Adakah saya boleh import list dari autoresponder lama saya?

Untuk menjaga deliverability Parabots Pro, pihak kami hanya membenarkan import list daripada autoresponder terpilih sahaja iaitu :

- Aweber
- Getresponse

Sekiranya anda menggunakan autoresponder lain, anda perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak kami terlebih dahulu.

Untuk mengimport list ke Parabots Pro, anda perlu lakukan perkara berikut terlebih dahulu :

1) Hantar 3 siri email (broadcast/newsletter) dalam masa seminggu kepada list anda menggunakan autoresponder lama. Contohnya siri 1 dihantar pada hari Isnin, siri 2 dihantar pada hari Rabu dan siri 3 dihantar pada hari Jumaat. Anda boleh promote produk atau kongsi tips sebagai kandungan untuk ketiga-tiga siri email tersebut.

2) Setelah selesai hantar 3 siri email, berikan maklumat akses autoresponder lama anda kepada pihak kami. Pihak kami akan lakukan proses import untuk anda secara percuma.

* Pihak kami akan import email yang aktif sahaja.
* Pihak kami hanya akan import list sahaja. Untuk email followup, anda perlu pindahkan sendiri ke Parabots Pro.