Sekiranya sebelum ini anda pernah menggunakan autoresponder (alat untuk menjalankan pemasaran email), tetapi gagal, pasti anda setuju bahawa punca utama kegagalan anda adalah gagal mengumpul sebanyak mungkin list yang targeted/responsif!

Jika anda ada banyak list yang targeted dalam autoresponder anda, insyaAllah anda dah jana ribuan ringgit setiap bulan dan mungkin tak perlukan panduan ini lagi kecuali hanya untuk tujuan tambah ilmu baru sahaja... 😆

Ini sebenarnya normal...Sepanjang penglibatan saya dalam pemasaran email, saya dapati, jika kita ada banyak list, insyaAllah income kita juga akan banyak...List meningkat, income meningkat...Begitulah kebiasaannya.

List = Merupakan senarai subscriber (prospek) yang mendaftar dalam autoresponder kita secara sah.

Cuma masalahnya sekarang adalah ramai newbie mahupun golongan intermediate kecundang di peringkat awal pemasaran email (gagal kumpul list) yang menyebabkan mereka terus menghentikan langganan autoresponder dan seterusnya beralih ke teknik promosi lain yang kosnya lebih mahal dan hasilnya kurang bagus jika dilihat dari sudut "long term".

Apa punca utama yang menyebabkan ramai gagal kumpul list???

Sepanjang pemerhatian saya, terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan "pendatang baru" pemasaran email gagal mengumpul list...Antaranya adalah :

1) Tak pandai bina squeeze page