Pengenalan Parabots Pro.

Parabots Pro adalah merupakan suatu servis autoresponder. Fungsinya adalah untuk menghantar email secara pukal (newsletter) dan juga email followup kepada mereka yang membuat pendaftaran. Sebagai contoh, jika anda pergi ke website kami (UsahawanCyber.Com), anda akan dapat lihat borang pendaftaran nama dan email (opt-in form) di sidebar website tersebut seperti dalam rajah di bawah.
 

 
Apabila seseorang melakukan pendaftaran, maklumat mereka akan disimpan secara automatik di dalam autoresponder. Kemudian, dari masa ke semasa mereka akan mendapat email daripada pihak kami secara automatik mengikut masa yang telah ditetapkan di dalam autoresponder (email followup). Selain itu, sekiranya pihak kami ingin membuat sebarang pengumuman, pihak kami boleh menghantar email kepada semua subscriber (mereka yang telah mendaftar) secara pukal sahaja. Tidak perlu menghantar satu persatu email.