Salam hormat client StreamSender sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mohon maaf kerana tidak dapat menyiapkan template squeeze page untuk produk ini kerana kesuntukan masa berikutan owner produk akan launch produk beliau dalam masa beberapa hari lagi.

Walaubagaimanapun anda tak perlu bimbang kerana terdapat beberapa material lain yang saya telah sediakan untuk anda iaitu :

1) Cara Tarik Trafik

Untuk produk ini, terdapat tiga cara tarik trafik yang anda boleh gunakan iaitu Adwords, FB Ads dan SEO.

  • Adwords - Sangat digalakkan kerana calon Exam PTD memang akan gunakan google untuk cari info tentang exam tersebut...Jadi prospek yang bakal anda perolehi memang targeted...(Dapatkan panduan Adwords di sini)
  • FB Ads - Tidak sehebat Adwords kerana agak sukar untuk kita targetkan calon exam PTD dari berjuta orang pengguna Facebook...Walaubagaimanapun ia masih boleh digunakan untuk mendapatkan trafik dalam tempoh yang pantas...(Dapatkan panduan FB Ads di sini)
  • SEO - Ia lebih baik daripada FB Ads...Tapi ia perlukan masa...Memandangkan jualan produk dah nak dibuka, jadi teknik ini kurang sesuai digunakan jika anda guna cara "biasa-biasa" sahaja...Anda perlu gunakan cara luar biasa untuk membolehkan blog anda di index ke halaman pertama google dalam masa yang singkat...(Dapatkan panduan SEO di sini)

2) Squeeze Page

Untuk makluman anda, saya sempat "mengusha" beberapa blog yang dimiliki oleh top 10 agen affiliate Tim InfoKerjaya...Saya dapati cara mereka collect list sangat mudah...Tak perlu buat squeeze page cantik serta killer...Cukup sekadar buat blog post, kemudian masukkan opt-in form basic seperti dalam rajah di bawah di penghujung post mereka.

Memandangkan masa sudah agak suntuk, jadi saya cadangkan anda tiru sahaja strategi mereka...Selain menjimatkan masa, ia juga telah terbukti berkesan!

3) Email Followup & Campaign

Untuk email followup, saya telah sediakan 2 email...Satu email sesuai digunakan sebelum panduan Exam PTD di lancarkan...Manakala yang satu lagi pula sesuai digunakan apabila panduan telah dilancarkan.

Untuk newsletter/broadcast/campaign pula, saya telah sediakan 6 email yang boleh anda hantar pada 25, 26, 27, 28, 29 dan 30 Oktober...Apa yang perlu anda lakukan cuma set campaign di autoresponder anda mengikut tarikh yang telah ditetapkan sahaja...Semuanya akan berjalan secara automatik apabila sampai masanya nanti...Jadi anda tinggal tengok result sahaja... ­čść

Download Email

Baiklah, diharap anda tidak mensia-siakan material yang telah saya bekalkan ini...Pastikan anda bertindak secepat mungkin kerana masa telahpun suntuk.

All the best!