Kat Mana “Level” Korang Sekarang?

Hari ni aku nak share satu ilmu yang hari-hari korang nampak, tapi jarang korang fikirkan!

Ape benda tu bro?

Orite, ini ilmu tentang level "kerjaya"... 😀

1) Employee

Ni memang favorite sebahagian besar anak bangsaku ni...Kat skolah lagi cikgu dah tanya...

Mat, dah besar nak jadi/kerja apa?

Jarang cikgu tanya..."Mat, dah besar nak bisnes apa? Kalau ada pun, cikgu jenis ni mungkin ada buat bisnes tupperware part time...Tu pasal unik sikit soalan dia... 😆

Makan gaji ni bagus...Tapi ada beberapa kelemahan iaitu :

100% kerja hanya menghasilkan 1% (atau lebih kurang) income (gaji)

Ye lah...Korang kerja bagai nak rak dapatkan untung RM1 juta, adakah boss akan bagi RM1 juta kat korang?...Ada, tapi cuma bagi harapan je lah... 😆

Selain tu ada beberapa lagi kelemahan jangka masa panjang yang orang tak perasan :

  • Sehebat mana pun korang, boss tetap duduk kat takhta paling teratas.
  • Kalau korang pencen dengan jawatan CEO, anak korang tak boleh sambung jawatan tu...Kena mula dari ZERO semula!

2) Self-Employed

Yang ni pulak favorite segelintir daripada anak bangsaku yang dah takde option lain atau tak minat kerja makan gaji atau suka kerja sorang-sorang...Selain tu, segelintir orang cina zaman lepas merdeka hingga 1980-an jugak ramai berada kat level ni.

Bekerja sendiri ni bagus...Even lebih bagus daripada makan gaji...Cuma masih ada "batasan income" sebab 100% kerja di buat sendiri...Selain tu, kerja sendiri ni memang memenatkan dan biasanya tak sempat nak menikmati hidup!

100% usaha menghasilkan 100% income

Not bad...still berbaloi-baloi...Kalau meninggal dunia sebagai taukey kedai runcit, kedai runcit tu still boleh diwarisi oleh anak-anak.

3) Business Owner

Ini dah masuk level "orang-orang" berfikiran jauh dalam ekonomi...Tugas dieorg bukan buat kerja, tapi hanya pastikan orang lain buat kerja untuk dieorg.

- 100% hasil usaha pekerja masuk poket boss, then boss hanya perlu pulangkan 1% (atau lebih kurang) kepada pekerja sebagai upah!

- 100 orang pekerja (contoh) x 99% untung/pekerja = 9900% income boss

Yang ni kalau boss meninggal dunia pada tahap income 9900%, anak boleh sambung tahap 9900% tu...Sebab tu jangan terguris kalau korang belajar sampai phd, tapi still kena jadi kuli anak-anak taukey yang berkelulusan SPM je...Banyak berlaku ni...Aku pun pernah kena!

Sebab tu jugak korang jangan pelik kenapa orang cina boleh kuasai ekonomi Malaysia...Setiap kali dieorg meninggal, anak-anak dieorg tak perlu start dari ZERO macam orang melayu!

4) Investor

Yang ni pun ohsem jugak...Duit "bekerja" untuk dieorg...Dieorg tak perlu buat kerja dan tak perlu manage pekerja.

X - XX% income business owner (partner) = income for investor (sleeping partner)

Sama macam business owner, kalau investor meninggal dunia, waris boleh sambung income tu pada tahap semasa.


Salah Anggap Tentang Keempat-Empat Level Kerjaya.

1) Orang cakap nak bisnes perlukan modal...So kerja makan gaji lebih mudah...Salah ni bro, kerja makan gaji pun perlukan modal...Korang belajar pandai-pandai tu bukan free...Tapi berbayar...Itu lah "modal" korang untuk melayakkan diri di level "Employee".

2) Orang jugak selalu cakap, kerja makan gaji ni terjamin...Mana ada bro...Semua level takde jaminan...Semua level ada risiko rugi...Korang tengok je la sekarang ni, berapa banyak engineer/manager oil & gas kena VSS...Kalau tak VSS pun, company akan offer jawatan kontrak je...Bukan permanent!...Korang ingat boss besar nak bagi leher dia dulu kena sembelih? Sorry, leher korang dulu dia tala...Leher dieorg yang terakhir okeh!

3) Orang selalu cakap nak bisnes kena ada ilmu...Betul lah tu bro...Memang kena ada ilmu...Nak kerja makan gaji pun kena ada ilmu...Boleh ke kalau ko tak sekolah gi apply jawatan engineer?...Semua level perlukan ilmu!


Alhamdulillah bro...ko buka sinar harapan baru dalam hidupku...Tapi bro, aku takde modal nak naik ke level yang lebih tinggi.

Takpe bro/sis...Memang nak berlari kena belajar berjalan dulu...Tak perlu pinjam orang...Tak perlu buat loan bank...Sekarang ni ada banyak lubang untuk kumpul modal sikit-sikit sambil tambah ilmu bro...Semua orang boleh buat bisnes online kecil-kecillan walaupun takde produk sendiri!...Kalau kena caranya, tak perlu buat bisnes pun boleh kumpul modal...Just tolong orang je!


Okeh bro, ko sembang gempak ni, ko sekarang kat level mana?

Hehe...Ok la tu bro/sis aku sembang benda-benda bermanfaat...Daripada aku sembang pasal benda-benda lagha, bih baik aku sembang benda-benda macam ni.

Honestly aku pernah berada di level employee dan self-employed...Aku pernah jugak masuk ke level Business Owner, tapi aku boleh cakap aku gagal...Mungkin sebab kurang ilmu leverage dan ilmu kepemimpinan...Level investor memang aku tak pernah masuk lagi.

Sekarang ni aku dalam proses menambah ilmu untuk masuk semula ke level Business Onwer...mudah-mudahan aku berjaya.

Doakan aku geng! Semoga Allah SWT sentiasa bersamamu dan bersamaku...Amin... 😆

10 Comments

  • Zul Ariffin

    Reply Reply February 15, 2016

    Assalam tuan as aziz. Terbaik artikel tuan. Sy sentiasa follow artikel tuan diam diam.tapi kali ni terpanggil pulak nak komen.hehe..Sy doakan semoga tuan dapat capai target dan objektif tuan tahun ni.aminn

    Saya dalam fasa upgrade diri menuntut ilmu lagi. Tahun lepas Alhamdulillah sy dah beralih arah ke self employed dah merasa income 6 angka sebulan.

    Tapi betul macam tuan cakap..sendri kerja akan penat. Kena beralih ke next level.

    Smoga kita semua dapat tingkatkn ekonomi keluarga kita.aamiinn

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 15, 2016

      Alhamdulillah terbaik tuan…Lama tak nampak tuan…Semoga berjaya ke next level tuan…Amin… 😀

  • raudzah

    Reply Reply February 15, 2016

    Ini teori Robert T. Kiyosaki…dlm buku pertamanya…’Rich Dad Poor Dad’…
    Terima kasih…ingatkan

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 15, 2016

      Really…Thanks for the info Raudzah…Actually sy dapat ilmu ni pun hasil org share dulu…tp pg ni sekali lagi kawan share kat wassup…tu yang sy share kat blog… 🙂

  • Irwan

    Reply Reply February 15, 2016

    Terima kasih ilmu nie tuan. Memang tau lama dah tapi bebal jugak..versi tuan nie paling senang nak dihadamkan.

    Ameen. Harap-harap kita naikkan semula taraf ekonomi masyarakat kita.

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 16, 2016

      Sama2 tuan…Alhamdulillah tuan dapat hadam… 🙂

  • sabree hussin

    Reply Reply February 16, 2016

    In Shaa Allah, selagi masih diberi nafas, kita cuba semua sekali. Semua level kita masuk 😀

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 17, 2016

      InsyaAllah tuan…semoga dipermudahkan…amin… 🙂

  • Roslan

    Reply Reply February 17, 2016

    Terima kasih info daripada tuan.
    Baru ku tahu aku dok level mana. 🙁
    Aduhhh.Dok tengah-tengah antara
    No 1 No 2.
    Insya-Allah boleh berubah ikut level.

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 17, 2016

      InsyaAllah tuan…semoga dipermudahkan…Amin… 🙂

Leave A Response

* Denotes Required Field