Dalam bab-bab sebelum ini, saya telah tunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk menjana pendapatan melalui program PPL…Melalui program PPL, tugas anda hanyalah mempromosikan produk percuma sahaja…Anta tidak perlu menjual sebarang produk…Walaupun ia agak mudah untuk dilakukan, jumlah komisen yang bakal anda perolehi tidaklah begitu lumayan…Jika anda dapat 100 orang, jumlah komisen yang bakal diperolehi hanyalah RM100 (Contoh : komisen RM1/lead).

Untuk membolehkan anda menjana pendapatan 4 ke 5 angka setiap bulan, anda perlu mempromosikan satu lagi cabang program affiliate iaitu produk yang menawarkan Pay Per Sale (PPS)…Dalam erti kata lain, anda perlu mempromosikan produk berbayar.

Kebiasaannya produk berbayar menawarkan komisen yang agak besar iaitu sekitar 40% hingga 50% daripada harga produk…Jadi, sekiranya harga produk tersebut RM100, komisen untuk anda adalah sekitar RM40 hingga RM50…Lumayan bukan…Dengan komisen sebesar ini, barulah anda boleh menjana pendapatan 4 ke 5 angka sebulan.

Dalam PPS, tugas anda lebih kurang sama seperti PPL…Anda hanya perlu lakukan promosi sahaja…Sekiranya prospek membuat pembelian produk, pihak pemilik produk akan menguruskan proses jualan dan pada masa yang sama komisen akan direkodkan secara automatik ke dalam akaun affiliate anda…Semudah itu sahaja!

  • Untuk menyertai program affiliate PPS, anda bolehlah ke Ashadee untuk memilih pelbagai jenis produk yang ditawarkan…Selain di Ashadee, terdapat banyak lagi produk affiliate yang ditawarkan di forum WangCyber dan juga di facebook group.
  • Anda juga boleh melakukan pendaftaran di bawah untuk mendapat notifikasi tentang produk terbaru dalam pasaran daripada saya sendiri.

[hcshort id=”9″]

 

Leave A Response

* Denotes Required Field