Apa Itu Pemasaran Email?
Ramai newbie (orang baru) tersalah anggap tentang pemasaran email...Bagi mereka, "perbuatan" menghantar email yang mengandungi ayat promosi kepada individu-individu berikut merupakan pemasaran email :
- Kawan-kawan personal yang ada dalam gmail/yahoo/hotmail mereka.
- Senarai email yang diperolehi dari google/yahoo atau lain-lain medium.
- Senarai email yang dibeli daripada pihak tertentu.
Ini sebenarnya SALAH sama sekali...Perbuatan seperti itu dinamakan SPAM dan ia salah di sini undang-undang!
Pemasaran email sebenarnya adalah satu kaedah memasarkan produk menerusi email kepada mereka yang BERSETUJU untuk menerima email daripada anda sahaja...Selain bersetuju, mereka juga turut diberi pilihan untuk berhenti menerima email daripada anda pada bila-bila masa...Ini beerti, pemasaran email mestilah mengandungi elemen-elemen berikut :
- Penerima email mestilah bersetuju untuk menerima email daripada anda.
- Penerima email mestilah boleh berhenti menerima email daripada anda pada bila-bila masa.
Kenapa Pemasaran Email Penting?
Jika anda tanya pada mana-mana otai, sifu mahupun masterjee yang dah lama berkecimpung dalam perniagaan online, kebanyakkan daripada mereka akan cakap pemasaran email merupakan "senjata utama" dalam bisnes online.
Betul ke??? 🙄 🙄 🙄
Jawapannya YA, memang betul...Ini adalah kerana pemasaran email merupakan cara termudah untuk "mencapai" ribuan prospek berulang-ulang kali pada satu-satu masa tanpa melibatkan kos yang tinggi...Selain itu, kita juga juga dapat mengautomasikan promosi online kita...Dalam erti kata lain, promosi kita dapat berjalan secara automatik dengan hanya sekali setting sahaja!
Atas sebab itu, memanglah sangat rugi jika anda tidak menggunakan pemasaran email secara serius dalam bisnes online anda...Atas sebab itu jugalah pemasaran email sering dipanggil "senjata utama" kepada bisnes online.
Apakah Kelebihan Pemasaran Email Berbanding Teknik Pemasaran Lain?
Secara asasnya semua teknik pemasaran memang penting...Semakin banyak teknik pemasaran yang anda gunakan, insyaAllah semakin banyak jualan yang boleh terhasil...Sebab itu saya amat-amat menggalakkan anda untuk mempelbagaikan teknik pemasaran dan jangan fokus pada satu-satu teknik sahaja.
Cuma untuk tujuan automation dan security terhadap bisnes anda, pastikan anda tidak mengabaikan pemasaran email...Ini kerana hanya pemasaran email sahaja buat masa ini telah terbukti dapat melakukan perkara-perkara berikut :
1) Prospek yang diperolehi menjadi milik kita 100%
Dalam pemasaran email, prospek yang kita perolehi akan menjadi milik kita 100%...Berbeza dengan teknik marketing lain, prospek yang kita perolehi bukanlah milik kita...Tetapi milik penyedia platform yang kita gunakan.
Sebagai contoh, jika anda kumpul ramai fans (Facebook) menggunakan FB Ads, fans yang anda perolehi bukanlah milik anda 100%...Pada bila-bila masa fanpage anda boleh ditutup/disekat oleh pihak Facebook...Pihak Facebook juga boleh membuang fans anda sesuka hati mereka dan juga boleh menjadikan fanpage anda kurang viral (hanya sebahagian kecil sahaja fans boleh nampak post anda)...Hal ini telah berlaku kepada ramai pemilik fanpage.
2) Prospek dapat "dicapai" dengan pantas.
Dalam pemasaran email, jika anda mempunyai 10 ribu orang subscriber, email promosi yang anda hantar boleh sampai kepada mereka dalam masa beberapa minit sahaja...Berbanding teknik pemasaran lain, agak susah untuk anda "mencapai" 10 ribu orang dalam masa beberapa minit sekalipun anda menggunakan teknik pengiklanan berbayar seperti FB Ads ataupun Adwords.
Jika guna teknik promosi percuma, laaaaagi lah susah untuk "capai" 10 ribu orang....Mungkin perlukan berbulan mahupun bertahun-tahun untuk dapatkan prospek seramai itu... 😆
3) Segmentation & Trigger Action
Ini merupakan fungsi terhebat pemasaran email yang tidak ada pada teknik promosi lain...Trigger action adalah merupakan tindakan yang diambil oleh prospek terhadap promosi yang anda lakukan seperti buka email, klik link, beli produk, layari page tertentu, forward email kepada kawan dan sebagainya.
Melalui "action" seperti itu, kita akan dapat tahu kecenderungan prospek dan seterusnya kita dapat menghantar email susulan yang sesuai dengan action mereka...Email susulan seperti ini biasanya mampu menghasilkan conversion rate yang tinggi.
Inilah fungsi yang tiada dalam teknik pemasaran lain!
4) Automation
Jika anda lakukan teknik promosi lain, banyak kerja yang anda perlu lakukan berulang-ulang kali...Berbanding dengan pemasaran email, anda boleh lakukan "set & forget" di mana semua kerja-kerja promosi boleh berjalan secara automatik.
Apa yang anda perlu lakukan hanyalah lakukan setting sekali sahaja dan kemudian biarkan ia berjalan secara automatik!
Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan pemasaran email berbanding kaedah promosi lain...Namun saya tak mahu listkan kesemuanya kerana panduan ini hanya fokus kepada cara untuk kumpul list sahaja...Jadi untuk mengelakkan kekeliruan, cukuplah saya listkan 4 perbezaan utama sahaja... 😆