tu memang bagus...Tapi aku tak sempat nak beramal.

Tapi untuk ilmu kumpul database (dalam kes ni - email), aku belajar beberapa jam je...Hasilnya, ribuan ringgit aku dapat sebaik saje aku apply ilmu tu...Itulah hasil ilmu + amal.

So sekarang korang dah pun dapat ilmu yang boleh hasilkan ribuan ringgit...Pilihan sekarang kat tangan korang sama ada nak beramal atau tak....Kalau beramal, insyaAllah tak mustahil ilmu yang tak seberapa ni boleh jadi asbab untuk korang jadi jutawan.

Tapi kalau sebaliknya, aku tak boleh buat apa-apa...Takde paksaan dalam berniaga... 😆

Akhir sekali, untuk korang yang ada NIAT nak beramal dengan ilmu ni, pastikan korang MULAKAN secepat mungkin sebab aku tak pasti berapa lama strategi ni boleh bertahan...Maklumlah, kalau 10k orang beli, korang dah ada 9999 orang persaing...So sikit sebanyak mungkin akan effect prestasi dan tahap keberkesanan.

So, jangan berlengah lagi...Ayuh mulakan sekarang!!! :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: