Cara untuk mendapatkan Order ID.

Berikut adalah TIGA cara untuk mendapatkan Order ID :

1) Sewaktu membuat langganan, anda akan dipaparkan dengan maklumat Order ID seperti dalam rajah di bawah ini. Anda perlu copy maklumat tersebut kerana ia diperlukan ketika membuat pembayaran.
 

 
2) Sekiranya anda terlepas pandang atau tidak menyalin Order ID seperti dalam rajah di atas, anda bolehlah rujuk dalam email yang dihantar kepada anda secara automatik sebaik sahaja anda membuat langganan. Email tersebut bertajuk " Nama anda, maklumat langganan dan Order ID."

Di dalam email tersebut, terdapat maklumat Order ID yang diperlukan seperti dalam rajah di bawah :
 

 
3) Untuk mereka yang ingin renew produk/servis yang berbentuk subscription seperti autoresponder, anda boleh login ke Member Area untuk mendapatkan Order ID.

Setelah anda login, klik pada "Payments History". Di sana anda akan dapat melihat senarai produk yang pernah anda langgan/beli daripada pihak kami. Cari produk/servis yang anda ingin renew, kemudian salin Order ID yang tertera untuk tujuan pembayaran.