Untuk makluman anda, komisen akan dibayar berdasarkan kepada jumlah jualan/lead yang berjaya dihasilkan…Kesemua data-data jualan/lead direkod secara automatik dalam sistem affiliate yang digunakan oleh pemilik produk.

Apabila jualan/lead terhasil, anda akan menerima email notifikasi daripada sistem mereka yang memaklumkan kepada anda bahawa anda telah menerima komisen…Pada ketika itu, komisen sebenarnya bukan telah dimasukkan ke dalam akaun bank anda…Tetapi ia baru saja direkodkan ke dalam akaun affiliate anda.

Komisen akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda setelah :

  • Jumlah komisen yang terkumpul melebihi minimum payout…Minimum payout biasanya sekitar RM10 hingga RM100.
  • Tarikh pembayaran komisen telah sampai…Komisen biasanya dibayar setiap hujung/awal bulan…Walaubagaimanapun, ada juga di kalangan pemilik produk yang membayar komisen setelah program affiliate tamat.

Setelah pihak pemilik produk membuat pembayaran komisen ke dalam akaun bank anda, anda akan mendapat email notifikasi sama ada daripada sistem affiliate, pihak bank ataupun pihak pemilik produk sendiri…Setelah itu, anda bolehlah menyemak akaun bank anda untuk membuat pengesahan… 😀

 

Leave A Response

* Denotes Required Field