Alhamdulillah, sekarang aku dah pun berjaya me"master"kan diri aku dengan Email 3.0...Ternyata Email 3.0 ni jauh lebih power berbanding Email 2.0...Apetah lagi Email 1.0...Sekarang ni aku dah rasa makin seronok plak bermain-main dengan Email 3.0... 😀
Sebenarnya agak ramai jugak yang PM aku tanya pasal Email 3.0 ni...Tapi honestly aku cakap, ia bukan mudah untuk orang yang tak tahu langsung tentang Email 2.0...Email 1.0 tak payah cerita lah...Email 3.0 ni ibarat add math...Email 2.0 pulak ibarat matematik biasa...So nak belajar add math korang mesti dah kenal nombor (Email 1.0) dan tahu tambah/tolak/bahagi/darab (Email 2.0)...Macam tu lah perumpamaan yang aku boleh buat...So far dalam Malaysia ni, yang aku tahu cuma ada 2 orang je yang buat Email 3.0!
Ok, straight to the point...Sekarang "game" dah berubah...Bisnes online sekarang tak boleh lagi bergantung 100% pada media social...Kos makin lama makin meningkat...Kuasa viral pulak makin lama makin berkurangan...Ramai pemain FB Ads dah tau tentang hal ni...Tapi masih ramai yang terpaksa "redha" sebab pengetahuan tentang teknik marketing lain agak terhad!...Yang masih boleh survive dengan FB ads dah mula "play safe"...Yang dah tak boleh survive pulak terpaksa gunakan group-group percuma untuk bertahan.
Kalau korang tanya aku, apa method terbaik sekarang, jawapan aku mudah je...
Teruskan guna media social (FB/Insta/etc) untuk tarik prospek baru...Pada masa yang sama gunakan email marketing (a.k.a pemasaran email) untuk prospek lama.
Prospek baru penting untuk kembangkan bisnes...Tapi prospek lama lebih penting sebab ia "aset maya" yang kita boleh gunakan berulang-ulang kali untuk dapatkan sale...Sebagai contoh, katakan korang baru start jual tudung secara online...Hari ni korang promote guna FB ads, dapat 10 orang pelanggan...Sorang pelanggan korang dapat untung RM25...Esok korang promote lagi guna FB ads dengan daily budget yang sama, hasilnya dapat 10 orang pelanggan lagi...So kalau setiap hari korang dapat 10 orang pelanggan dengan spend RM50 untuk FB ads, cukup sebulan korang dah ada 300 orang pelanggan dengan kos FB ads RM1500 dan untung RM7500.
- Kos Fb Ads = RM50 x 30 hari = RM1500/month - Untung bersih = RM25 x 10 orang x 30 hari = RM7500
Katakan bulan kedua korang keluarkan tudung baru...Kalau korang still maintain guna FB ads semata-mata, cukup sebulan korang akan dapat untung RM7500 lagi...TAPI, kalau korang gunakan FB ads (untuk dapatkan pelanggan baru) dan pada masa yang sama korang gunakan pemasaran email untuk promote tudung baru pada 300 orang pelanggan sedia ada, keuntungan korang akan bertambah lebih banyak lagi...Pelanggan lama lebih mudah beli berbanding pelanggan baru...So kalau 50 orang (daripada 300 orang) saje yang buat pembelian pun korang dah dapat untung tambahan RM1500 (RM25 x 50 orang).
Itu baru 300 orang, macam mana kalau korang dah ada 10000 orang prospek lama? Kalau 10% saje yang buat pembelian sekalipun, korang dah dapat untung tambahan sebanyak RM25000...Berbaloi-baloi!
Anyway aku faham, korang mungkin nampak benda ni, tapi masih blur tak tahu nak buat macam mana...Disebabkan ramai masih blur, aku rasa aku nak buka satu offer kepada 3-5 orang yang berminat untuk aku runkan pemasaran email untuk bisnes dieorg...So kalau korang grab offer ni, korang tak perlu pening-pening...Biar aku yang settlekan part pemasaran email.
Sebelum tu, kat bawah ni aku listkan sikit kriteria-kriteria wajib untuk merek yang berminat :
Kriteria Yang Diwajibkan Untuk Grab Offer Ini
Untuk offer ni, aku akan kenakan bayaran...Bukan percuma k...Tapi aku nak sesuatu yang win-win situation...Walaupun aku dah lama gunakan pemasaran email, tapi aku masih lagi tak berani bagi jaminan 100% akan berjaya sebab rezeki di tangan Allah SWT...Kita cuma boleh berusaha je.
So aku plan untuk kenakan bayaran RM1500 (one time) saje...Sekiranya selepas 3 bulan korang tak berpuas hati dengan hasil pemasaran email, korang boleh mintak refund semula kat aku...Jaminan refund 3 bulan...Aku pun tak nak makan duit orang tanpa hasil...Tapi, kalau korang berpuas hati dengan hasilnya, kita akan buat agreement baru sama ada korang bayar aku gaji setiap bulan atau aku ambil percent untuk setiap jualan yang terhasil daripada pemasaran email.
Amacam DEAL?
Kalau ada pertanyaan lanjutan, korang bolehlah klik button "Live Chat" atau "Contact Us" di sidebar kanan blog ni atau whatsapp aku di nombor 011-32486452...Aku hanya terima 3-5 orang terawal buat bayaran...Kalau korang dah deal dengan aku, tapi lambat buat bayaran, yang ni pun aku tak terima k...Bukan ape...Kalau aku terima ramai-ramai, siapa yang nak buat....Aku tak boleh outsource benda ni sebab dieorg tak tau lagi Email 3.0... 😆
Untuk mereka yang grab offer ni, korang tak perlu ada autoresponder, tak perlu buat email followup, tak perlu buat newsletter dan sebagainya...Semuanya aku akan uruskan... 🙂
Orite...Pada aku, ini peluang baik untuk aku dan jugak mereka yang grab offer ni...2016 bukan lagi masa untuk bermain-main atau membuang masa...Persaingan makin hebat, kos hidup makin tinggi...Bisnes yang kecik boleh jadi besar sekelip mata, bisnes yang besar jugak boleh lingkup sekelip mata...So kita kena saling bekerjasama...Aku ada kelebihan kat pemasaran email...Korang pulak mungkin ada kelebihan part penghasilan produk...Kalau kita bekerjasama, insyaAllah hasilnya lebih meletop!...Anyway terserah kepada korang untuk buat pertimbangan sewajarnya.
Facebook, Instagram, Twitter, Dr Azizan Osman, Irfan Khairi, Jamal SifuFbAds, Faisal Abdullah, Jelitasara dan ramai lagi yang berjaya dan bertahan lama dalam bisnes online, mereka semua ada "aset maya" di belakang mereka iaitu list email yang diperolehi menerusi pemasaran email... 😀
4 Comments
Lin
January 9, 2016Wahh…memang terbaik offernya 😉
UsahawanCyber.Com
January 9, 2016Thanks Lin… 🙂
Hanaffi
January 12, 2016mesti produk fizikal sahaja?
UsahawanCyber.Com
January 12, 2016Yup tuan…Anyway maaf tuan…offer nie dah ditutup sebenarnya…InsyaAllah kalau ada offer lagi sy akan maklumkan menerusi newsletter…:)
Leave A Response