Aduh…Nyesal Aku Tak Guna Email Marketing Dari Dulu Lagi!

Ramai orang tanya, bagus sangat ke email marketing (pemasaran email) ni?...Perlu ke guna kalau dah biasa buat sale guna FB/Insta/Wassup?...Soalan macam ni bukan newbie je yang tanya, kadang-kadang yang dah bertahun bisnes online pun tanya jugak!

Ok..ok...Sebenarnya ada banyak sebab kenapa korang kena gunakan email marketing dalam bisnes korang...Kalau nak di listkan semua, mungkin penerangan kat post ni akan jadi ebook...So, atas sebab tu, aku akan listkan 5 sebab utama je...InsyaAllah dengan 5 sebab ni je pun dah boleh bagi pencerahan kat korang dan buat korang nyesal nape tak start guna email marketing dari awal-awal lagi... 😆

1) Kurangkan Kos + Tambah Untung

Katakanlah korang sekarang tengah buat bisnes tudung...Sale korang memang dah jalan cantik dah...Setiap bulan sale 4-5 angka dengan guna FB Ads je!

Dipendekkan cerita, bulan Januari 2016, korang ada keluarkan satu design tudung baru iaitu Tudung A...Harga Tudung A = RM150/pcs...Kos bahan RM30/pcs...Disebabkan korang memang power buat marketing guna FB Ads, 1000 pcs terjual dengan kos purata RM10/pcs...So :

  • Total sale (Tudung A) = RM150 x 1000 = RM150000
  • Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
  • Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
  • Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k - RM30k - RM10k = RM110k
  • Jumlah pelanggan = 1000 orang

Pada bulan Februari 2016, korang keluarkan design baru iaitu Tudung B pulak...Alhamdulillah sale jugak cantik macam Tudung A...1000 pcs lagi terjual dan hasil yang sama diperolehi untuk bulan Februari.

  • Total sale (Tudung B) = RM150 x 1000 = RM150000
  • Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
  • Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
  • Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k - RM30k - RM10k = RM110k
  • Jumlah pelanggan = 1000 orang

Katakan setiap bulan korang keluarkan design baru dan hasil jualan tetap sama, pada penghujung Disember 2016, korang akan dapat :

  • Total sale = RM150k x 12 bulan = RM1.8 juta
  • Kos bahan = RM30k x 12 bulan = RM360k
  • Kos FB Ads = RM10k x 12 bulan = RM120k
  • Jumlah pelanggan = 1000 orang x 12 bulan = 12000 orang.

Okey...Itu hasil yang korang bakal dapat JIKA run Fb Ads semata-mata...Sekarang, cuba kita tambah penggunaan email marketing yang BASIC saje selain penggunaan Fb Ads...Basic yang aku maksudkan kat sini adalah, kita hanya gunakan list pembeli SAHAJA untuk email marketing tanpa kumpul prospek yang berpotensi buat pembelian.

Pada bulan Januari, korang tak perlu run email marketing sebab belum ada list pembeli lagi...So korang akan dapat keuntungan yang sama macam contoh kat atas :

  • Total sale (Tudung A) = RM150 x 1000 = RM150000
  • Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
  • Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
  • Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k - RM30k - RM10k = RM110k
  • Jumlah pelanggan = 1000 orang

Bermula bulan Februari, korang akan run Fb Ads macam biasa, then pada masa yang sama korang akan gunakan email marketing pada 1000 orang client yang korang dapat pada bulan Januari...So sale daripada Fb Ads :

  • Total sale Fb Ads (Tudung B) = RM150 x 1000 = RM150000
  • Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
  • Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
  • Untung bersih Fb Ads (anggap tiada kos lain) = RM150k - RM30k - RM10k = RM110k

Untuk email marketing, katakanlah kita ambil 10% daripada client bulan Januari buat pembelian Tudung B (iaitu 100 orang)...10% ni contoh je....Masih lagi munasabah seorang daripada 10 orang client lama buat pembelian...Aku buat email marketing bisnes tudung untuk client, boleh je nak dapat 10% tu...Kalau strategi bagus + produk bagus + harga bagus, mungkin sale boleh cecah 25% ke atas...Tapi dalam contoh ni kita ambil 10% je untuk senang kira...So sale daripada email marketing :

  • Total sale email marketing (Tudung B) = RM150 x 100 orang = RM15000
  • Kos bahan = RM30 x 100 orang = RM3000
  • Kos email marketing = USD17 (~RM80 - yuran autoresponder)
  • Untung bersih email marketing (anggap tiada kos lain) = RM15k - RM3k - RM80 = RM11920

Haaa, tak pasal-pasal dapat untung tambahan hampir RM12k...Dah boleh bayar gaji 7-8 orang staf ni... 😀

So income untuk bulan Febuari (Tudung B) meningkat  berbanding tak guna email marketing

  • Guna Fb Ads sahaja = RM110000
  • Guna Fb Ads + Email Marketing = RM121920

Untuk bulan-bulan berikutnya, for sure jumlah pelanggan makin meningkat...So sale pun akan terus meningkat...Dipendekkan cerita, apa kata korang terus tengok berapa yang korang boleh dapat pada bulan Disember 2016...Korang mulakan dengan jualan daripada FB Ads :

  • Total sale (FB Ads) = RM150 x 1000 = RM150000
  • Kos bahan = RM30 x 1000 = RM30000
  • Kos FB Ads = RM10 x 1000 = RM10000
  • Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM150k - RM30k - RM10k = RM110k
  • Jumlah pelanggan = 1000 orang

Sekarang kita tengok pulak jualan daripada email marketing...Anggap 10% daripada jumlah subscriber buat pembelian.

  • Jumlah pelanggan = 10% x (1000 orang x 11 bulan) =1100 orang
  • Total sale (email marketing) = RM150 x 1100 = RM165000
  • Kos bahan = RM30 x 1100 = RM33000
  • Kos email marketing = USD135 (~RM607.50 - yuran autoresponder)
  • Untung bersih (anggap tiada kos lain) = RM165k - RM35k - RM607.50 = RM131392.50

BOOM...Keuntungan guna email marketing dah pun mengatasi jualan menerusi FB Ads... 😆

Dipendekkan cerita lagi, kalau korang hanya guna FB Ads semata-mata, keuntungan tahun 2016 hanyalah RM110k x 12 bulan = RM1.32 juta sahaja

TAPI...

Kalau korang guna FB Ads + Email marketing, keuntungan tahun 2016 akan jadi macam ni :

  • Januari = RM110k  (tak run email marketing)
  • Februari = RM110k + RM11920 = RM121920
  • Mac = RM110k + RM23869.50 = RM133869.50
  • April = RM110k + RM35797.50 = RM145797.50
  • Mei = RM110k + RM47797.50 = RM157797.50
  • Jun = RM110k + RM59797.50 = RM169797.5
  • Julai = RM110k + RM71685 = RM181685
  • Ogos = RM110k + RM83685 = RM193685
  • September = RM110k + RM95685 = RM205685
  • Oktober = RM110k + RM107685 = RM217685
  • November = RM110k + RM119392.50 = RM229392.50
  • Disember = RM110k + RM131392.50 = RM241392.50

TOTAL = RM2,108,707

Kesimpulannya, korang akan untung lebih RM788,707 hasil penggunaan email marketing! 

Itu baru guna BASIC je...Macam mana kalau korang kumpul list prospek + buat teknik advance email marketing??? InsyaAllah total income boleh dapat lebih RM5 juta... 🙄


2) Capaian Pantas

Satu lagi kelebihan email marketing yang tak mampu dilawan oleh FB Ads dan teknik lain adalah kadar kepantasan kita untuk mencapai prospek...Kalau kita run Fb Ads, dalam sejam, berapa ramai yang boleh nampak iklan kita? 5 ribu orang? 10 ribu orang?

Nak dapat seribu orang pun susah kan unless kita bernasib baik...Tapi kalau kita guna email marketing, email yang kita hantar boleh sampai ke 30k - 50k subscriber dalam masa 1 jam...So dengan kepantasan macam tu, banyak benda yang kita boleh buat...Sebagai contoh :

  • Buat happly hour sale...Siapa yang beli dalam masa 11 pagi - 12 tgh dapat diskaun 50%...Email kita boleh hantar dalam pukul 9 - 10 pagi.
  • Buat pre-launch sale...Siapa yang beli 10 pcs pertama dapat diskaun 70%.
  • Buat stock clearance dalam tempoh 2-3 jam

Aku rasa korang pun dah sedia maklum...Kalau kita buat jualan + unsur "sense of urgency", insyaAllah sale lagi mudah dan cepat masuk...Memang berbeza hasilnya kalau kita promote macam ni...

Harga tudung ni RM200 je...Tapi saya boleh bagi diskaun 50%.

dengan

Harga tudung ni RM200 je...Tapi saya boleh bagi diskaun 50% untuk tempoh satu jam (11 pagi - 12 tgh) saje...Sis kena cepat k...Sistem kami dah di set secara automatik... 😉

Ayat yang ke-2 tu insyaAllah lebih mudah untuk goda prospek buat pembelian berbanding yang pertama...Nak buat macam tu perlukan kepantasan disamping sistem shopping site yang canggih.

Kalau kena gayanya, silap-silap hari bulan, belum sempat buat launching, produk dah licin...Ini yang banyak berlaku pada IM international yang jual pelbagai software pada kuantiti yang terhad untuk harga diskaun...Benda yang sama boleh korang apply untuk bisnes korang sekarang.

Actually ade sorang ex-client aku pun gunakan strategi yang lebih kurang sama...List dia sekarang ada lebih kurang 70k...Mungkin korang kenal kot...Dia dah femes sekarang ni...Artis pun habis dia sapu jadi student dia... 😆

Memang betul pakej dieorg sold out dalam tempoh 10 minit...Nie bukan gimik... 😀

Satu lagi contoh yang aku boleh berikan dekat sini adalah katakan kita nak bagitau sesuatu pada 1000 orang yang lalu lalang depan kedai kita...

Dekat kedai saya ada jualan murah

Mana lebih mudah dan praktikal, bagitau sorang demi sorang yang lalu lalang ATAU kita pakai pembesar suara, then jerit kuat-kuat kedai kita tengah buat happy hour sale?

Dah tentu lebih mudah & praktikal guna pembesar suara kan sebab semua orang boleh dengar sekaligus...Macam tu lah jugak dengan bisnes online...Email marketing ni ibarat pembesar suara yang mampu "capai" ramai prospek dalam masa yang singkat!...Sekarang ni email semua masuk ke smartphone...So prospek bukak email macam bukak SMS/Whatsapp!

Memang bagus kalau korang dapat jual 100 helai tudung dalam masa sebulan (contoh)...Tapi lebih bagus kalau 100 helai tu dapat dijual dalam masa sehari...Sekarang ni semua benda kena pantas...Duit keluar macam air paip...So duit masuk mestilah macam pili bomba... 😆

3) Targeted & Automation

Dalam Fb Ads, kita boleh targetkan prospek ikut jantina, umur, interest, location dan sebagainya...Nampak power bukan? Senang nak jual pakaian muslimah...Targetkan je wanita berumur 20-40 tahun, minat page-page tudung lain, minat page-page ustaz/ustazah dan sebagainya.

TAPI...

Dalam email marketing, kita boleh dapat prospek yang jaaaaaauh lebih targeted...Untuk dapatkan prospek yang targeted, kita boleh buat segmentation dan trigger action menerusi newsletter yang kita hantar secara automatik....Set sekali je, then sistem autoresponder akan terus buat kerja secara auto.

Bila kita blast email kepada subscriber, kita akan dapat lihat report-report berikut :

  • Siapa yang buka email & siapa yang tak bukak email
  • Siapa yang klik link dalam email & siapa yang tak klik link dalam email
  • Siapa yang buat pembelian & siapa yang tak buat pembelian
  • Siapa yang dah tengok produk dekat website kita.
  • Produk apa yang mereka tengok.
  • Siapa yang forward email kita hantar pada kawan-kawan.
  • dan banyak lagi.

Dengan adanya report tersebut, kita boleh hantar email susulan yang berkaitan secara automatik...Sebagai contoh, katakan subscriber layari page Tudung A beberapa kali, tapi dieorg tak buat pembelian...Kenapa dieorg tak beli? Mungkin sebab harga di luar kemampuan...Mungkin jugak nak tunggu gaji...Atau mungkin masih 50-50 sama ada nak beli Tudung A atau tudung keluaran pesaing lain.

So, dengan adanya email marketing, kita boleh hantar email yang mengandungi diskaun code atau offer lain on the spot atau pada masa-masa yang difikirkan sesuai SECARA AUTOMATIK...InsyaAllah kalau menarik offernya, prospek takkan pikir panjang lagi dan terus grab.

Once prospek dah grab, sistem akan hantar email terima kasih dan selang beberapa hari, sistem akan hantar email untuk tanya pendapat customer tentang Tudung A yang dibeli...Selain tu, sistem jugak boleh hantar email bagi diskaun 20% kalau customer cadangkan Tudung A pada kawan-kawan mereka.

Semua tu ikut kreativiti korang dan ia berlaku secara automatik!...Sekali set saje...Jimat masa dan tenaga...Tak perlu terkial-kial nak whatsapp sorang-sorang tanya itu ini...So inilah yang dimaksudkan "targeted" dan "automation".

Kita boleh buat promosi produk yang betul, pada prospek yang betul, pada masa yang betul, secara automatik!

Ada banyak lagi benda yang kita boleh buat dengan adanya kedua-dua fungsi tu...Kita cuma plan nak buat macam mana, then set dalam autoresponder dan forget...Sistem akan terus menerus bekerja selagimana kita tak stopkan kempen yang berkaitan...Aku tak boleh nak ceritakan detail satu per satu sebab setiap bisnes/produk berbeza die punya sales flow nya...Tapi secara umumnya, macam yang aku terangkan kat atas... 🙂

Sebenarnya fungsi "targeted" dan "automation" ni baru aje ada dalam email marketing...Sebelum ni takde...Bila dah ade, aku rasa kerja-kerja aku jimat sekitar 50% - 70%...Kalau dulu agak banyak jugak kerja yang perlu aku buat...Tapi sekarang, bila dah setting, aku boleh fokus pada monitor sale dan beri support pada pelanggan je.

4) Terbukti Berkesan & Relevan

Ramai newbie tanya kat aku, berkesan ke email marketing ni? Relevan lagi ke sebab sekarang ramai dah guna Whatsapp je.

Then aku tanya dieorg semula...Siapa otai-otai bisnes online yang mereka kenal yang dah bisnes lebih daripada 5 tahun? Antara jawapan yang biasa aku dapat :

  • Dr Azizan
  • Dr Irfan Khairi
  • Jamal Sifu Fb Ads
  • Faisal Abdullah
  • Najib Assadok
  • dan ramai lagi

Ok...ok...sebenarnya nama yang dieorg sebut tu merupakan otai-otai yang biasa buat seminar...So aku tanya dieorg semula, otai-otai tu pakai email marketing tak?

Dieorg jawab, pakai...Selalu dapat email daripada otai-otai tersebut!...So, kalau tak berkesan atau tak relevan, buat ape otai-otai nak pakai email marketing lagi...Betul tak? 😆

Sebenarnya pemasaran email ini lah satu-satunya teknik pemasaran yang paling berkesan dan masih relevan sejak dulu lagi...Yang penting mesti tau cara nak guna!

5) Aset Maya & Backup

List (senarai email) ni sebenarnya adalah "aset maya" untuk bisnes online...Siapa yang tak kumpul list, ibarat dia buat sale kencang setiap hari, tapi tak buat saving...So bila tetiba sale merudum, takde saving untuk survive.

Macam tu lah jugak dalam bisnes online...Fb Ads memang penting untuk tarik prospek baru...Tapi email marketing jugak tak kurang pentingnya sebab ia boleh "simpan" prospek-prospek yang kita dapat guna Fb Ads tu...Bila dieorg dah ada dalam "simpanan" kita, kita bolehlah hantar email promosi dari masa ke semasa selagimana dieorg tak unsubscribe...So kalau kos Fb Ads naik mendadak atau fanpage kita kena block, kita masih lagi boleh survive.

Kalau tak caya, cuba korang bayangkan...Kalau esok tetiba kerajaan umumkan semua social media di block...Atau esok tetiba fanpage korang kena terminate dan Fb Ads tak boleh run...So, macam mana nak buat sale? Agen atau method offline tak kira lah...Ini kita cerita pasal online je.

Apa yang mungkin boleh di buat cuma post kat wall sendiri, group-group percuma dan guna media social lain...betul tak?

Tapi...guna cara-cara biasa macam tu boleh ke nak dapat sale 100 pcs sehari on the spot? Susah kan...Silap-silap hari bulan, takde sale langsung...Kalau kekal macam tu, korang terpaksa start dari bawah semula...Create fanpage dan kumpul fans sikit demi sikit dan bina branding semula...Ibarat newbie yang baru nak bertapak.

Tapi kalau ada 50k list, takde hal lah kalau fanpage kena terminate...Korang boleh buat fanpage baru, then blast email untuk subscriber like...Kalau nak bijak lagi, boleh offer subscriber something yang boleh tarik minat dieorg untuk share fanpage baru korang dengan kawan-kawan mereka...Kalau kena caranya, fans yang ada sekarang boleh "di recover" dalam masa beberapa hari je!

So itulah serba sedikit kepentingan email marketing dalam bisnes online sebenarnya...Siapa yang dah guna, dia tahulah...Yang belum guna, mungkin masih belum berapa nampak sangat...Anyway tak rugi kalau beranikan diri untuk cuba...InsyaAllah berbaloi-baloi.

-----------------------

Email marketing ni sebenarnya boleh hasilkan income berganda pada kos yang berganda lebih murah berbanding teknik lain...Kalau korang tengok contoh kat atas, dengan kos autoresponder RM607.50 saje pun dah boleh hasilkan income tambahan sebanyak RM131392.50...Itu baru guna teknik BASIC dan untung tambahan untuk sebulan...Kalau guna secara optimum dan ambil tempoh setahun, dah berape untung korang? Sebab tu kalau korang dah rasa kehebatannya, korang mungkin akan cakap...

Aduh…Nyesal Aku Tak Guna Email Marketing Dari Dulu Lagi!

Cuma isunya sekarang, tak ramai yang nampak benda ni betul-betul penting sebab belum ada pihak yang betul-betul angkat Email Marketing macam Bro Jamal buat untuk Fb Ads... 😆

17 Comments

  • Junaidy Jaimi

    Reply Reply February 18, 2016

    Terima kasih tuan As Aziz sudi kongsi tips ni..wow banyak input pasal email marketing ni…

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Sama2 tuan…semoga tuan terus aktif dalam email marketing… 🙂

  • Zamri

    Reply Reply February 18, 2016

    Najib Asadok angkat email marketing. Seminar rocket mail. Hehe

    Nak tanya tuan, macam mana nak belajar benda ni?

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Saya nampak usaha tuan Najib assadok tu tuan dan sy tumpang gembira…cuma mungkin belum boleh nak samakan mcm Tuan Jamal buat untuk Fb Ads.

      Email marketing ni sebenarnya dah ada banyak benda yang advance…Tapi rata2 pengguna masih lagi gunakan ilmu yang basic…Kalau tanya apa itu Email 2.0, Email 3.o pun masih ramai yang tak tau walaupun dieorg dah guna email marketing agak lama.. 🙂

      InsyaAllah tuan, kalau ade rezeki sy akan buat panduan Email 3.0 sikit hari lagi… 🙂

  • alfie

    Reply Reply February 18, 2016

    Betul tuh bro.aku tengok skang nih ramai yg leka berniaga kat FB tanpa memikirkan segala kemungkinan yg bakal berlaku.Sebenarnya meniaga pakai FB nih ibarat menumpang kedai atas tanah orang….

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Yup bro…Adat menumpang rumah org…Ada risiko di luar kawalan… 🙂

  • Ridhwan

    Reply Reply February 18, 2016

    Mantap ilmu ni tuan, mohon save dan print 🙂

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Dipersilakan tuan… 🙂

  • Sani

    Reply Reply February 18, 2016

    Perkongsian yang mantap dan detail tu tuan As Aziz… terima kasih atas penerangan yang terang dan jelas ni..

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 18, 2016

      Sama2 tuan…semoga bermanfaat… 🙂

  • abdfatah

    Reply Reply February 19, 2016

    tengok tu… jelas lagi terang. sifufbads bukan semata mata guna fbads… email marketing dah tentunya beliau gunakan dengan sebaiknya. logiknya kena guna fbads pulun habis habisan. tetapi dengan peningkatan kos iklan dekat fbads oleh mamat sukerberger tu mana boleh tahan asyik duk guna fbads semata mata. tak gitu?

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 20, 2016

      Hehe…promosi kena pelbagaikan bro…Btw, kalau ade banyak list, fokus pd email marketing + viral marketing pun dah ok…jimat kos.. 🙂

  • Fizi azhar

    Reply Reply February 22, 2016

    Terima kasih ,perkongsian yg menarik 🙂
    Tapi saya kosong lagy dlam pggunaan emel marketing ,boleh belajar di mana ye ,

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 22, 2016

      Sama2 tuan…InsyaAllah tuan…sikit hari lg sy akan keluarkan panduan Email Marketing 3.0…Tuan bolehlah dptkannya nanti.. 🙂

  • Amir Mazlan

    Reply Reply February 24, 2016

    betui bos..melalui emel marketing la first time saya merasa pendapatan tiga angka. Alhamdulillah 🙂

    cuma setup sekali jer emel follow up, emel pun just kopi pasta dari owner produk dan subscriber masa tu cuma ada 30 orang lebih..

    • UsahawanCyber.Com

      Reply Reply February 24, 2016

      Alhamdulillah boss…mudah-mudahan makin banyak untung boss boleh dpt menerusi email marketing… 🙂

  • Syed Azhar

    Reply Reply August 20, 2016

    terima kasih tuan As Aziz.. saya percaya satu hari nanti orang akan buka mata tentang emel marketing ni.

Leave A Response To UsahawanCyber.Com Cancel reply

* Denotes Required Field